Anda di halaman 1dari 39

1

ETIKA DAN AKTA-AKTA KOMUNIKASI DI MALAYSIA: MEDIA PENYIARAN

OBJEKTIF
Menerangkan mengenai Akta Penyiaran 1988. Menjelaskan mengenai Peraturan Penyiaran 1991. Membincangkan Garis Panduan Penyiaran

AKTA PENYIARAN 1988 (Akta 388)

Malaysia tidak mempunyai sebarang akta rasmi dan peraturan-peraturan - untuk mengawal siaran radio dan televisyen sejak permulaan penubuhannya. Isu akta ini telah dibangkitkan apabila kerajaan memperkenalkan dan melancarkan dasar penswastaan. Penubuhan stesen TV swasta yang pertama TV3 oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) pada Jun 1984 telah timbul persoalan tentang kawalan kandungan siaran TV. TV3 merupakan stesen TV swasta yang memntingkan keuntungan telah membawa hiburan yang dipenuhi dengan unsur-unsur seks dan keganasan kepada rakyat.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) meniru TV3 untuk menarik minat penonton. Kerajaan telah membentuk Akta Penyiaran 1988 dan mula dikuatkuasakan secara rasmi pada tahun 1989. Akta Penyiaran mengadakan peruntukan menegenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Di bawah Akta Penyiaran 1988, terdapat lima bahagian yang berasingan

Bahagian I Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa 5 dan Tafsiran. Bahan Penyiaran apa-apa isyarat atau semboyan yang dipancarkan oleh suatu stesen penyiaran sama ada bagi penerimaan aural atau visual dan apa-apa muzik, sandiwara atau hiburan lain, konsert, syarahan, ceramah, ucapan, berita dan apa-apa jenis maklumat yang dipancarkan untuk penerimaan orang awam.

Menteri menteri yang bertanggungjawab bagi penyiaran.


Stesen Penyiaran satu stesen yang memacarkan bahan penyiaran melalui gelombang radio, kawat atau kabel untuk penerimaan oleh orang awam melalui alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen.

Bahagian II lesen untuk menyiarkan yang menyentuh6 Keistimewaan eksekutif / kerajaan, lesen untuk menyiarkan, penalti, tempoh tangguh, kesahan lesen, kuasa menteri untuk mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan dan pembatalan atau penggatungan lesen.
Bahagian III kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan.

Bahagian IV lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen. Bahagian V (pelbagai) menerangkan kuasa menggeladah, perwakilan kuasa,kuasa menteri memberi kuasa atau memberi lesen dan menetukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat peraturan.

Autoriti yang diwujudkan di bawah Akta Penyiaran 8 1988 adalah mutlak. Kuasa kawalan penyiaran Menteri Penerangan Tujuan untuk memastikan agar TV3 atau manamana institusi penyiaran yang mungkin akan wujud pada masa yang akan datang tidak dapat lari dari kawalan kerajaan. Akta ini menekankan kuasa dan hak kerajaan ke atas media. Muncul rancangan Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996, akta ini telah dimansuhkan dan diganti dengan akta baru iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PERATURAN 1991
Bahagian I Peraturan ini dikenali sebagai Peraturan Penyiaran 1991 (Lesen Penerima Siaran Televisyen & Pihak yang terlibat dalam Siaran Televisyen dan Radio) berkuatkuasa pada 1 Julai 1991. Bahagian II Menggariskan bahawa pihak berkuasa perlesenan berkuasa untuk memanggil pemohon lesen siaran televisyen untuk menghadirkan diri semasa permohonan atau membaharui lesen.

