Anda di halaman 1dari 4

Benarkah cinta telah ada ketika senja telah menyapa hati ku ketika ini, benarkah cinta telah ada

di saat ketika aku pandang hatimu, benarkah cinta telah ada ketika aku renung matamu dan benarkah cinta telah ada ataupun hanya khayalan ku semata-mata yang lemas dalam hangatnya cinta. ***** Wanie , dah berapa kali aku call tak jawab, bising mulut zakuan bila kekasih hatinya tidak mengendahkannya, ini dah kali ketiga, dia buat aku begini. Entah berapa kali lagi dia nak cabar kesabaran aku, tak cukup ke selama 7 tahun aku tunggu dia, panas hatinya tiba-tiba bila mengenangkan perangai wanie semakin hari berubah, entah di mana silapnya dia dibuat begitu. Hai zack, nape mulut kau tuh mancung sekali, kau ada problem ke ?, tiba-tiba je ikmal muncul di depan pintu. Entahlah ikmal, aku dah bingung memikirkan si wanie nih, aku call dia, dia tak pernah nak balas call aku, buat aku sakit hati je saat ini, keluh zakuan. Kau tinggalkan je dia tuh zack, dah berapa kali dia buat kau macam nih, dia tak pernah anggap kau tuh sebagai kekasih dia, balas ikmal. Aku tak sampai hati lah ikmal, dia kan cinta pertama aku, dah lama aku kenal dia, sejak bangku sekolah lagi, sayang aku kat dia masih lagi dan tak pernah berubah. Dia layan kau begini, kau masih lagi nak pertahankan dia, kalau aku yang berada kat tempat kau sekarang, memang aku dah break kat die, keluh ikmal bila melihat betapa setianya zack terhadap wanie. Nak buat macam mana ?, dah memang hati aku nih sayang sangat kat die, terpaksalah aku yang bersabar dengan kerenah dan perangai die tuh kat aku, balas zack. Aku tak tahu nak cakap apa kat kau tuh zack, terpulanglah kau nak buat macam mana ?, aku sokong je dengan apa jua keputusan yang kau buat, sebagai kawan aku harap kau bahagia selalu. Thanks man , kau dah banyak tolong aku, kalau kau tak ada, aku tak tahu nak luahkan perasaan aku nih kat siapa, balas zakuan. Apa gunanya kawan, kalau tak dapat tolong kawan, mungkin hari ini hari kau, entah esok hari aku pulak, sebagai kawan tuh je yang mampu aku lakukan, ikmal merasa bahagia jika kawannya tuh bahagia tapi kalau zack merasa terluka diapun akan turut terluka, macam aku pulak yang bercinta dengan zack , hihihidah memang senget otak aku nih. ***** Apa zack buat kat sini ?, macam orang dah hilang ingatan je. Wanie menegurnya bila melihat kelibat zack di depan rumahnya. Memang aku dah hilang ingatan kebelakangan ini, ini semua kau punya pasal, balas zackuan. Erk. aku punya pasal, bingung memikirkan jawapan zack, dahlah datang tak bagi tahu, nih tuduh orang lah pulak. Yelah. siapa lagi kalau bukan kau wanie, dah banyak kali zack call tapi wanie tak pernah balas .Apa sebenarnya masalah wanie nih?, hari ini dia nak kepastian tentang hubungan mereka berdua. Apa maksud zack sebenarnya, wanis tak faham, balas wanie. Wanie tak faham ke atau sengaja tak faham, zack merasa geram sekali dengan perangai wanie terhadapnya. Memang betul lah apa yang wanie kata, apa lagi yang zack mahu dari wanie. Biarlah kita berterus terang hari ini, zack tidak tertahan lagi dengan sikap wanie yang tak pernah serius terhadapnya, macam dia je yang berusaha terhadap perhubungan mereka berdua. Okay, wanie tak ada masalah, kalau zack nak berbincang sekarang nih apa salahnya, wanie pun nak juga luahkan perasaan wanie yang