Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

5.2 : KEMAHIRAN MELAYAN & MENDENGAR 5.2.3 - Dorongan Minima


Kemahiran Dorongan Minima - menggalakkan klien membuat pendedahan kendiri atau terus bercerita Pendedahan diri klien - membantu klien meneroka kendiri, memperolehi kefahaman dan kesedaran kendiri.

Definisi
Satu tindak balas spontan yang minima samada secara verbal atau non-verbal daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling (Abdul Ghani Sulaiman, 2003) Contoh dorongan minima bukan lisan: - Senyuman, mengangguk kepala, memandang klien, kontak mata yang sesuai. Contoh dorongan minima lisan: - Yateruskan, Aha, ok, Uh, Umm, Anda marah..?, lepas itu, kemudian, jadi, oh, dsbnya.

Tujuan
Mendorong dan menggalakkan klien terus bercerita atau membuat pendedahan kendiri. Memberi kesempatan kepada klien untuk memberi penghuraian lanjut serta penjelasan kepada perkara yang sedang dicakapkan Ia menggambarkan kaunselor memahami dan mengikuti percakapan klien. Memberi kesan yang positif kepada klien untuk menunjukkan bahawa kaunselor menghormati dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya. (Abdul Ghani, 2003) Mempengaruhi arus perbualan tanpa mengganggu aliran pemikiran klien.

Panduan
Dorongan diberikan berdasarkan situasi dan dengan cara yang jujur Elakkan daripada dorongan maksimum (Maznah dan Zainal, 2003)

Waktu sesuai menggunakan dorongan minima


Digunakan pada mana-mana peringkat dalam sesi kaunseling. Berkesan dan sesuai digunakan apabila klien mula aktif bercerita atau berkongsi Untuk menggalakkan klien bercerita tanpa mengganggu konsentrasinya, kaunselor boleh memberi tindak balas spontan yang minima sahaja sebagai tanda kaunselor faham, mengerti, dan dapat mengikuti jalan ceritanya serta berminat untuk mendengar cerita klien seterusnya (Abdul Ghani, 2003)

Contoh
Klien : Saya nak bincang tentang pelajaran saya. Kaunselor : Ya! Pelajaran anda (sambil mengangguk). Klien : Sejak akhir-akhir ini pencapaian saya merosot. Kaunselor : Hmm! Hmm! Klien : Semua markah saya menurun. Kaunselor : Ok. Seterusnya.. (nada rendah dan mengangguk)

Kesimpulan
Dorongan minima - menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. - klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya. - penting dalam membantu & merangsang klien membuat penerokaan kendiri

Anda mungkin juga menyukai