Lesen yang dikeluarkan adalah sah bermula dari 10 tarikh ia dikeluarkan sehingga tarikh tamat tempoh dan pemegang lesen tersebut hendaklah membaharuinya semula sebelum atau pada tarikh tamat tempoh tersebut. Pemegang lesen tidak dibenarkan memindahkan atau melupuskan sebarang lesen yang dikeluarkan. Pemegang lesen hendaklah memberitahu pihak berkuasa perlesenan tentang sebarang perubahan pada alamat atau butir-butir yan terdapat di dalam lesen dalam masa 14 hari dan tarikh perubahan tersebut. Pihak berkuasa pelesenan mempunyai kuasa untuk memeriksa lesen apabila perlu pada masa yang sesuai.

Bahagian III 11 Lesen yang dikeluarkan adalah untuk tujuan kegunaan satu atau lebih siaran televisyen oleh pemegang lesen, ahli-ahli keluarganya dan pekerja domestik yang tinggal bersama-sama dengan pemegang lesen di alamat kediaman yang tertera di dalam lesen tersebut. Bagi siaran televisyen yang terdapat di dalam kenderaan bermotor, pesawat udara atau kenderaan air satu lesen yang berlainan diwajibkan. Bagi tempat-tempat seperti sekolah, hospital, pusat kebajikan dan institusi latihan, mereka adalah dibenarkan memohon satu lesen sahaja bagi kegunaan satu atau lebih siaran televisyen.

Bagi pemilik hotel mereka yang merupakan pemegang lesen adalah dibenarkan menggunakan satu atau lebih siaran televisyen oleh pemilik itu sendiri, ahli-ahli keluarganya dan pekerja residen atau sesiapa yang tinggal di dalam bilik hotel yang bukan merupakan pelanggan hotel. Lesen yang berlainan diperlukan bagi siaran televisyen yang terdapat di setiap bilik hotel untuk tujuan kegunaan pelanggan hotel.

12

Bahagian IV 13 Peniaga yang terlibat di dalam siaran televisyen dan radio yang mempunyai lesen yang sah hendaklah mempamekan rekod pendaftaran di dalam premis perniagaan mereka seperti yang diwajibkan oleh pihak berkuasa pelesenan. Ia hendaklah dalam Bahasa Melayu dan mempunyai butir-butir seperti nama, no. kad pengenalan dan alamat pemebeli, pemilik atau penyewa dan sebagainya yang diperlukan oleh pihak berkuasa pelesenan dari semasa ke semasa. Peniaga kenderaan bermotor diwajibkan memohon lesen sekiranya terlibat di dalam penjualan kenderaan bermotor yang dilengkapi dengan siaran radio atau televisyen.

14

GARIS PANDUAN PENYIARAN


Dasar Am: melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan oleh media penyiaran. Tujuan: memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia memenuhi dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sasaran: ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio & tv. Liputan : semua stesen radio dan tv yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1998 ( Pindaan 1997) termasuk stesen-stesen penyiaran milik kerajaan melainkan stesenstesen penyiaran berlanggan (subscription).

Bahan-bahan Siaran: Ciri-ciri bahan siaran yang digalakkan


15

UMUM Menyokong wawasan negara. Menghormati sensitiviti / kepekaan rakyat. Memaparkan keindahan dan kemajuan negara. Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta. Menggambarkan masyarakat berbilang kaum.

Bahan-bahan Siaran: Ciri-ciri bahan siaran yang tidak boleh disiarkan

16

Ideologi dan Politik Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia. Bahan siaran dari negara-negara komunis atau dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran. Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecil-kecilkan negara yang ada hubungan baik dengannya. Mengeksploitasi isu-isu perkauman. Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemaskini dan mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat.

Aspek Keagamaan Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan dengan keimanan dan keinsafan. Merosakkan kerukunan umat beragama. Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia. Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran, Sunnah dan mazhab Shafie. Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut agama.

17

Ketertiban dan Ketatasusilaan Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatanperbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara. Memaparkan modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan rangsangan untuk menirunya. Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan jahat itu sendiri. Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran. Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan. Menggambarkan dan membenarkan penyalahgunaan sera kenikmatan dadah dan ubat-ubat terlarang.

