Anda di halaman 1dari 10

BERITA 1 HIV/AIDS Kini Meningkat Melalui Aktiviti Seks

KOTA BAHARU Cara jangkitan berpunca daripada perkongsian jarum suntikan kepada melalui aktiviti seks tidak selamat menyebabkan bilangan mereka yang menghidap HIV/AIDS di Malaysia meningkat, kata Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Rahim Khan. Beliau berkata perubahan itu memberi kesan besar dalam usaha kerajaan membendung masalah jangkitan HIV dan AIDS kerana meletakkan wanita sebagai kumpulan sasar yang terdedah kepada penyakit tersebut. Sebagai bukti, bilangan wanita yang dijangkiti HIV semenjak 10 tahun lalu berganda tiga kali dengan nisbah 1.2 peratus pada 1990 kepada 9.4 peratus di tahun 2000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS di sini, pada Khamis. Mohd Zaman berkata sehingga Dis 2009 seramai 9,891 orang didapati menghidap HIV dan AIDS di Malaysia terutama melalui hubungan seksual seperti heteroseksual, homoseksual dan transeksual yang mencatat 48.7 peratus melepasi jangkitan akibat penggunaan dadah melalui suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus. Beliau berkata jangkitan secara vertikal terus meningkat sebanyak 1.2 peratus atau 40 kes di mana 13 daripada kes berlaku di kalangan kanak-kanak bawah umur dua tahun. Kelantan mencatat kadar penghidap HIV tertinggi dalam negara, iaitu pada 2010 sebanyak 28.8 kes untuk setiap 100,000 penduduk, dua kali ganda tingginya berbanding kadar kebangsaan 12.9 kes, katanya. Berucap pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Penjara itu berkata mengikut data, kematian akibat HIV dan AIDS tahun lepas di Kelantan mencatat bilangan tertinggi iaitu seramai 156 orang. Ini diikuti Selangor 144 kes, Pahang (96), Johor (94), Perak (73), Terengganu (71), Kuala Lumpur (57) dan Kedah 55 kes, katanya. Mohd Zaman berkata negeri-negeri lain seperti Perlis sebanyak 11 kes, Pulau Pinang (21), Negeri Sembilan (33 ), Melaka (29 ) dan Sabah sebanyak 25 kes. Beliau berkata pendidikan agama menjadi antara cara terbaik dalam usaha menangani gejala merebaknya penyakit itu seperti juga usaha menangani dadah melalui pusat-pusat rawatan berkonsepkan Islam. Kira-kira 100 orang peserta mengambil bahagian dalam seminar dua hari itu yang diadakan sempena Hari AIDS Sedunia, bertemakan Menuju Sifar Jangkitan HIV, Sifar Diskriminasi, Sifar Kematian Berkaitan Dengan AIDS. BERNAMA

http://mynewshub.my/2011/12/22/hivaids-kini-meningkat-melalui-aktiviti-seks/ JENIS NILAI Objektif CONTOH HURAIAN AIDS adalah suatu isu moral. Pandangan berkenaan Presiden Majlis AIDS Malaysia, AIDS merupakan nilaiTan Sri Mohd Zaman Rahim Khan nilai yang diterima dan berkata aktiviti seks yang tidak dipersetujui kebanyakan selamat menyebabkan bilangan orang. mereka yang menghidap HIV/AIDS di Malaysia meningkat.

BERITA 2 Masalah Kes Dera Kanak-kanak di Malaysia. Cegah!!!

Adakah ketika ingin melihat kanak-kanak di Malaysia mencapai satu tahap tidak berasa selamat lagi walaupun di bawah jagaan ibu bapa mereka sendiri, barulah pada masa itu kita terhegeh-tegah untuk melakukan satu usaha bagi membendung kes dera kanak-kanak di Malaysia tidak terus berpanjangan Disebabkan sesetengah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, ramai ibu bapa lain terkena juga tempiasnya. Baru-baru ini, kes dera kanak-kanak bernama adik Syaifa yang baru sahaja berumur 3 tahun telah membawa kepada kematian. KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan. Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera, katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.

