Anda di halaman 1dari 4

Permainan Bahasa Nama Permainan: Silang Kata Objektif: Murid dapat mengeja perkataan yang telah diajar dengan

betul. Bahan: Carta silangkata Cara menjalankan permainan. 1. Permainan ini dimainkan oleh 2 orang atau lebih. 2. Guru mempamerkan carta silang kata yang kosong di papan putih. 3. Guru membaca klu untuk silang kata satu demi satu. 4. Murid yang boleh menjawab dengan betul diberi ganjaran.

Melintang: 1. Sejenis sayur-sayuran. cendawan 2. Buah rambutan berwarna __________. merah 3. Warna kapas. putih Ke Bawah: 1. Sejenis buah-buahan. Permainan Bahasa rambutan

Nama Permainan: Kotak ABC Objektif: Murid boleh baca suku kata Bahan:kotak , kad suku kata (ram-bu-tan,cen-da-wan,cem-pe-dak,tempa-yan) Cara menjalankan permainan. 1. Guru masuk suku kata dalam kotak (kotak ABC). 2. Murid duduk dalam bulatan. 3. Bunyikan muzik dan murid edarkan kotak ikut pusingan jam. 4. Apabila muzik berhenti, murid terakhir yang memegang kotak perlu memilih satu kad suku kata dan membunyikannya. 5. Sekiranya tidak berjaya, murid perlu cari suku kata lain.

Permainan Bahasa Nama Permainan: Susuka Objektif: Murid boleh menyusun suku kata menjadi perkataan bermakna. Bahan: Gambar, kat suku kata,kotak. Cara menjalankan permainan: 1. Guru menunjukkan gambar. 2. Guru menyediakan kad suku kata dalam kotak. 3. Murid memilih suku kata untuk membentuk perkataan berdasarkan gambar. 4. Jika murid tidak dapat mencari suku kata, guru akan Menyebut suku kata. 5. Murid yang dapat membaca dan mengeja semua perkataan dengan betul dikira pemenang.

Permainan Bahasa

Nama Permainan: Siapa cepat dia dapat Objektif: Murid boleh mamadankan ayat yang sesuai dengan gambar. Bahan:gambar, kad perkataan. Cara menjalankan permainan. 1. Permainan ini dimainkan oleh 4 orang murid satu pusingan. 2. Guru tunjukkan 4 gambar serentak. 3. Murid memilih perkataan untuk membentuk ayat bermakna berdasarkan gambar. 4. Murid yang terpantas dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai