Anda di halaman 1dari 20

1. Manakah antara yang berikut dapat menerangkan maksud keperluan? A. Bertujuan untuk menunjukkan status diri B.

Dipengaruhi oleh factor umur, jantina, dan tahap pendapatan C. Manusia tidak boleh tanpa keperluan lain D. Akibat daripada sumber semula jadi yang terhad, setiap manusia terpaksa membuat pilihan dalam memenuhi keperluan fisiologinya hidup tanpa keperluan asas tetapi boleh meneruskan hidup

2. Keperluan sosial terdiri daripada I. II. III. IV. A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV keperluan asas. keperluan keselamatan. keperluan penghargaan. keperluan kasih saying.

3. Manakah antara yang berikut merupakan barang kehendak? A. Minuman susu untuk bayi yang baru lahir B. Hadiah loket berlian sebagai menghargai kejayaan C. Rumah yang sesuai untuk menempatkan semua ahli keluarga

D. Pakaian melindungi daripada sejuk dan panas

4. Manakah pernyataan yang di bawah ini menerangkan perbezaan antara keperluan dan kehendak?

Keperluan A

Kehendak

Keperluan adalah sama dan tetap Kehendak adalah berbeza-beza bagi walaupun taraf hidup manusia setiap individu dan sentiasa berubah mungkin berubah dari masa ke masa

Keperluan adalah tidak terhad Kehendak

adalah

terbatas

dan

dan kehidupan manusia tidak mudah dipuaskan akan sempurna tanpa keperluan

Keperluan sangat penting untuk Kehendak yang tidak dapat dipenuhi manusia kerana keperluan mengakibatkan manusia tidak

mampu membuat hidup manusia lebih sempurna D

mampu meneruskan hidup

Keperluan adalah sesuatu yang Kehendak merupan tuntutan semula dipelajari oleh manusia daripada jadi manusia pengalaman hidup dan alam sekitar

5. Manakah pernyataan yang menerangkan tentang pengeluaran ekstraktif? A. Tukang gunting rambut di salon B. Nelayang menangkap ikan di laut C. Pemandu mengangkut barang dari kilang ke kedai D. Pembantu rumah dari Indonesia bekerja di Malaysia

6. Sekumpulan pengusaha telah menebang kayu balak dari hutan serta membawanya keluar dan dijadikan perabot untuk dijual. Apakah penciptaan nilai faedah yang terlibat berdasarkan pernyataan di atas?

I. II. III. IV.

Nilai faedah tempat Nilai faedah bunga Nilai faedah bentuk Nilai faedah milikan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah pernyataan yang benar tentang perdagangan? A. Perdagangan bermaksud menghantar barang untuk memenuhi kerperluan pelanggan. B. Perdagangan turut merangkumi semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna akhir secara langsung.

C. Perdagangan meliputi semua aktiviti yang berkaitan dengan pengagihan bahan mentah, barang siap atau barang separa siap daripada pengeluar kepada pengguna. D. Pengangkutan, pergudangan, insurans, perbankan, komunikasi, dan promosi merupakan bantuan perdagangan kerana melicinkan aktiviti perdagangan.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai faedah? A. Barang yang dihasilkan adalah barang bernilai B. Barang yang dihasilkan menggunakan sumber bahan mentah tempatan C. Barang yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia D. Barang yang dihasilkan tidak mudah rosak, bermutu tinggi, dan tahan lama

Soalan 9 berdasarkan maklumat yang berikut. Baju sekolah yang tidak habis dijual akan disimpan untuk dijual pada sesi persekolahan pada tahun hadapan. 9. Pernyataan diatas menunjukkan satu jenis nilai faedah. Nilai faedah yang dimaksudkan ialah A. Nilai faedah masa B. Nilai faedah bentuk C. Nilai faedah tempat D. Nilai faedah milikan

Soalan 10 berdasarkan maklumat yang berikut. Barang yang dikeluarkan adalah sedikit. Pengeluaran mencukupi untuk diri sendiri sahaja.

10. Pernyataan di atas kemungkinan sekali menerangkan tentang A. Khidmat langsung B. Pengeluaran langsung C. Khidmat tak langsung D. Pengeluaran tak langsung

11. Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan A. Aktiviti jual beli barang untuk mendapatkan keuntungan B. Agihan barang dari pengeluar asal kepada pengguna akhir untuk memenuhi keperluan dan kehendak C. Kegiatan menghasilkan perlbagai jenis keluaran seperti barang separuh siap, barang siap, dan perkhidmatan D. Memenuhi keperluan dan kehendak dengan mencipta nilai faedah melalui barang dan perkhidmatan yang dihasilkan.

12. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada I. II. perniagaan runcit perniagaan borong

III. IV.

perniagaan import perniagaan entrepot

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV Soalan 13 berdasarkan rajah yang berikut. Perdagangan

13. X dan Y dalam carta di atas kemungkinan sekali adalah I. II. III. IV. Perniagaan Pengeluaran khidmat lansung bantuan perniagaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Soalan 14 berdasarkan rajah yang berikut. Perniagaan Antarabangsa

Import

Eksport

14. Dalam rajah di atas, Z mungkin sekali ialah A. Runcit B. Borong C. Entrepot D. luar Negara

15. Penyataan manakah yang paling tepat untuk menerangkan perbezaan antara perniagaa borong dengan perniagaa runcit? Peniagaan Runcit A Perniagaan Borong

Menjual barang dari pengilang Menjual barang kepada pengguna kepada pekedai akhir

Membeli barang dalam kuantiti Membeli barang secara pukal untuk yang kecil jualan semula barang untuk Mengedarkan barang untuk pasaran di luar Negara

Mengedarkan

pasaran tempatan

Perniagaan

bermotifkan Perniagaan bermotifkan keuntungan jangka panjang

keuntungan jangka pendek D

16. Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan perniagaan? A. Perkhidmatan yang membantu melicin dan menggerakkan perniagaan B. Aktiviti membeli dan menjual barang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan C. Bantuan yang diberikan supaya barang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan lebih cepat D. Semua urusan berkaitan dengan agihan barang daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir

17. Syarikat insurans dapat membantu peniaga yang kekurangan modal melalui A. bayaran pampasan B. pulangan semula bayaran premium C. bayaran ganti rugi apabila berlaku risiko D. kemudahan pinjaman kewangan yang ditawarkan

18. Apakah sumbangan utama pengangkutan dalam membantu perniagaan? A. Mengagihkan barang yang berlebihan

B. Meningkatkan pemasaran barang-barang C. Meningkatkan permintaan ke atas barang D. Meningkatkan pengeluaran barang-barang

19. Komunikasi bermaksud A. proses penyampaian maklumat, berita, atau dokumen B. usaha memujuk pelanggan membeli barang-barang keluaran terbaru C. memastikan barang pelanggan selamat sebelum dihantar kepadanya D. proses memperkanalkan barang keluaran baru kepada orang ramai

20. Apakah yang dimaksudkan dengan gudang? A. Usaha untuk menjamin bekalan yang berterusan kepada pasaran. B. Suatu tempat untuk menyimpan barang dengan selamat sehingga barang diperlukan di pasaran. C. Segala aktiviti yang terlibat dengan penyimpanan dan penyetoran barang-barang. D. Berperanan mengawal harga barang di pasaran dengan mengelakkan barang membanjiri pasaran.

21. Manakah antara yang berikut marupakan maksud perniagaan dalam negeri?

A. Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh negara jiran seperti Malaysia dengan Thailand. B. Aktiviti membeli dan menjual barang atau perkhidmatan antara penduduk dalam sempadan Negara yang sama. C. Aktiviti membeli dan menjual barang atau perkhidmatan antara penduduk di sesebuah negara dengan penduduk di negara lain. D. Aktiviti import, eksport dan entreport yang dijalankan oleh seorang usahawan dengan beberapa orang usahawan yang lain.

22. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan jenis-jenis perniagaan dalam negeri? I. II. III. IV. Runcit Borong Kecil-kecilan Besar-besaran

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

23. Penyataan manakah yang benar tentang saluran agihan? A. Aktiviti jual beli barang secara pukal yang dijalankan oleh pemborong. B. Aktiviti membeli dan menjual barang bertujuan mendapatkan keuntungan.

C. Proses pengedaran barang daripada pengeluar kepada pengguna akhir pada masa, tempat dan harga yang sesuai. D. Kegiatan memecah pukal yang dilakukan oleh pemborong agar barang boleh diedarkan kepada pengguna dalam kuantiti yang dikehendaki.

24. Saluran agihan yang manakah sesuai digunakan bagi barang yang ditempah khas seperti kapal terbang? A. Pengeluar B. Pengeluar C. Pengeluar D. Pengeluar Pengguna Peruncit Pemborong Ejen Pengguna Pengguna Peruncit Pengguna

25. Bagaimanakah peruncit membantu pemborong dan pengeluar? A. Menyediakan kemudahan simpanan barang di kedai B. Mengagihkan barang-barang terus kepada pengguna C. Membeli secara tunai supaya barang dapat terus dikeluarkan D. Membeli hanya daripada seorang pemborong dan seorang pengeluar sahaja

26. Penjaja tidak memerlukan modal yang besar kerana A. kos overhead perniagaan rendah. B. perniagaannya dalam bentuk milikan tunggal.