18

Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, 19 kekerasan dan kengerian di antara manusia sesama manusia dan manusia terhadap binatang. Memaparkan adegan-adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah pada akhirnya. Menunjukkan perlakuan-perlakuan mengghairahkan. Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Menunjuk close-up pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan perempuan kecuali siaran liputan sukan.

Aspek Sosial Budaya 20 Bercanggah dengan peruntukan Akta Hasutan 1948. Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan umum di Malaysia. Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat yang diamalkan di Malaysia. Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan tidak bermoral dan jahat. Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan counter-culture. Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan tertentu. Menonjolkan/ mengangung-agungkan agama lain selain daripada agama Islam. Mengandungi adegan babi Mengagung-agungkan martial arts asing seperti Kungfu melainkan dengan kebenaran.

Bersesuaian dan menyakinkan rakyat akan dasar dan rancangan-rancangan semasa negara. Semua liputan berita atau laporan kenyataan, fakta, dan perangkaan yang digunakan adalah benar dan boleh dipertanggungjawabkan. Gambar-gambar orang ramai yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum. Gesture asing yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang membayangkan perasaan muhibbah antara pemimpin Malaysia dengan negara luar. Berita mengenai Y.A.B Perdana Menteri dan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri serta Y.B. Menteri-menteri Kabinet boleh disiarkan di samping isu-isu semasa (dalam dan luar negeri) yang dianggap layak diberi siaran terkemuka.

BERITA: CIRI-CIRI SIARAN BERITA YANG BOLEH DISIARKAN

21

Aktiviti-aktiviti kerajaan dan agensi-agensinya. 22 Sebarang liputan berita, rencana atau laporan yang menghormati dan mematuhi tertib dan peraturan negara bagi menjaga maruah pembesar-pembesar negara, ketua negara, raja-raja, pemimpin-pemimpin negara dan negeri. Peranan rakyat dalam proses pembentukan negara (nation building). Bagi kes kemalangan maut, mana-mana mangsa yang terlibat boleh disiar dan diumumkan hanya selepas dipastikan ianya sudah dimaklumkan kepada waris mangsa.

BERITA: CIRI-CIRI SIARAN BERITA YANG TIDAK BOLEH DISIARKAN

23

Sebarang kecaman terhadap peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 (Disemak 1969) walaupun dibuat oleh wakil rakyat di Parlimen. Mencemarkan nama baik seseorang individu atau pertubuhan sebagai yang terkandung dalam mana-mana undang bertulis. Menjejaskan imej kerajaan. Melibatkan keselamatan negara seperti kegiatan anasir subversif, rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan lain-lain kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam. Melibatkan aktiviti-aktiviti negara asing yang boleh menimbulkan perbandingan yang memburuk-burukkan Malaysia.

Mengenai negara-negara lain yang memperkecilkecilkan negara yang bersahabat dengan Malaysia. Menunjukkan pembukaan rumah berhala oleh pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Mengandungi sebarang kenyataan atau tanggapan yang bertentangan dengan kesusilaan atau menyakiti hati sebahagian/seluruh orang ramai dari segi agama, bangsa, politik dan lain-lain perkara yang sensitif kepada rakyat negara ini. Menunjukkan gambar-gambar close-up salib dan kuasa salib dan lambang Yahudi dan simbol-simbol kepercayaan lain.

24

HIBURAN: CIRI-CIRI SIARAN HIBURAN YANG DIGALAKKAN


Lagu-lagu yang sesuai dengan citarasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

25

Muzik, nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju.

HIBURAN: CIRI-CIRI SIARAN HIBURAN YANG TIDAK BOLEH DISIARKAN

26

Tarian-tarian yang tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari Malaysia (counter-culture). Senikata yang mengghairahkan, tidak bersopan, biadap dan lucah. Senikata yang menggalakkan tingkahlaku liar seperti kebebasan seks, penagihan dan penyalahgunaan dadah dan perbuatan ganas. Senikata yang menghina agama, bangsa dan yang menyinggung peribadi seseorang. Senikata yang mengagungkan negara-negara asing. Senikata lagu yang mencemarkan penggunaan bahasa. Lagu-lagu yang tidak diluluskan untuk siaran oleh Kementerian. Lagu yang dinyanyikan atau ditulis-digubah oleh seseorang artis yang telah terbukti melanggar tatatertib artis.

PERIHAL ARTIS

27

DANDANAN Artis Lelaki Rambut hendaklah tidak panjang iaitu tidak melebihi paras bawah kolar kemeja. Rambut hendaklah disikat dengan rapi dan didandan dengan kemas. Rambut yang panjang walaupun diikat, disanggul atau disiput tidak boleh disembunyikan di bawah topi/songkok. Artis Perempuan Rambut hendaklah disikat dan didandan dengan kemas.

PAKAIAN SEMASA PERSEMBAHAN 28 Artis Lelaki Pakaian hendaklah lengkap, kemas dan sopan. Baju hendaklah berlengan dan dibutangkan supaya tidak mendedahkan dada. Seluar hendaklah tidak terlalu ketat. Telinga dan hidung tidak boleh memakai subang. Artis Perempuan Pakaian hendaklah lengkap, kemas, sopan dan tidak terlalu ketat. Pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut. Skirt hendaklah di bawah paras lutut. Kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, tepi atau belakang hendaklah tidak melebihi 2 inci di atas paras lutut.

LAIN-LAIN: Artis Lelaki dan Wanita 29 Muka hendaklah tidak diconteng. Pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal. Pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang. Pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah. Jenis-jenis pakaian hendaklah tidak membayangkan pemakainya tidak berpakaian. Baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional. Tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu. Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina kecuali dengan kebenaran.

30

GERAK - GERI SEMASA PERSEMBAHAN Gerak-geri hendaklah bersopan-santun. Penonton hendaklah tidak dibelakngkan. High - Kick ke arah penonton tidak dibenarkan. Penonton hendaklah tidak dirangsangkan sehingga bertindak liar.

TATA KELAKUAN

31

ARTIS Tidak membuat pengucapan yang menggalakkan ke arah kemungkaran atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum melalui lirik lagu, skrip komedi atau drama. Tidak terikat atau melibatkan diri dengan apa-apa perkara atau perlakuan yang boleh dianggap sebagai keruntuhan akhlak atau anti-sosial. Artis yang didakwa dan disabit kesalahan serta dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atau di luar negara atas kesalahan jenayah atau kegiatan tidak bermoral secara automatik dilarang menyertai persembahan di mana-mana stesen radio dan TV di bawah kuasa Kementerian selama satu tempoh yang ditetapkan.

Kementerian mempunyai budi bicara untuk menarik 32 balik larangan ini sekiranya penerbit dan pengarah terlibat dibebaskan dari dakwaan mahkamah dan diketahui tidak lagi terlibat dalam perbuatan tersebut. PENERBIT DAN PENGARAH Keseluruhan penerbitan yang dihasilkan dalam tempoh di mana penerbit dan pengarah terlibat dengan perbuatan tidak bermoral dan didakwa serta disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman tidak boleh ditanyangkan atau disiarkan di radio atau TV. Kementerian mempunyai budi bicara untuk menarik balik larangan ini sekiranya penerbit dan pengarah terlibat dibebaskan dari dakwaan mahkamah dan diketahui tidak lagi terlibat dalam perbuatan tersebut.

PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN


Tindakan Terhadap Artis Di bawah Bahagian II Seksyen 10(2) Akta Penyiaran (pindaan) 1977, Menteri mempunyai kuasa melarang mana-mana stesen penyiaran menyiarkan sebarang program yang melibatkan mana-mana artis yang tidak mematuhi garis panduan ini.

