Anda di halaman 1dari 16

TUTORIAL MINGGU 1 KEMAHIRAN SET INDUKSI 1.

1 Pengenalan Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki olehsetiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuanuntuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya gurutidak berjayamenarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiranserta menimbulkan minat pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membinaaliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan danumur murid. b. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang

hendakdisampaikan. c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan yangsedia ada. d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid. e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demimencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat

Objektif-objektif Set Induksi Penggunaan objektif berikut: a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akandijalankan. b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajarisesuatu yang berkaitan. c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baruyang hendak disampaikan. e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atauprojek. f. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaranmurid. g. Membantu murid mengikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa

Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut : a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi.Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaranguru

selanjutnya. b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang

disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsepyang baru dengan lebih mudah dan bermakna. d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok.

f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi lazimnya, dibahagikan kepada empat jenis komponen,iaitu I. Menarik perhatian II. Mewujudkan motivasi III. Membuat perkaitan IV. Menstruktur

Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut I. II. III. IV. mewujudkan nada suara yang sesuai. menggunakan ABM/BBM yang menarik. menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat. menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut : I. II. III. IV. membangkitkan rasa ingin tahu. menggunakan teknik bercerita. menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. menggunakan soalan yang mencabar

Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut : I. II. III. IV. mengaitkan pengetahuan lepas murid. mengaitkan isi pelajaran baru. mengaitkan peristiwa semasa. mengaitkan minat dan pengalaman murid.

Menstruktur merangkumi perkara berikut : I. menyatakan had tugas yang akan dijalankan.

II. III. IV.

menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. menyatakan cara-cara melaksanakan tugas. menyatakan aktiviti, tugasan atau projek

2.0 Kemahiran penerangan OBJEKTIF Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan mamahami : 1.1 Prinsip- prinsip panduan penggunaan kemahiran menerang. 1.2 Objektif penggunaan kemahiran menerang. 1.3 Kesan-kesan penggunaan kemahiran menerang ke atas pengajaran- pembelajaran. 1.4 Komponen- komponen kemahiran menerang.

Cara pengendalian pengajaran mikro. KEMAHIRAN MENERANG. Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran . Misalnya : I. Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata. II. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk- bentuk geometri. III. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi denagn gambar- gambar. IV. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn merujukkan buku teks. V. Dalam peringkat perancangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya pelajar boeh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.

3.0. PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : I. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajar dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. II. III. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar peneragan guru dalam tempoh masa yang lama. IV. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap peneragan guru, kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit. V. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah

berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. VI. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. VII. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. VIII. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham. IX. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG I. II. III. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik IV. Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan hendaklah

kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN I. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna. II. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas. III. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. IV. Contohcontoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat

merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. V. Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar. KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu : I. II. III. IV. komponen aras permulaan , komponen kemahiran ilustrasi, komponen penyusunan idea dan komponen penutup.

CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO I. Guru pelatih yang memilih kemahiran menerang sebagai latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah merujuk kepada prinsip- prinsip panduan sebelum merancang aktiviti pengajarannya. Contoh- contoh dan alat bantu mengajar haruslah disediakan untuk digunakan dalam aktiviti penerangan. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran, guru pelatih yang terlibat harus mematuhi segala kriteria yang telah dihuraikan dalam rajah 7.2 II. Untuk menjalankan aktiviti penilaian, pensyarah dan guru- guru pelatih yang terlibat menggunakan borang bimbingan kemahiran menerang seperti berikut : Rajah 7.2 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN MENERANG
KOMPONEN MENERANG DAN KRITERIA KEMAHIRAN TIDAK KELIHATAN

YA

TIDAK

ARAS PERMULAAN (PENERANGAN GURU) 1. Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar 2. Sesuai denagn isi pelajaran 3. Membangkitkan kesediaan pelajar untuk belajar 4. Jelas, ringkas, dan tepat KEMAHIRAN ILUSTRASI (PENGGUNAAN CONTOH/ ILUSTRASI) Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah mencukupi Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah sesuai Contoh/ ilustrasi pelajaran jelas dan menarik Contoh ilustrasi pelajaran diuruskan dengan cekap PENYUSUNAN IDEA (PENGURUSAN KEMAHIRAN MENERANG) Idea dikembangkan secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan apabila kriteria kemahiran menerang jelas diperlihatkan atau tidak kelihatan

KEMAHIRAN PENYOALAN I. II. III. Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar mengingat kembali pengetahuan lepas. IV. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk mencungkil fikiran pelajar. V. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. VI. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN. Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktivitipengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut: 1. Pembentukan soalan. Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah. 2. Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. 3. Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanakkanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya. 4. Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi. 5. Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah? 6. Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

Teknik mengemukakan soalan 1. Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab. 2. Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas. 3. Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain 4. Mengulang jawapan pelajar itu. 5. Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru Penerimaan Jawapan Pelajar. 1. Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik. 2. Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar. 3. Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu. 4. Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya. 5. Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. 6. Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. 7. Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru.

OBJEKTIF OBJEKTIF PENYOALAN. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada hari tersebut dan juga untuk mendapatkan pengalaman sedia ada mereka. 1. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala dan menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam P&P. 2. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks. Guru sebagai pembimbing bukan memberi jawapan. 3. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana mereka akanditanya selepas sesuatu aktiviti. 4. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. 5. Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P pada hari itu. 6. Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan. 7. Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing. 8. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran. 9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan soalan yang mencabar. Mengembangkan perkembangan kognitif mereka. 10. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang. 11. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 12. Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN PEMBELAJARAN 1. Melalui aktiviti soal jawab, pelajar- pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka

2. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan. 3. Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi. 4. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. 5. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian oleh akan membolehkan Kesannya guru ialah

mengenalpasti

masalah

yang

dihadapi

pelajar.

membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. 6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. 7. Menggunakan soalan- soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan. 8. Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru yang dipelajari. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN. Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu: 1. pembentuk soalan , 2. fokus (tunggal), 3. fokus (pelbagai) 4. sebaran, 5. hentian, 6. melayani jawapan, 7. memberi petunjuk dan 8. mencungkil fikiran.

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENYOALAN. Komponen menyoal) kemahiran (teknik Nombor soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Pembentukan soalan : Jelas ringkasn tepat Fokus kepada setiap satu idea Fokus lebih daripada satu idea Sebaran ke seluruh kelas Hentian yang sepatut Melayan jawapan dengan baik Memberi petunjuk atau petua Mencungkil fikiran Aras- aras kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Tandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan denagn ciri- ciri yang dapat dilihat bagi tiaptiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN. 1. Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. 2. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkahlangkah penyampaian diantara satu sama lain. 3. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. 4. Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan. 5. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya. OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN. 1. Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru. 2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran. 3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.

4. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. 5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan. 6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok. KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. 2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. 3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. 4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P. 5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak. 6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN. Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen. 1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru. 2. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. 3. Komponen perubahan pergerakan anggota guru 4. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

5. Komponen perubahan nada suara guru 6. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran. 7. Komponen perubahan fokus deria pelajar. 8. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM. 9. Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. 10. Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar. Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.
11. BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

Komponen Kemahiran Pergerakan langkah guru yang sesuai Pergerakan anggota guru yang berpatutan Perubahan nada guru dalam pertuturan Perubahan fokus deria pelajar Perubahan bentuk lisan pelajar Perubahan bentuk fizikal pelajar

30 saat bagi tiap-tiap ruang 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

Anda mungkin juga menyukai