Anda di halaman 1dari 2

Bismillah Hirrohman Nirrohim, Yg Berbahagia Datin Hjh Azian bt Ahamad Shaharbi, Yg Berusaha.....

yang dikasihi murid-murid sekelian, Dlm tunjuk ajar kami.. Guru-guru ada harapan ... Dlm teguran kami ada doa.. .....Dlm marah kami sebenarnya sarat perasaan sayang ... Dalam tawa kami ada kemesraan ... Dalam diam kami sebenarnya penuh debaran Kerana dalam tangan kamilah..terbina masa depan Kerana semua inilah, Hari Guru kita raikan demi memberi ruang kepada guru menghilangkan lelah seketika memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru ,walau hanya sekadar ucapan Selamat Hari Guru'. Sebagai wakil dari rakan-rakan guru, izinkan saya melafazkan rasa syukur dan bangga kami kerna telah terpilih menjadi insan bergelar guru....lebih-lebih lagi apabila kami semua ditempatkan di SK Perempuan Methodist ini yang merupakan antara sekolah yang amat dikenali diseluruh Perak. Dikesempatan ini, kami guru-guru di sini ingin mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih kepada Datin Hjh Azian GB kita, yang telah banyak mengajar kami erti kegigihan dan kesabaran dlam menjalankan tugas yang semakin hari semakin mencabar. Datin merupakan ubat penenang diketika fikiran kami bercelaru...Datin bertanggungjawab menyuntik vitamin-vitamin keceriaan dlam hati kami...menjadikan kami guru-guru penuh bersemangat manjalankan rutin harian. Terima kasih juga kepada semua pen kanan... yang tidak kurang memberi tunjuk ajar dalam memimpin kami semua untuk menjadi yang terbaik di antara yang baik. Besarlah harapan kami guru-guru, keakraban hubungan kita akan terus disulami benih-benih kasih yang bakal memacu kudrat-kudrat kami yang ada untuk terus mendidik anak-anak MGS untuk sentiasa berada dipuncak kegemilangan. Untuk murid-murid MGS semuanya, Kami guru-guru yang ada ini... ingin mengucapkan terima kasih.. kerana anda semua Merupakan kumpulan pelajar yang jarang melakukan kesalahan disiplin yang mengugat kewibawaan kami... Terima kasih kerana anda semua sering mencapai keputusan yang dapat kami banggakan dengan rakan setugas dari sekolah-sekolah lain. Terima kasih kerana hadir ke sekolah..benar-benar untuk belajar... Terima kasih jua kerana menghormati kami.. sebagai guru dan ibu Semuga kalian semua akan memberikan kami hadiah yang amat kami impi dan igaukan

Bukan ipad two... bukan juga galaxy note tetapi Kejayaan-kejayaan anda semualah yang bakal mengukir senyuman manis dibibir kami. Janjikanlah pada kami... bahawa anda semua akan memberikan kami hadiah itu... 5A dalam setiap peperiksaan Tempat pertama dalam setiap perlawanan dan pertandingan Gadis genit MGS, tinggi budi bahasanya... Kami ingin terus berbangga menjdai warga MGS. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memdeklimasikan sebuah sajak untuk rakan guru dan sebuah lagi untuk murid semua.

Anda mungkin juga menyukai