C. premis terletak di bandar kecil yang sewanya murah. D. barang dibeli terus daripada pengilang dengan harga rendah.

27. Manakah peruncit yang di bawah ini kemungkinan sekali mendapatkan bekalan barang daripada pemborong? A. Kedai am B. Pasar raya C. Kedai sejaras D. Gedung aneka jabatan

28. Kedai Bata dan Kedai Singer adalah contoh kedai A. Am B. Khas C. Sejaras D. khusus

29. Tujuan utama koperasi runcit ditubuhkan adalah untuk A. memastikan semua ahli mendapatkan untung yang tinggi B. membantu semua ahli memperoleh barang pada harga yang berpatutan C. menyediakan tempat kepada ahli untuk memasarkan barang perniagaan mereka D. melatih ahli dan anak-anak tentang selok-belok menjalankan perniagaan runcit

30. Apakah yang dimaksudkan dengan e-dagang? A. Membuat pesanan barang terus kepada pengeluar melalui mel. B. Perniagaan yang dijalankan melalui talian internet dengan melayari laman web peniaga. C. Bentuk perniagaan yang menjual barang terus kepada pengguna menggunakan ejen yang dilantik khas. D. Kaedah pembelian barang dari rumah oleh pengguna yang menggunakan fungsi televisyen yang digabungkan dengan komputer peribadi.

31. Apakah yang dimaksudkan dengan pemborong khusus? A. Orang tengah yang menyediakan pengangkutan untuk mengangkut barang kepada peruncit. B. Orang tengah yang menjual satu jenis barang yang berkaitan kepada pengguna. C. Orang tengah yang menjual pelbagai jenis barang kepada peruncit D. Orang tengah yang mempunyai kemahiran untuk mengendalikan sesuatu jenis barang.

Soalan 32 berdasarkan maklumat yang berikut.

Salah satu fungsi pemborong adalah untuk menyediakan barang yang dijual kepada peruncit.

32. Antara yang berikut, manakah aktiviti yang tidak berkaitan dengan penyediaan barang untuk dijual?

A. Menyimpan barang B. Menjenamakan barang C. Membungkus barang D. Mengredkan barang

33. Antara yang berikut, manakah penyataan yang menerangkan tentang invois? A. Digunakan apabila barang diuji sebelum proses membeli B. Mengandungi butir-butir barang dan amaun yang perlu dibayar sebagai bukti penjualan barang C. Digunakan dalam semua jenis urus niaga tunai D. Dikirimkan oleh penghutang untuk dihantar kepada pemiutang

34. Pada 3 Mac 2008, Syarikat Nutri Rich Berhad telah membeli tiga buah komputer dengan harga RM1500 setiap satu daripada Syarikat Info Teknologi. Syarat pembayaran yang ditawarkan oleh Syarikat Info Teknologi adalah seperti yang berikut:

Diskaun niaga : Syarat Bayaran :

10% 5% 10 hari 2% 30 hari

Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Syarikat Nutri Rich Berhad yang menjelaskan bayaran pada 14 Mac 2008?

A. RM 4500 B. RM 3696 C. RM 3660 D. RM 4350

35. Mengapakah sebut harga berbeza daripada senarai harga? A. Mengandungi harga bagi semua barang yang ditawarkan oleh pembekal. B. Hanya mengandungi harga bagi barang yang dikehendaki oleh pembeli. C. Tidak mengandungi syarat-syarat jualan yang diberi oleh pembekal. D. Dikirim oleh pembeli kepada pembekal apabila membuat pesanan.

36. Antara yang berikut, manakah penyataan yang benar tentang invois? A. Bertindak sebagai bukti penjualan barang B. Digunakan dalam urus niaga tunai C. Dikirimkan oleh pembeli kepada penjual D. Digunakan apabila barang diuji sebelum dibeli

37. Apakah sebab-sebab timbulnya perniagaan antarabangsa? I. II. III. Hubungan diplomatic Pengkhususan Perbezaan sumber alam

IV.

Persamaan kos pengeluaran

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

38. Apakah kesan kepada pengeluar sekiranya perniagaan antarabangsa tidak wujud? A. Ekonomi Negara terjejas B. Terpaksa mengamalkan system barter C. Sumber bahan mentah terhad kepada sumber tempatan D. Tenaga pekerja terhad kepada rakyat tempatan sahaja

39. Antara yang berikut, yang manakah bukan faedah perdagangan antarabangsa kepada Negara? A. Menambahkan pendapatan Negara B. Mengatasi masalah kekurangan sumber alam C. Menambahkan pertukaran wang asing D. Mewujudkan masalah sosial

40. Apakah tujuan kerajaan menggalakkan rakyat tempatan melancong di dalam negeri? A. Menambahkan pertukaran mata wang

B. Menambahkan eksport nyata Malaysia C. Mengurangkan import tak nyata Malaysia D. Mengurangkan eksport tak nyata Malaysia

Bahagian A 1) a) Jelaskan sistem barter. (5 markah)

b) Walaupun sistem barter penting pada zaman dahulu kala, namun terdapat pelbagai kesulitan yang tidak dapat dinafikan. Huraikan kesulitan-kesulitan tersebut. c) huraikan perbezaan antara keperluan dengan kehendak manusia. (10 markah) (10 markah)

2) a) Jelaskan maksud perdagangan.

(7 markah)

b) Apakah perbezaan antara perniagaan tempatan dengan perniagaan antarabangsa. (18 markah)

3) a) Jelaskan cirri-ciri perniagaan runcit besar-besaran. b) Huraikan persamaan gedung aneka jabatan dan pasar raya.

(7 markah) (8 markah)

c) Benito yang memiliki perniagaan runcit am bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya menjadi perniagaan runcit besar-besaran. Apakah kelebihan yang diperolehnya? (10 markah)

4) a)

(i) Apakah invois? (ii) Terangkan butir-butir yang terdapat dalam invois.

(4 markah) (7 markah) (6 markah) (8 markah)

b) Bagaimanakah kesilapan dalam invois boleh dibetulkan. c) Bezakan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai.

5) a) Jelaskan makna perniagaan antarabangsa. b) Huraikan kelebihan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah Negara.

(5 markah)

(10 markah) c) Apakah prosedur yang harus dilakukan sebelum seseorang pengeksport dapat mengeksport barang kepada pelanggannya di luar Negara. (10 markah)

KAJIAN KES Puan Sew Ah Ling berhenti sebagai pembantu pengurus di sebuah kedai menjual alat-alat ganti kereta motor di Kuala Lumpur. Pada usia 35 tahun, Puan Sew Ah Ling menubuhkan sendiri sebuah kedai menjual pelbagai alat ganti kereta motor di Seramban dengan modal sebanyak RM650 000 dari simpanan dan pinjamannya.

Stok alat diperoleh daripada pelbagai ejen dan pemborong di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya secara kredit. Kebanyakkan pembekal member tempoh antara 15 hingga 30 hari untuk Puan Sew Ah Ling menjelaskan hutangnya. Segala hutang-piutang dijelaskan secara cek. Margin keuntungan yang dinikmati oleh Puan Sew Ah Ling sangat rendah. Puan Sew Ah Ling boleh menikmati margin keuntungan yang tinggi jika membeli secara tunai. Tetapi hal ini agak sukar memandangkan beliau menghadapi masalah modal pusingan. Oleh yang demikian, beliau biasanya membeli stok dalam kuantiti yang kecil dan jika terdapat pesanan daripada para pelanggan. Kebanyakkan pelanggan tetapnya terdiri daripada pengusaha-pengusaha bengkel kereta motor sekitar Bandar Seramban. Beliau menjual secara kredit kepada pengusaha bengkel untuk meningkatkan hasil jualan. Puan Sew Ah Ling kerap melawat bengkel-bengkel ini untuk memperkenalkan alat-alat ganti baru di pasaran dan menerangkan kepada mereka kelebihan barang baru tersebut. Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan hasil jualan Puan Sew Ah Ling. Dalam pada itu, tindakan beliau mengunjungi bengkel-bengkel tersebut dari semasa ke semasa menjadikan beliau sangat dikenali oleh para pengusaha bengkel kereta motor, dan mereka sangat menaruh harapan kepada Puan Sew Ah Ling untuk mengetahui tentang kewujudan produk serta jenama alat ganti baru di pasaran sama ada dari dalam negeri mahupun dari luar Negara.

1. (a) Terangkan bagaimana pembantu-pembantu perniagaan yang berikut dapat membantu Puan Sew Ah Ling menjalankan perniagaannya dengan lancar: i. Perbankan (4 markah)

ii. Komunikasi iii. Pengangkutan iv. Insurans

(4 markah) (4 markah) (4 markah)

(b) Puan Sew Ah Ling mampu menjalankan perniagaannya tanpa pembantu perniagaan yang berikut: i. Promosi ii. Pergudangan Terangkan mengapa beliau mampu berbuat demikian? (9 markah)

Anda mungkin juga menyukai