Anda di halaman 1dari 2

Semua polyiamond yang berturutan lapan atau kurang, dengan pengecualian salah satu heptiamond akan menteselasikan satah

itu. Pengecualian itu ialah heptiamond berbentuk V. Gardner (m/s 248 buku ke-6) mengemukakan masalah mengenalpasti heptiamond ini dan menerbitkan semula bukti kemustahilan Gregory. Walaubagaimanapun, dalam kombinasi dengan heptiamond lain atau polyiamond lain, teselasi menggunakan heptiamond berbentuk V ini dapat dihasilkan. http://www.efn.org/~kinne/geogirls/tessymm.html Teselasi dan Simetri Terdapat beberapa jenis simetri yang digunakan dalam geometri, dan terutamanya dalam teselasi. Salah satu jenis simetri yang lazim ialah simetri pantulan. Huruf A mempunyai simetri pantulan. Sesuatu bentuk satah mempunyai simetri pantulan jika dan hanya jika imej pantulannya melalui satu garisan sama dengan imej asalnya. Garisan tersebut dikenalai sebagai paksi simetri. Beberapa contoh bentuk yang mempunyai simetri pantulan ialah huruf-huruf abjad ( A, H, I, T, B, E, W, Y, U, O, S, D, K, Z, X, C, V, N, M) dan bentuk-bentuk seperti segi empat sama, polygon, heksagon, segitiga, dan lain-lain. Contoh-contoh simetri pantulan : Simetri melintang Simetri menegak Simetri melintang & menegak

Simetri Putaran Sesuatu bentuk mempunyai simetri putaran jika dan hanya jika ia mempunyai sekurang-kurangnya satu imej putaran yang sama dengan imej asal. Kita megatakan bahawa sesuatu rajah mempunyai imej putaran dengan n darjah jika satu putaran dengan n darjah pada satu titik tetap menghasilkan satu imej yang sama dengan imej asal. Imej putaran yang hanya simetri pada sudut 0 darjah atau gandaan bagi 360 darjah tidak mempunyai simetri putaran.

Heksagon ini boleh diputar pada 60, 120, 180, 240, 300 darjah dan menjadi sama seperti imej asal :

Terdapat beberapa jenis teselasi. 1. Teselasi Translasi - Pertama ialah teselasi translasi. Teselasi jenis ini bergerak sama ada ke kiri dank e kanan untuk menyalin imej asal dengan tepat. 2. Teselasi Putaran - Teselasi jenis ini akan berputar atau berpusing beberapa darjah untuk menyalin bentuk asal.