Anda di halaman 1dari 7

TAJUK MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAMBAHAN TAJUK INOVASI: EXCELLOG NAMA PENYELIDIK : HADIBAH HARUN ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH

TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU

Saya akui inovasi ini adalah hasil kerja saya sendiri

Tandatangan :

Nama Tarikh

: HADIBAH HARUN : 10hb Julai 2011

1.

PENGENALAN

Tajuk Indeks dan logaritma merupakan tajuk yang menjadi fobia kebanyakan pelajar Tingkatan 4. Saya terpanggil untuk membuat satu kajian dalam tajuk ini yang melibatkan kemahiran mengira nilai log apabila pelajar sering mengulangi

kesilapan yang sama apabila menyelesaikan masalah ini. Walaupun dalam tajuk ini pelajar menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan hukum-hukum log dalam menyelesaikan masalah namun saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah pengiraan nilai log. Dengan membantu pelajar dalam meningkatkan

kemahiran dalam pengiraan ini, pelajar akan dapat menggunakan modul ini untuk menyelesaikan dengan tepat dan memperolehi zero defects .

2.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum: Meningkatkan kemahiran pengiraan log 3.2 Objektif Khusus: 3.2.1 Membantu pelajar menguasai kemahiran mengira dengan mudah, tepat, dan cepat. 3.2.2 Membantu pelajar dengan satu teknik yang dapat mengurangkan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah log. 3.2.3 Membantu mempertingkatkan peratus pelajar yang mendapat A dalam SPM

3 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN i) ii) iii) iv) Tinjauan masalah Ujian Diagnostik Sesi penandaan dan pemberian markah Menganalisis bentuk kesilapan pelajar.

3.1
BIL 1

JADUAL PELAKSANAAN
AKTIVITI GURU Sesi pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan kaedah biasa iaitu N= Sesi pemantauan dan penandaan latihan pelajar di dalam kelas Ujian diagnostik yang terdiri dari 10 soalan dijalankan Penandaan kertas ujian Guru memperkenalkan serta memberi penerangan tentang teknik excellog Ujian diagnostik pengukuhan dilaksanakan untuk melihat keberkesanan modul Sesi penandaan dan pemberian markah AKTIVITI PELAJAR Pelajar membuat latihan di dalam kelas

Masalah pengiraan nilai log menyebabkan pelajar sering tersangkut dan mengundang putus asa Pelajar menduduki kertas ujian

4 5

Pelajar membuat latihan pembetulan Pelajar menyiapkan latihan dengan bantuan guru.

Pelajar menjalani ujian

Kesemua pelajar mendapat perfect score

3.2 PRA-UJIAN Keputusan Pra-Ujian


GRED(%) A ( 80 -100 ) B ( 60 - 79 ) C ( 40 - 59 ) D ( 20 - 29 ) E ( 0 - 19 ) Jumlah BILANGAN PELAJAR 0 0 12 10 2 24

Berdasarkan kepada keputusan pra-ujian, di mana sasaran kajian ini adalah 24 orang pelajar Tingkatan 4B , tiada seorang pelajar memperolehi Gred A atau B, 12 pelajar mencapai gred C, 10 pelajar mencapai tahap D sementara masih terdapat

2 orang pelajar yang hanya mampu mendapat E.Adalah diharapkan dengan kajian yang telah saya jalankan, saya mampu membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah log. 3.3 POS-UJIAN Perbandingan antara keputusan pra dan pos ujian
BILANGAN PELAJAR GRED (%) A ( 80 -100 ) B ( 60 79 ) C ( 40 59 ) D ( 20 29 ) E ( 0 19 ) (Pra-ujian) 0 0 12 10 2 BILANGAN PELAJAR (Post-test) 16 8 0 0 0

Jumlah

24

24

Dengan membuat perbandingan di antara pra dan pos ujian, hasil yang boleh kita lihat adalah di mana pelajar-pelajar yang memperolehi gred C,D, dan E telah menunjukkan keputusan yang amat membanggakan. 4. REFLEKSI KESELURUHAN Perubahan kepada guru: (i) Guru menjalankan ujian diagnostik pengukuhan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar. (ii) Proses penandaan dan pemarkahan. -Keputusan dipamerkan pada jadual pemarkahan di hadapan kelas. Perubahan kepada pelajar: (i) (ii) Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal dapat diterapkan di mana hubungan yang baik akan dapat menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar yang positif. KESIMPULAN: Kajian ini telah saya jalankan pada tahun ini.Alhamdulillah, saya kurang menghadapi masalah pelajar yang tidak berkebolehan untuk menyelesaikan masalah nilai log ini.Namun begitu, masih ada ruang supaya dapat dibuat penambahbaikan di masa akan datang.Sebagai pendidik di era globalisasi ini, seorang guru perlu sentiasa kreatif memikirkan teknik serta teknologi terkini supaya dapat diintegrasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.

LAMPIRAN
BIL 1 SOALAN = Langkah 1 : asas samakan dan bulatkan Langkah 2 : angka di atas adalah 2 sementara 3 adalah angka di bawah. 2 dan 3 dipisahkan oleh tanda bahagi = JAWAPAN

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 1 7

Anda mungkin juga menyukai