Anda di halaman 1dari 23

Nurfatin Liyana Bt Omar Nur Azrin Bt Mohammed Mohayaddin

Set induksi adalah bahagian permulaan proses pengajaran

Set Induksi
Set induksi haruslah ringkas dan padat, biasanya tidak melebihi 5 minit. Bertujuan membina aliran fikiran dan minat murid terhadap isi pengajaran.

Set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan.

Sesuai dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan dan umur murid.

Berkaitan dengan isi pengajaran

Menarik minat dan perhatian murid

Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran

yang akan dijalankan. Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajarisesuatu yang berkaitan. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.

Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi

pelajaran baruyang hendak disampaikan. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atauprojek. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaranmurid. Membantu murid mengikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna

Menarik Perhatian

Motivasi

Menggunakan nada suara Menggunakan BBM Gerakan, isyarat dan kontek mata Aktiviti luar biasa

Membangkitkan rasa ingin tahu Pelbagai teknik dan aktiviti Soalan ,mencabar

Menstruktur

Perkaitan Mengaitkan pengetahuan lepas murid Mengaitkan isi pelajaran Mengaitkan peristiwa semasa Mengaitkan minat & pengalaman murid

Tugasan jelas Soalan berkaitan dengan P & P Menyatakan aktiviti dengan jelas

Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan

disampaikan adalah tinggi.Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaranguru selanjutnya. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsepyang baru dengan lebih mudah dan bermakna.

Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-

sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

Kemahiran menerang digunakan untuk

menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan. Contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran .

Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : Guru hendaklah merancang aktiviti pengajar dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar peneragan guru dalam tempoh masa yang lama. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap peneragan guru, kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.

Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan

hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi

pelajaran dengan jelas. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Arah Permulaan

Kemahiran Ilustrasi Penggunaan contoh/Sumber pengajaran Mencukupi Sesuai Jelas

Penerangan Guru Menarik dan mengekalkan perhatian


murid Membangkitkan keedaran murid untuk belajar Jelas, ringkas dan tepat

Penyusunan Idea Pengurusan kemahiran menerang Idea dikembangkan secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat Penutup Rumusan /Kesimpulan Isi penting ditulis Isi disusun secara teratur Penutup ringkas dan padat

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam

pengajaran guru. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar mengingat kembali pengetahuan lepas. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk mencungkil fikiran pelajar. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.

Prinsip Kemahiran penyoalan


Pembentukan soalan
Aras seuai dengan murid

Jenis soalan berkaitan


Mudah difahami / ringkas, tepat dan jelas Pelbagai bentuk penyoalan Mendorong murid berfikir / elakkan soalan tertutup

Teknik Penyoalan
Memberi ruang kepada murid untuk mencari jawapan Soalan ditujukan kepada semua pelajar Jangan ulang jawapan murid pelajar tidak beri tumpuan kepada jawapan

kawan Memuji jawapan murid, jangan mengejek jika salah Jika murid tidak dapat menjawab, ubah aras untuk membantu murid Elak jawapan beramai-ramai

Uji pengetahuan dan kefahaman Rangsang dan cungkil fikiran murid Membimbing murid menggunakan kaedah inquiri Menarik perhatian, minat dan tumpuan murid Menilai keberkesanan dan objektif pengajaran Memperkukuhkan konsep dan isi pengajaran Melibatkan murid secara aktif Mengembangkan daya pemikiran murid Menjalin hubungan guru-murid Komunikasi dua hala

Mengenalpasti masalah murid


Sebagai ulangkaji pelajaran

Komponen teknik penyoalan: Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu: pembentuk soalan , fokus (tunggal), fokus (pelbagai) sebaran, hentian, melayani jawapan, memberi petunjuk dan mencungkil fikiran.

Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan

teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah

dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara satu sama lain. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Memusatkan perhatian murid Mengekalkan minat murid terhadap pengajaran guru Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran Menggunakan pelbagai saluran deria Merangsang naluri ingin tahu Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik

KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya.

Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran

deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

Perubahan pergerakan tingkah laku guru kiri --- kanan Depan ---belakang

Perubahan fokus deria murid mendengar --- menonton melihat ----merasa Perubahan bentuk lisan murid menyoal --- menjawab bercerita --- membaca berbincang .. berpidato

Perubahan pergerakan anggota guru tangan --- kepala tangan --- hentian

Perubahan nada suara mendatar ---- lantang lantang ---- senyap

Perubahan kedudukan fizikal murid menulis --- melukis duduk ---- berdiri demonstrasi ------lakonan

Anda mungkin juga menyukai