33

Tindakan Terhadap Penerbit dan Pengarah Di bawah Bahagian III Seksyen 10(2) Akta Penyiaran (pindaan) 1977, Menteri mempunyai kuasa melarang mana-mana stesen penyiaran menyiarkan sebarang penerbitan mana-mana penerbit dan pengarah yang tidak mematuhi garis panduan ini.

Tindakan Terhadap Stesen Penyiaran Di bawah Bahagian III Seksyen 9(1)(d) Akta Penyiaran (pindaan) 1977, Menteri boleh menggunakan kuasanya menggantung atau membatalkan lesen mana-mana stesen penyiaran yang melanggar garis panduan ini.
Garis panduan ini telah diselidik dan dilengkapkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 13 Ogos 1997 untuk memberi satu garis panduan kepada semua media penyiaran di negara ini. Garis panduan ini telah diterbitkan secara rasmi pada Februari 1998 oleh Kementerian Penerangan Malaysia.

34

AKTA PENAPISAN FILEM 1952 (CINEMATOGRAPH FILMS (Censorship) ACT 1952 )


Akta ini membekalkan prosedur dan garis panduan untuk penapisan filem di atas skrin di Malaysia.

35

Penapisan Filem di Malaysia adalah di bawah kawalan dan seliaan National Film Censorship Board. Salah satu masalah yang dihadapi oleh badan penapisan ialah penapisan mereka tidak dapat diikuti dengan tepat dan konsisten seperti apa yang harus ditapis yang dinyatakan dalam Akta tersebut.

Garis panduan yang diterbitkan oleh Kementerian Penerangan pada 1 hb Januari 1994 yang sesuai kepada penerbit-penerbit filem dan TV tempataan seperti dinyatakan berikut:
1. Penerbit mesti mempertimbangkan pengaruh filem secara keseluruhan terhadap masyarakat dan mengenalpasti mesej yang disampaikan dan dimaksudkan daripada filem tersebut. 2. Mengenalpasti audiens sasaran

36

3. Penerbit tempatan tidak harus meniru dan mengikut filem dari luar negara tetapi produksi mereka harus mencerminkan sosial tempatan dan elemen budaya negara ini.

4. Cerita tersebut mesti tidak mengandungi unsur- 37 unsur negatif: a) Ideologi dan Aspek Politikal: propaganda yang bertentang dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, komunisme, apa-apa yang menjejaskan imej negara, menjadikan konflik sosial dan mengancam sistem pertahanan dan keamanan. b) Aspek Agama: apa-apa yang bertentang dengan dan merendahkan Alllah dan agama-agama lain. c) Aspek Sosial dan Budaya: elemen yang anti sosial dan anti norma apa-apa yang mengusik dan menggoda kepercayaan dan budaya tempatan yang mempunyai pengaruh negatif kepada moral dan tingkahlaku yang memesongkan budaya tempatan dan nilai sosial serta yang mempromosikan budaya kuning.

38 d) Aspek Moral dan Tindak-Tanduk: butir-butir daripada sesuatu keterangan yang tidak mengikut undang-undang dan akan mengelirukan orang ramai, material yang merayu simpati penonton terhadap pihak yang salah, kejahatan berjaya memenangi kebaikan, keganasan dan elemenelemen seksual yang keterlaluan, membuat promosi terhadap penggunaan dadah dan menggalakkan perlanggaran undang-undang.

5. Klasifikasi untuk penontonan TV dan filem ialah: 39 i. U sesuai ditontoni oleh semua golongan. ii. 18 SG untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai keganasan yang keterlaluan atau gambar yang menggerun orang. iii. 18 SX untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai gambar-gambar seksual yang keterlaluan. iv. 18 PA untuk 18 tahun ke atas dengan elemenelemen yang menyentuh isu-isu poltik, agama dan sosial. v. 18 PL untuk 18 tahun ke atas dengan gabungan daripada dua elemen atau elemen yang lebih.

Anda mungkin juga menyukai