P. 1
Kertas Kerja 1 Murid 1 Sukan

Kertas Kerja 1 Murid 1 Sukan

|Views: 3,006|Likes:
Dipublikasikan oleh Daisy Dan Bulan

More info:

Published by: Daisy Dan Bulan on Jul 02, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/12/2015

pdf

text

original

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, TANJONG IPOH 71500 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

TARIKH 10 JULAI 2012

MASA 7.30 PAGI – 9.00 PAGI

TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS

1.0

PENDAHULUAN

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersamasama menjayakan aktiviti senamrobik ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan

menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0

RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak 2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. 2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian muridmurid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut: 4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; 4.2 melibatkan penyertaan semua murid; 4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN 10 Julai 2012

6.0 MASA 7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Tanjong

8.0 KUMPULAN SASARAN (LIHAT LAMPIRAN A) 8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut: 8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta); 8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan 8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 pagi 7.35 pagi

: Semua Peserta Melapor Diri : Ketibaan Dif-Dif Jemputan : Ketibaan Tetamu Kehormat

7.45 Pagi

: Perhimpunan rasmi sekolah : Bacaan Doa : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri : Gimik Pelancaran

8.00 pagi 9.00 pagi

: Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Carta Gantt Perancangan Aktiviti

Aktiviti 1.0 AKTIVITI SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh pelaksanaan 28/6 29/6 02/7 03/7 04/7 05/7 06/7 07/10 09/7 10/7

1.1 Perancangan Aktiviti

1.2 Pelantikan AJK

1.3 Latihan Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI Jawatankuasa Pelancaran Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan

Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi i Naib Pengerusi ii Penyelaras Setiausaha

: Pn.Hjh.Mysiah bt Hj.Idris (Guru Besar) : En.Said Ramlan bin Ishak (PK.Kokurikulum) : En.Mohd Khidzari bin Mohd Ali (PK. Pentadbiran) : Pn.Normamisah bt Abd Rahman (PK.HEM) : Pn. Azizah bt Abd Aziz : Cik Tengku Nabila bt Tengku Mohamad Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

Bendahari Bacaan Perutusan Juruacara

: Cik Hasliza bt Mat Isa : Pn.Normamisah bt Abd Rahman : Puan Nor Azizah bt Abd Aziz En.Yaacob bin Mohamad

Bacaan Doa Siaraya

: Tn.Hj.Nazri bin Dollah : En. Mohd Firdaus bin Abdullah En. Mohd Aznie bin Mohd Nor

Buku Program

: Cik Norhaflida bt Abd Hamid Puan Norhana binti Antari

Gimik Pelancaran

: Pn Norlaila bt Abu Zarim Pn. Norhayati bt Abdullah

Kawalan Murid

: En Mohd Taufik bin Baharudin Pn Norhakimah bt Mohd@Mat Isa

Persiapan tempat

: En Mohd Fazrul bin Sulaiman Pn. Noorhuzaimah bt Awang@Husain

AJK Aktiviti

: Cik Tengku Nabila binti Tengku Mohamad Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

AJK Dokumentasi

: Pn. Nor Ezmawati bt Mohd Ezham En. Mohd Azman bin Zahar

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN ANGGARAN BELANJAWAN BIL PERKARA KUANTITI (UNIT) HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)

1 2

Buku Program Gimik Pelancaran

RM0.20

RM 8.00 RM 10.00

RM 8.00 RM 10.00

RM 18.00

12.0 SENARAI PERALATAN 1. LAPTOP 2. PEMBESAR SUARA 3. MIKROFONE 4. DVD

PENUTUP Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan Oleh: ………………………………………………………… (Tengku Nabila binti Tengku Mohamad) Setiausaha Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

………………………………………………………… (Nur Nadia bt Ab Rahim) Setiausaha Bersama, Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris Disahkan Oleh:

………………………………………………………… (Hajah Mysiah Bt Haji Idris) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->