Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH LONTAR PELURU Acara lontar peluru merupakan acara olahraga yang melibatkan dari segi melontar dalam

pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang mungkin. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah diterima

dalam

kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904.

Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.

OTOT - OTOT YANG TERLIBAT SEMASA MENJALANI ACARA LONTAR PELURU.

TANGAN

KAKI

LATIHAN ANSUR MAJU Latihan mendorong : 1. Melontar bola lisut. Pelontar memegang bola lisut dan melontar dengan gaya berdiri mengadap hadapan. 2. Melontar bola lisut. Pelontar memegang bola lisut dan melontar dengan gaya berdiri mengadap dinding. 3. Menolak bola besar ke dinding. 4. Menolak bola besar secara berpasangan. 5. Menolak bola besar ke arah titik tinggi. 6. Menolak bola besar untuk jarak.

Melontar secara berdiri : 1. Mengadap arah lontaran dan melontar peluru latihan. 2. Mengadap sisi dan melontar. 3. Membelakangkan kawasan lontaran dan melontar. 4. Melungsur dengan bantuan. 5. Melungsur tanpa bantuan. 6. Melungsur pendek dan melontar. 7. Melungsur dan melontar dengan pulihan gaya Parry OBrien. Memusing dan melontar.