Sesetengah komen yang diberikan oleh jiran-jiran di muka-muka akhbar melibatkan kes dera kanak-kanak ini, mendakwa mereka tidak mahu tolong sebab ingatkan itu ayah Syaifa. Cukup kesal apabila membacanya. Sepatutnya tidak kira siapa sahaja, lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang baru umur 3 tahun dibantu lelaki (yang kononnya mereka ingatkan ayah Syaifa tu) patut ditegur supaya kejadian buruk dapat dielakkan berlaku. Bukannya apa bila sudah terjadi, baru hendak menyesal dan bersedia untuk membantu siasatan kes dera kanak-kanak tersebut. Apa guna? Apa guna pada masa itu baru nak bertindak? Kadang-kadang apabila hidup berjiran, kita perlu menyibuk Apa yang boleh katakan, inilah jantan dayus apabila melepaskan tekanan dan biarkan nafsu amarah menguasai diri ke atas mahkluk yang bergelar KANAKKANAK. Dahlakau tiada kena-mengena dengan kanak-kanak tersebut. Sesuka hati kau nak buat dengan kanak-kanak tu begitu. Agak-agaknya kalau mak bapak kau sendiri sepak kau, terajang kau, hantuk kepala kau kat dinding, kau suka? Ada mak bapak kau buat begitu? Semestinya tiada. Sebab apa, mak bapak beginilah yang kenal erti KASIH SAYANG. Sayang dan kesal sekali dengan ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa (Syaifaa), bukan mudah nak mengandung dan melahirkan anak selepas 9 bulan 9 hari, tetapi jantan yang tidak berperikemanusian ini juga yang lebih disayangnya berbanding anak sendiri. P/S : Nasihat ini ditujukan juga kepada saya, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, laporlah kepada pihak berkuasa jika kita mengetahui tentang berlakunya kes dera kanak-kanak di tempat anda dan kita semua Saya ada beberapa persoalan, harap anda semua sedia menjawabnya di ruangan komen di bawah : 1. Patutkah apabila melihat kes dera kanak-kanak yang agak keterlaluan, masyarakat kita perlu masuk campur aka menyibuk? 2. Kenapa masyarakat kita masih kurang kesedaran untuk ambil tahu kepada jiran-jiran disekeliling? 3. Pernah anda lihat sendiri kes dera kanak-kanak di depan mata anda? Apa yang anda lakukan? http://beritasemasa.com/masalah-kes-dera-kanak-kanak-di-malaysia JENIS NILAI CONTOH HURAIAN

BERITA 3

Kes Pembuangan Bayi di Malaysia. Cadangan? PETALING JAYA Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini baru-baru ini Seks bebas antara salah satu dari dosa-dosa besar? Tidak kira samada kau main pakai kondom ker, pancut luar ker, jikalau bukan muhrim, zina tetap zina. Yang kesiannya mak ayah yang hidup susah, cari duit hantar anak-anak pergi sekolah, tetapi lain yang mereka belajar. Budak-budak yang berzina ini sebenarnya bukan nak ANAK, mereka hanya mahu seronok-seronok. Orang-orang tua minta bawa balik kejayaan, mereka bawak balik berita anak luar nikah!!!!!!! Melihat kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin menjadi-jadi, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ingin melaksanakan pusat penyerahan bayi luar nikah (bank bayi). Apa pandangan anda? P/S : Jika setuju, mengapa? Dan jika tidak setuju apa alternatif atau cadangan yang boleh mengatasi lambakan kes pembuangan bayi di Malaysia am dan seks bebas amnya? Apa yang ingin dibanggakan walaupun kalau pencapaian akademik sekolah dan tahap pendidikan berada dalam prestasi terbaik, tetapi kes pembuangan bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi. Dikejar tuisyen sana, tuisyen sini. Buat kelas tambahan pagi dan petang (bukan niat menyalahkan sekolah semata). Akhirnya keputusan dan pencapaian peperiksaan duduk sama tinggi dengan statistik kes zina mahupun kes pembuangan bayi di Malaysia. Mahu ker begitu? Sampai bila? Dahlah kau berzina, kau buang bayi pula merata-rata. Apa nak dengan manusia zaman sekarang ni, sanggup buang atau bunuh bayi yang tak berdosa. Kasihanilah bayi yang tak berdosa tu. Masa berseronok tak ingat, dah membusung baik si lelaki dayus mahupun si gadis yang akal pendek mulalah gelabah puyuh, akhirnya jalan paling kejam yang dipilih mereka. Wahai insan yang bernama manusia yang terlibat dengan kes pembuangan bayi ini, bukalah mata. Renung-renungkanlah wajah-wajah comel ini. Mereka berhak untuk bernafas dimuka bumi Allah S.W.T. ini. Berilah mereka peluang untuk hidup Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi kelahiran anak luar nikah :

Tahun 2007 : 16,100 anak luar nikah Melayu Tahun 2008 : 16,541 anak luar nikah Melayu Tahun 2009 : 17,303 anak luar nikah Melayu

Ini beberapa kes lahir anak luar nikah dan kes pembuangan yang dilaporkan untuk 7 hari terakhir ini. Yang tidak dilaporkan atau tidak berjaya dikesan? Erm. http://beritasemasa.com/kes-pembuangan-bayi-di-malaysia-cadangan

BERITA 4 KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan sentimen agama yang bakal mengundang bahaya kepada negara. Titah baginda, polemik berhubung agama harus diurus dengan cermat dan berhemah serta bijaksana kerana isu berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak. Jangan menyuarakan pendapat yang boleh membakar perasaan penganut agama lain yang akan mengundang perpecahan, perbalahan, permusuhan malah peperangan. "Namun perkembangan mutakhir membimbangkan beta. Keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza semacam sedikit tercalar. Ini berlaku kerana ada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air yang keruh," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-12 Tahun 2012 di Kota Darulnaim di sini, hari ini. Baginda bertitah memang benar Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia dan dasar pemerintahan Islam tidak sama sekali menolak kepentingan penganut agama lain. "Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada di kalangan umat Islam atau kalangan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, setiap perkara itu perlu diambil kira agar tidak mengundang bencana," titah baginda. Sultan Muhammad V turut menyentuh mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu untuk memastikan bekalan air yang terjamin kepada seluruh rakyat. Titah baginda, pelaksanaan projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini membabitkan kerja menaik taraf 11 loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini. "Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan telah bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya," titah baginda. Baginda juga turut berharap agar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dapat dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh masa terdekat.

