Anda di halaman 1dari 9

1 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

1
KHUTBAH PERTAMA





Hadirin Yang dirahmati Allah;

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah S.W.T. dengan terus iltizam dan patuh kepada titah perintahNya,
SuruhanNya dan tegahanNya. Seterusnya marilah kita rafakan setinggi-tinggi
kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. kerana telah memberi Hidayah kepada
kita, menerima ajaran Allah dan ajaran Rasulullah S.A.W. Semoga hidayah itu
diteruskan dan ditambah lagi oleh Allah S.W.T. kepada kita semua hingga kita
tetap istiqamah di atas jalan Allah sepanjang hayat sehingga kita
dikembalikan kepada Allah S.W.T. dengan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Cukuplah bagi kita dalam hidup ini memberi perhatian sepenuhnya kepada
keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itulah yang paling besar dan amat
tinggi nilainya.
p4O;jO4 ;g)` *.- +O4- _
ElgO 4O- NeOE^-
O1gE^-

Hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah Taala.

Secara umumnya di dunia ini terdapat tiga kategori manusia
sepertimana yang dikemukakan oleh Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya,
Ma za Ya ni Intimai Li al Islam :

KATEGORI PERTAMA

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Sikap mereka jelas
2 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

2
seperti yang dinyatakan di dalam al Quran :-
Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan kita
di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan
( Surah Al Anam: 29)

KATEGORI KEDUA

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah
bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan
Allah Subhanahuwataala dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih
menyangka mereka berbuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai
kepercayaan kepada Allah Subhanahuwataala dan Hari Qiyamah tetapi
aqidah mereka hanyalah gambaran luar semata-mata yang terputus
hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada
hakikatnya berfahaman kebendaan (materialis) walaupun kadangkala mereka
melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

KATEGORI KETIGA

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang
tanaman untuk mendapat hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar
beriman dengan Allah Subhanahuwataala. Mereka mengetahui hakikat hidup
serta nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Allah Subhanahuwataala
membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau
belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya ?
(Surah Al Anam : 32)

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan
perlumbaan untuk mentaati Allah Subhanahuwataala dan mencari
keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan,
rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah Subhanahuwataala..



3 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

3


Hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah;

Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas
Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan iaitu:

1) Mengetahui matlamat hidup. Firman Allah Subhanahuwataala:






Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu
(Surah Adz-Dzariat : 56)

2) Memahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat. Firman Allah
Subhanahuwataala:

Hai orang-orang yang beriman , apakah sebabnya apabila dikatakan
kepada kamu: berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah) kamu
merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu?. Apakah kamu puas dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal
kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat
hanyalah sedikit
(Surah At Taubah : 38)

3) Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada
kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia. Firman Allah
Subhanahuwataala :


4 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

4

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah
beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan
( Surah Ali Imran : 185)


4) Mengetahui benar-benar akan hakikat Din Al Islam dengan cara
mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5) Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran,
aliran dan perancangannya. Disamping itu mendedahkan akibat serta
keburukan Jahiliyah. Dengan memahaminya barulah orang-orang beriman
tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang bermaksud:

Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu
daya mereka


Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala;

Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai
syara dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai yang lain. Kebaikan dan
keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara berdasarkan
kepada kaedah:

Yang Baik Ialah Apa Yang Dipandang Baik Oleh Syara dan Yang Buruk
Ialah Apa Yang Dipandang Buruk Oleh Syara

Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar
mengambil nilai syara dan melarang dari mengambil nilai yang lain daripada
nilai syara. Antaranya Firman Allah Subhanahuwataala:


5 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

5
Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari
urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
(Surah Al Jaatsiyah: 18)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman;
Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil
pengajaran (daripadanya)
(Surah Al Araf : 3)

Dalam Surah An Nisa : 60 pula Allah Taala mengingatkan;
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepaamu dan kepda apa yang
diturunkan sebelum kamu?. Mereka hendak berhakim kepada thaghut,
padahal mereka telah diperintahkan mengingkari thaghut itu. Dan syaitan
bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya



Juga terdapat keterangan yang jelas daripada al Quran memberi
peringatan bahawa memilih dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam
merupakan, kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah Subhanahuwataala.
Firman Allah Subhanahuwataala :




6 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

6
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,
niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah
berdusta (terhadap Allah)
(Surah Al Anam: 116)

Begitulah juga dalam ayat 36 :Surah Al Ahzab, Allah Taala mengingatkan;

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.
Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia
telah sesat, sesat yang nyata.











7 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

7





KHUTBAH KEDUA

.

. !

Hadirin yang dirahmati Allah;

Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun
zaman beredar dan berubah. Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al
Quran dan Sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya.

Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu, maka ia
tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang
haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah,
dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan
pembatalan itu ialah golongan atau kumpulan yang melepaskan dan
membebaskan diri daripada Islam.

Perlulah diperingatkan sekiranya ketetapan Allah Subhanahuwataala
itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.

Firman Allah Subhanahuwataala :

8 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

8
Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit
dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah
mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka
berpaling dari kebanggaan itu
(Surah Al Muminun: 71)


Islam telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwataala sebagai satu
sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi
dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta
menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh
Allah Subhanahuwataala dalam firmanNya:

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya
menetapi kesabaran
(Surah Al Asr : 1 3)

Di samping itu juga dapatlah kita fahami berdasarkan ayat di atas,
amalan Soleh itu adalah buah Iman. Iman itu hidup dan bergerak melahirkan
amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan
membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan
beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat
baik sahaja tanpa diamalkan.

. .




9 SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 016

9

Anda mungkin juga menyukai