Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana Mahu Meningkatkan Keyakinan Diri Bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri- Setiap hari kita melihat begitu

ramai yang mengeluh gelisah. Walaupun perwatakan luaran mengambarkan begitu santai, tapi di dalam dirinya timbul sifat ketakutan dan hanyut dalam hidup yang tiada keyakinan diri. Bagaimana cara mahu mencari keyakinan dalam diri? Adakah keyakinan ini perlu di dalam meneruskan kehidupan. Jawapan nya adalah YA. Keyakinan merupakan satu simbol kejayaan sebelum bermula nya saat kejayaan. Jadi bagaimana mahu menimbulkan keyakinan yang selalu orang lain sebutkan iaitu level confidence di dalam peribadi. Menerima seadanya apa yang ada dalam diri.

Bagaimana mencari keyakinan diri Sebenarnya di dalam hidup kita sekarang ini, masih ramai di antara kita yang menderita hidup dalam ketegangan kerana jahil mengenai Definisi Keyakinan Diri. Ketegangan yang berpunca dari tidak mempunyai keyakinan diri dan sentiasa mewujudkan suatu sirah kelemahan diri sehinggakan setiap aktiviti dan perkara yang di laluinya kerana tidak yakin akan kebolehannya sendiri. Siapa mereka ini? Mereka ini yang sentiasa bertuhankan kelemahan diri sendiri, sentiasa termenung mengenangkan keburukan, kekesalan, kurang kelebihan sehinggakan berpaling tadah dari kelebihan yang mereka miliki yang mereka tidak sedari. Dengan cara inilah kita akan memperolehi Tips Keyakinan Diri untuk melukis kejayaan diri sendiri

Kenapa ada rasa tiada tidak yakin pada diri sendiri Setiap daripada kita, di lahirkan hidup di muka bumi ini dalam keadaan yang tidak sempurna sebenarnya. Kesemunya di ciptakan di dalam wujud mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Tidak wujud manusia yang terlalu sempurna, sehinggakan mampu membuat kita merasa cemburu berlebihan sehinggakan kita selalu mengenangkan kelemahan dan ketidaksempurnaan dalam diri dan mengabaikan kelebihan yang kita miliki. Adakah ini tandanya kita berterima kasih kepada Allah Ta'ala sebagai pencipta kita. Mengenang, dan terus bermenung memikirkan mengapa aku di lahirkan di dalam keadaan yang tiada kelebihan sedangkan ianya ada di dalam diri kita selama ini.

Cemburu pada kelebihan orang lain Kenapa..Mengapa.. Semuanya kerana ketidakpuashatian kita kepada orang lain, dan mungkin juga kerana kesombongan kita kepada Illahi untuk mengaut segala kelebihan manusia sehingakan kita tidak redha segala kelemahan yang Allah Ta'ala ciptakan buat kita. Pernahkah anda terfikir, kelemahan yang ada miliki hari ini merupakan kelebihan di mata orang lain. Dan pernahkah anda ketahui, kelebihan yang anda dambakan selama ini yang ada dalam diri mereka, sebenarnya merupakan suatu beban yang tidak terpikul oleh mereka selama hayat mereka. Jangan lah sentiasa emosional sehingga pupus keyakinan pada diri sendiri. Cari lah bagaimana mencari Motivasi Keyakinan Diri

" Tahukah anda, jika mahu berjaya utama di dalam memaku tanda kejayaan dalam hidup haruslah mempunyai keyakinan, mengenal pasti kelebihan diri sendiri, iaitu yakin akan kemampuan diri sendiri dan membuatkan perkataan cemburu pada kelebihan orang lain sebagai suatu cabaran dalam hidup bahawa anda juga mampu menjadi seperti mereka ".

Mengenai mengenal pasti kelemahan diri anda, jangan sesekali anda ketepikan sepenuhnya. Jadikan kelemahan tersebut sebagai benteng dalam mengorak hidup untuk berjaya, memperbaiki dan mencari jalan penyelesaian Tingkatkan Keyakinan Diri tersebut supaya menjadi kebaikan dalam hidup di masa akan datang.

Untuk berjaya haruslah ada percaya pada kebolehan diri sendiri, yakin pada kemampuan dan kebolehan yang anda miliki, dan dan tidak terlalu emosional akan kelemahan yang ada pada diri.

Kesimpulannya, Bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri. Jawapannya mudah sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, kenal pasti apa jua kelebihan dan kelemahan dalam diri anda sendiri. Kelebihan yang anda miliki hari ini sepatunya anda tampilkan di khalayak ramai dengan rasa yakin bahawa anda juga mempunyai peluang untuk berjaya seperti mereka. Keluarlah dari kawasan rasa takut, dan yakin anda mampu menjadi diri anda sendiri.

Untuk terus di takuk lama, pada mereka yang terlalu cinta akan kehidupan gelap hari ini, taksublah akan rasa tidak yakin akan kebolehan diri, teruslah mengenangkan akan ketidaksempurnaan yang ada, dan teruskan bermimpi dalam khayalan emosional negatif tersebut. Anda mampu mengubahnya. Semuanya di tapak tangan anda sendiri. Sekarang, anda sudah tahu bagaimana mahu meningkatkan keyakinan dalam diri anda. Anda pasti dengan apa kelebihan yang anda miliki hari ini?