dah lama wanie pendam. Biarlah wanie yang mulakan perbincangan kita. Bukan wanie tak balas setiap panggilan zack tapi buat masa ini wanie sibuk dengan tugas yang melambak, bukan niat wanie nak lukakan hati zack, tapi zack bagilah ruang untuk wanie membuat sesuatu yang wanie suka. Balas wanie. Wanie nak ruang apa lagi, selama ini zack dah bagi banyak peluang untuk wanie, zack sanggup tangguhkan pertunangan kita kerana wanie nak lebih tumpuhkan kat karier wanie. Wanie nak zack tunggu berapa tahun lagi, zack dah penat menunggu selama ini. Wanie bukannya nak paksa zack nak tunggu wanie, kalau zack rasa wanie nih menyusahkan zack lebih baik kita putus je, balas wanie. Wah begitu senang wanie ambil keputusan, zack nih tak bermakna langsung buat wanie, macam dah tak laku lagi, rungut zack yang tak puas hati dengan keputusan yang wanie buat. Bukan ke itu yang zack nak dari wanie, kalau zack dah penat nak tunggu wanie, biarlah hubungan kita setakat nih je. Zack bukan nak paksa wanie untuk mengambil keputusan ini, zack nak wanie lebih banyak tumpuhkan kepada perhubungan kita ini, balas zack. Bukannya wanie tak nak fikir tentang kita tapi buat masa ini, wanie banyak kerja hendak dilakukan, kalau zack rasa perhubungan kita nih dah tak dapat nak diselamatkan, wanie tak paksa zack untuk tunggu wanie lagi. Yelah tuh wanie, ada-ada jelah alasan yang wanie bagi kat zack, terus terang kan lagi baik dari wanie bagi banyak alasan untuk mengelak dari zack, kalau wanie dah memang tak cintakan zack, lebih baik wanie cakap kat depan zack sekarang nih. Kalau zack dah tak percayakan wanie lagi, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita, wanie memberi cadangan agar zack mempertimbangkan perhubungan mereka. Mungkin ada benarnya cakap wanie tuh, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita, buat apa lagi kita teruskan percintaan kita kalau salah satu antara kita tidak percaya lagi dan yang lebih penting lagi kalau tiada lagi rasa sayang dan cinta antara satu sama lain itu tandanya kita terpaksa berpisah . Zack meluahkan apa yang tersimpan di hatinya selama ini. Apa yang zack merepek nih, balas wanie. Memang betul lah apa yang zack katakan nih, zack bukannya merepek tak tentu pasal, zack perhatikan wanie nih dah tak sayangkan zack lagi. Merasa hampa dengan sikap selamba wanie terhadapnya. Penatlah cakap dengan zack nih, tak faham bahasa langsung, balas wanie. Amboi cantiknya mulut kalau dah bercakap, tak pandai nak cover line. Sergah zack. Memangpun cantik mulut aku nih zack, baru tahu ke. Usik wanie. Membuat zack ketawa tanpa sengaja, apalah wanie nih ada-ada jelah. Balas zackuan. Alah zack nih, sekarang baru nak ketawa, dari tadi muka tuh masam jer macam mangga hijau , usik wanie. Zakuan tersenyum sipu bila mendengar kata-kata wanie terhadapnya, mungkin ada benarnya aku nih terlalu mengikut perasaan dan suka ambil keputusan dengan terburu-buru. Tuh lah lain kali fikir dulu sebelum nak menyerang, nih tidak main hentam je macam wanie nih budak tak ada otak langsung. Usik manja wanie terhadap zack. Yelah tuh wanie, aku je yang salah, wanie pun salah juga sebab tak pernah nak ambil perhatian terhadap zack. Nak ambil perhatiai macam mana lagi nih zack ?, kita kan dah dewasa, dah lama kita kawan dah dekat 7 tahun, zack belum memahami hati wanie lagi ke.