"Pergerakan penumpang pada 2011 di lapangan terbang ini telah meningkat kepada kira-kira 1.13 juta penumpang. Jumlah pergerakan penumpang ini adalah yang tertinggi di antara lapangan terbang di Pantai Timur. Jumlah ini melibatkan penerbangan tiba dan berlepas secara puratanya adalah sebanyak 40 kali sehari," titah baginda. Selain itu baginda juga berharap kemasukan pelaburan yang akan diterima Kelantan pada tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali, Pasir Puteh yang dijangka siap tidak lama lagi. Mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara. "Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini. "Antara peranan penting yang boleh dimainkan pihak berkuasa tempatan itu ialah mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah," titah baginda. Persidangan Dewan Undangan Negeri ditetapkan selama dua hari bermula Ahad ini. - BERNAMA

BERITA 5 Kes Bunuh Syafiah Humaira Sahari. Akhirnya Pembunuh.. SHAH ALAM: Pemanduteksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari yang berusia tiga tahun pada Februari lalu. Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes

pendakwaan. Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa ke arah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih.Mohd Fazli, 28 didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari di padang bola sepak JalanUtama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Mohd Fazli, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.Syafiah Humaira Sahari anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, SahariUsul. Di dunia dah kena hukuman bunuh, maka di akhirat tiada lagi hukuman untuk mereka. Orang yang berzina dan kemudian dihukum sebat (bujang) atau rejam (dah kawin), tidak akan dikenakan lagi hukuman ke atas kesalahan tersebut di akhirat nanti. Begitu lah adilnya Allah S.W.T http://beritasemasa.com/category/kes-mahkamah JENIS NILAI Mutlak CONTOH HURAIAN Pesalah Mohd Fazli Azri Jamil Nilai keadilan dianggap dikena teman tahun. hukuman mati apabila mutlak apabila seseorang Syafiah membunuh Jika ini seseorang pada mendapati dia membunuh anak yang didapati bersalah wanitanya, Humaira Sahari yang berusia tiga yang lain akan dihukum. berlaku masa dan tempat yang lain, hukuman yang sama juga akan dijatuhkan terhadap pembunuh.

BERITA 6 Dasarganti PPSMI KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku tek suntuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelaksanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu danTingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut menegaskan walaupun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan. Sebaliknya, pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar baru, katanya menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada siding Dewan Rakyat, semalam. Mohd Nor ingin mendapatkan penjelasan mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata kementerian menetapkan 2012 sebagai tahun pelaksanaan dasar baru itu bagi mengelak masalah seperti yang terjadi kepada PPSMI. Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru. Bagi pelaksanaan dasar MBMMBI, kementerian akan memohon peruntukan yang secukupnya untuk menjayakan dasar itu, di samping menggunapakai kemudahan sedia ada, katanya. Muhyiddin berkata, dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru tambahan untuk ditempatkan di seluruh Negara dan mulai tahun depan, pengambilan 1,000 guru bahasa Inggeris akan dibuat. Menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak mungkin kembali melaksanakan PPSMI kerana MBMMBI selaras dengan dasar negara yang mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Sambil menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai muktamad, Timbalan Perdana Menteri berkata, MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain memartabatkan Bahasa Kebangsaan, kerajaan tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa.

Muhyiddin berkata, satu daripada dorongan kuat ketika pimpinan kerajaan hendak menyediakan dasar baru itu ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan beliau yakin pembangkang turut bersetuju. Kita mahu memperjuangkan Bahasa Melayu tetapip ada masa sama masyarakat hari ini tahu untuk memasuki dunia sekarang yang kompetitif, Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa penting. Atas dasar itu saya tidak fikir kita akan berpindah balik kepada dasar lama saya amat menghormati Tun (Dr Mahathir Mohamad). Saya nyatakan kita hendak membuat pindaan, mungkin dia tidak begitu setuju tetapi tidaklah keras sangat. credit:bharian.com.my JENIS NILAI Relatif CONTOH HURAIAN Kerajaan sedang mengkaji untuk Pandangan berkenaan pada mempercepatkan dasar Bahasa baru pelaksanaan masa ketika dahulu dianggap tidak apabila dalam patrioktik. sedemikian kerajaan Bahasa system dan Tanggapan Bahasa berubah mulai 2011, Inggeris memartabatkan sebagai Melayu

memperkukuhkan Tahun Satu

Inggeris (MBMMBI) bagi murid memargabatkan berbanding cadangan asal pada pendidikan hari ini. 2012. Pada masa lampau, kita hanya mementingkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Ibuda sahaja, Sebaliknya pada masa kini, kita mementingkan Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai