Anda di halaman 1dari 1

Usaha membangun dan membina insan cemerlang perlukan penggembelingan tenaga dan pelbagai usaha dan program.

Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk merealisasikan hasrat menjadikan hidup di sekolah dan asrama sebagai satu keluarga. Konsep hidup sebagai satu keluarga amat perlu di Sekolah Menengah Sains Banting iaitu Sebuah Sekolah Berasrama Penuh di mana murid-muridnya tinggal sepenuh masa atau 24 jam sehari. Murid di sini perlukan sokongan yang bermakna dari warga sekolah khususnya guru-guru yang menjadi pengganti atau in loco parentis terhadap murid-murid ini. Program ini memberi ruang dan peluang untuk guru berperanan dan membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam usaha memupuk potensi pelajar agar berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik malah peribadi. Konsep Keluarga ini bolehlah dianggap seperti konsep kakak, abang atau ibu bapa angkat kepada pelajar. Kita berharap program ini dapat mewujudkan mewujudkan suasana kekeluargaan, kasih sayang antara guru dan murid, menggerakkan pelajar supaya aktif dalam segenap aspek sama ada dalam akademik, kokurikulum, kreativiti dan inovasi serta sahsiah pelajar. Panduan ini disediakan sebagai garis panduan umum untuk guru-guru melaksanakan program. Saya percaya guru-guru akan merujuk dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan masing-masing melalui pembacaan daripada senarai bacaan yang dilampirkan. Guru selaku contoh ikutan dan rujukan murid perlu sentiasa bersemangat tinggi dan bertenaga untuk memberikan bimbingan, inspirasi dan motivasi kepada murid-muridnya . Mudah-mudahan, anak-anak murid sebagai ahli keluarga masing-masing akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam semua aspek pembentukkan insan, secara fisikal, emosi mental dan rohani.dan menjadi insan soleh dan serba boleh.

Haji Mohamad Kamaludin bin Taib Pengetua SM Sains Banting