Anda di halaman 1dari 6

SOALAN OBJEKTIF

1. Berikan definisi pengurusan menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990).

a. Pengurusan sebagai pengarahan, pengawalan, pengelolaan dan penyelenggaraan. b. Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia. c. Satu proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. d. Gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan kewangan, kepimpinan dan penilaian.

2. Ketua panitia memainkan peranan penting dalam pengurusan. Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa ketua panitia Pendidikan Jasmani?

i. ii. iii. iv.

Menyediakan rancangan tahunan panitia. Menyimpan barangan Pendidikan Jasmani dalam stor. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia. Mempengerusikan mesyuarat Pendidikan Jasmani.

a. I dan II sahaja b. I, II dan III sahaja c. I,III dan IV sahaja d. I, II, III dan IV

3. Pengurusan Pendidikan Jasmani merupakan proses mentadbir dan menguruskan mata pelajaran Pendidikan Jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau diajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan. Berikut adalah prinsip-prinsip dalam pengurusan Pendidikan Jasmani kecuali

a. Sukan berbentuk permainan yang dikelolakan dengan teratur. b. Dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan. c. Pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan. d. Melahirkan masyarakat yang mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan dalam kegiatan fizikal.

SOALAN STRUKTUR

Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia

1(a) Senaraikan 5 fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan sukan

jasmani dan

(5 markah)

1(b) Apakah elemen-elemen utama yang menentukan kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan?

(5 markah)

SOALAN ESEI 1. Pendidikan Jasmani adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif serta menepati fungsi-fungsi falsafah Pendidikan Jasmani.

Huraikan lima objektif Pendidikan Jasmani. (10 markah )

2. Pengurusan stor Pendidikan Jasmani amat penting supaya memudahkan guru Pendidikan Jasmani menyimpan dan mengeluarkan barangan apabila digunakan.

Jelaskan lima cara penjagaan alatan Pendidikan Jasmani. (10 markah)

JAWAPAN OBJEKTIF 1. D 2. C 3. A

STRUKTUR 1(a) (i) Merancang (ii) Menyediakan bajet (iii) Mengawal (iv) Mengarah (v) Mengelola (vi) Menyediakan jadual pertandingan (vii) Membuat keputusan (viii) Menilai 1 fakta = 1 markah 5 fakta = 5 markah

1(b)

(i) Persediaan profesional (ii)Sikap professional (iii)Perkembangan profesional Dan jawapan yang berkaitan

1 fakta = 1 markah 5 fakta = 5 markah

ESEI 1. Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Tingkat dan amal kecergasan berasaskn kesihatan & perlakuan motor. Bentuk sahsiah & disiplin. Membuat keputusan. Lakukan senaman & aktiviti fizikal sebagai rutin harian 1 fakta = 1 markah 5 fakta x 2 markah = 10 markah

2. Peralatan berat disusun di tempat khas bawah rak simpanan. Alatan tajam diletakkan tegak,matanya ke bawah. Tiada barang yang bersepah di lantai. Alatan logam (peluru,cakera,lembing) dilap untuk mengelak daripada berkarat. Wujud peredaran udara supaya alatan PJ sentiasa kering. Tidak sesak dan mudah untuk mengambil barang.

1 fakta = 1 markah 5 fakta x 2 markah = 10 markah