Entahlah wanie, kadang-kadang aku terfikir juga tentang perhubungan kita selama ini, aku je yang selalu memberi dari menerima, aku juga yang selalu mengalah dalam perhubungan kita, aku rasa tidak adil buat aku. Apa yang kau tidak puas hati lagi nih zack, kalau kau rasa aku nih membebankan atau selalu mendesak, lebih baik kita fikir dulu atau kita berpisah buat sementara waktu untuk bagi peluang untuk kita menilai balik hati kita masing-masing, mencari di mana kelemahan kita sepanjang perhubungan kita ini. Wanie memberi kata putus apa yang ada dihatinya sekarang ini. Okay kalau dah begitu kau cakap, aku tak dapat nak buat apa-apa, aku terima je, balas zack tapi dalam hatinya terasa dengan kata-kata wanie. ***** Macam mana dengan perbincangan korang berdua tuh zack?, dah settle ke masalah kau tuh zack. Kasihan juga dengan kawannya tuh tak habis dengan masalah cinta, tuh yang buat aku takut nak bercinta keluh ikmal bila melihat zack selalu duk termenung gara-gara demam cinta nak kawen, hihih..apalah aku nih dah jauh menyimpang Nak settle macam mana lah tuh ikmal dah bertambah kusut jadinya, pening aku dibuatnya, aku harap tadi dah boleh settle nih tidak dah bertambah rumit jadinya, Keluh zack. Kalau susah sangat tuh, baik kau pinang je wanie tuh biar selesai masalah kau tuh dari kau duduk kat sini termenung sana termenung sini, mandi tak basah tidur pun tak lena buat aku tension je tengok kau nih zack. Macam mana aku nak pinang dia tuh zack, aku baru je nak buka mulut dia dah potong aku punya cakap, kalau macam ini jadi bujang terlajaklah aku nih, tiba-tiba je zack buat kenyataan yang membuat ikmal tertawa. hahahaha.apalah kau nih zack belum apa-apa dah menyerah, hello brother janganlah cepat lemah semangat, kau mesti punya semangat yang tinggi, di mana zakuan yang aku kenal, yang berani dalam memperjuangkan cintanya, usik ikmal. Aku dah penatlah ikmal nak memperjuangkan cinta kitaorang nih, last2 aku juga yang mengalah, tersangatlah penat, baik aku pergi tidur lagi baik dari aku pening kepala memikirkan semua ini. Yelah tuh zack, macamlah aku tak tahu dengan perangai kau tuh, lain di mulut lain di hati kan zack, balas ikmal. Penat lah aku layan kau nih ikmal, bukannya nak sejukkan hati aku nih malah kau panaskan hati aku je dari tadi, kalau macam begini memang aku akan jadi gila, silap haribulan aku masuk tanjung rambutan, rungut zack. Alah kau nih zack, aku gurau je pun kau dah marah, ish2 kawan aku nih selalu kecik hati semenjak dah ada kekasih perangai pun dah bertambah manja macam perempuan, nasib baiklah aku nih masih single kalau tidak memang dua2 kena sakit angau semacam. Usik ikmal terhadap kawan baiknya tuh. Baik aku angkat kaki dari sini, makin lama aku kat sini makin susah aku nak bernafas, keluh zack. Sorrylah kawan, aku tutup mulut aku sekarang nih, janganlah cakap begitu kat aku nih zack, sedihlah aku dengar, huhuhu zack ni semakin hari perangai macam budak tadika je. Balas ikmal. Cinta punya pasal, ni yang buat orang tak dapat tidur lena, usik ikmal sekali lagi. Ikmallllllllllllll shut up ! jom tidur ! kalau nak ikutkan hati aku nih aku ambil penyapu ketuk kepala hang tuh, ish2 tadi kata dah cukup sekarang nih nak sindir aku lagi ke. Balas zack dengan perasaan geram. Okay bro. im coming, jom2 kita tidur, sorry sesangat yer zack, lain kali aku tak buat lagi, usik ikmal. **** Perlukah aku memikirkan Perlukah aku mengenangkan Cerita cinta kita Sedangkan hanya aku yang mampu memberi Aku ingin mengakhiri semua itu Namun aku masih sayang Namun aku masih cinta padamu Perlukah aku yang berkorban Hanya mampu memendam perasaan ini Atau memutuskan untuk berlalu pergi.. Benarkah cinta ada di hati kita Apa yang dimenungkan tuh wanie, kau ada problem ke, sejak kebelakangan ini suka termenung, kalau kau ada masalah, aku sudi jadi pendengar yang setia. Biasa lah dengan masalah aku kalau bukan hal aku dan zack. Balas wanie. ermm.belum selesai lagi ke problem kau dengan zack ?. Biasalah aku ngan zack tuh, sekejap baik kejap gaduh lagi, penatlah asyik gaduh , mungkin aku dengan zack tak serasi kut. Wanie mengeluh sendirian tanpa di duga hatinya seakan dah tawar hati untuk memperbaiki keadaan. Benarkah