P. 1
Ayat Ayat Syarahan

Ayat Ayat Syarahan

|Views: 889|Likes:
Dipublikasikan oleh Stephen Teo

More info:

Published by: Stephen Teo on Jul 02, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2015

pdf

text

original

1. Kata alu-aluan - Disusun mengikut pangkat dan kedudukan - Contohnya: a. Pengerusi majlis b. Hakim (jika pertandingan) c.

Pengetua / Dif kehormat d. Hadirin Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun) Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz bismillah pembuka kata, Gelanggang syarahan saya mulakan. Contoh Pendahuluan: Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guruguru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’. Contoh kata-kata aluan untuk majlis ialah seperti berikut : Yang Mulia Tuan Pengerusi majlis, Tuan Pengetua, guru-guru dan para pelajar sekalian. Terlebih dahulu daya mengucapkan terimakasih kepada pihak sekolah kerana mengundang saya untuk menyampaikan syarahan pada hari ini. Contoh kata-kata aluan untuk pertandingan syarahan adalah seperti berikut: Terima kasih Tuan Pengerusi, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera, Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Bin Sirun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azliza Azizul, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Bersyukur kita kerana dapat bersama dalam majlis ini. Terima kasih kerana memberi saya peluang berucap pada pagi yang mulia ini.

Selamat sejahtera dan selamat pagi. Yang Dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berbahagia, Encik Abdul Rahman bin Ibas Guru Besar SK Bandar Putra Segamat, guru - guru dan rakan seperjuangan sekalian. Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata mewakili murid - murid untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Hari Guru ini,

2. Kata penghadapan - Ditulis selang dua perenggan

- Contoh kata penghadapan: a. Hadirin yang dihormati sekalian, b. Hadirin yang saya muliakan, c. Sidang dewan intelektual sekalian, d. Para hadirin bestari yang saya kasihi, e. Hadirin yang budiman 3. Penutup Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.
Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Sekian, terima kasih. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->