cinta masih ada di antara kami. Nape lak sampai camtu wanie, kau tak rasa sayang ke nak putuskan cinta korang berdua, tak kan mimpi korang berdua tak sampai ke bintang. Usik elise. Entahlah elise, aku dah buntu nak fikir masalah aku ngan zack nih, zack tuh selalu cari kesalahan yang aku buat, lambat contact die atau tak jawab sms dia, mesti dia naik angin, rimaslah kalau camni. Keluh wanie. Alah wanie, itu dah memang ragam adat bercinta apa yang nak diherankan, itu sikit je dugaan korang berdua kalau tak di duga macam mana nak tahu sekuat mana cinta yang ada kat dalam hati korang berdua tuh ?, janganlah jadi cam aku nih, tak de langsung cinta yang dapat aku gapai, aku nak sangat bercinta nih tapi tak de yang sudi kat aku. Usik manja elise kat kawannya yang sentiasa ayu dan menawan, kalaulah zack nak lepaskan wanie, memang dah butalah mata dia tuh, elise tersenyum sendirian membuat wanie bengang. Yelah tuh elise, bukannya ada seseorang yang berminat tapi elise kita nih suka jual mahal, cian ikmal asyik menjeling tapi tak pernah di layan. Giliran wanie mengusik elise. Hish mana de, kau nih wanie ada2 jelah, aku ngan ikmal tuh tak ada2 pun, kau je tuh perasan yang ikmal tuh ada hati kat aku. Balas elise. Wanie sengaja mengusik elise, membuatkan elise tergelak bila melihat wanie sengaja mempermainkan perasaannya. **** Wanie begitu resah sekali bila setiap hari hatinya teringatkan zakuan. Dah sebulan mereka tidak berjumpa, bertanya khabar pun tidak. Zack dah lupakan aku, adakah hatinya dah berubah. Bingung memikirkan semua ini. Hatinya masih lagi sayang dan tidak mungkin dia begitu mudah melupakan zack dalam hidupnya cuma terkadang zack tidak memahami keinginannya.

Apa khabar agaknya dia ?, masih sayang lagi ke zack kepada dirinya ?, sedih di hati terasa sekali, kenapa dulu dia amat mementingkan kerjayanya dari zack. Aku ke yang bersalah yang selalu mementingkan diri, dan tidak pernah meluangkan masa aku bersama zack. Entahlah, dah kusut kepala akumemikirkan semua ini. Masih ada ruang lagi ke untuk dirinya memperbaiki perhubungan mereka berdua. belum selesai lagi ke problem wanie ngan zack. Usik elise. Macam mana nak selesai ?, kalau zack dah tak mahu jumpa aku. Call lah zack tuh wanie, baik kau yang pujuk dia, manalah tahu sejuk hatinya bila dia tahu kau cari dia, apa salahnya sekali sekala kau pulak yang cari dia dan pujuk dia, wanie kenalah bertolak ansur, tak kan korang berdua saling menyepi dan tak nak mengalah. Aku seganlah elise, aku tak tahu nak mula di mana ?, keluh wanie. Apa yang nak disegankan, kau dan zack dah lama kawan, tak kan kau tak tahu macam mana hati budi zack ?, atau wanie dah memang tak cintakan dia lagi. Aku masih sayang dan cintakan dia, mana mungkin aku boleh lupakan percintaan aku dengan zack , hati ini tidak mungkin cepat berubah. Balas wanie. Kalau kau masih cintakan dia, pergilah call dia, tak kan dia je yang selalu tercari2 cik wanie kita nih. Usik elise. Aku malu lah elise nak cari dia, aku kan perempuan tak kan aku yang cari dia dulu. Hish kau nih wanie, zaman dah berubah sekarang, kalau kau tak rebut peluang sekarang, aku takut kawan aku yang comel nih akan kecewa, buanglah ego tuh sikit wanie. Elise kesal dengan sikap wanie yang selalu egois, tak nak mengalah. Entahlah elise. Balas wanie. Suka sangat cakap gituh, kau dah putus asa ke wanie ?, janganlah begitu, kasihan aku tengok zack tuh, setianya tak pernah berubah. Kalau dia setia, dia tak akan tergamak cakap begitu kat aku, hati aku masih sakit lagi bila aku ingat tuduhan dia yang tak masuk akal, malas nak layan. (dalam hati betul ke apa yang aku buat nih). Elise hanya mengelengkan kepala, tak tahu nak cakap apa lagi, dia hanya mampu berdoa agar wanie akan dapat cari penyelesaian yang terbaik. Kalau cinta tak perlu kata apa-apa, betul ke.hihi .tersengeh elise bila terfikir tentang cinta itu seperti apa ?, teringat cerita semalam .biar mimpi sampai ke bintangnak juga bermimpi berjumpa dengan putera idaman hati tapi kalau nak cari sampai ke bintang, susahlah. Biarlah aku cari kat bumi Allah je nih tak payah susah nak cari kat bintang atau bulan. Terimalah cinta apa adanya tak perlu cari kat mana2, sebab cinta tak boleh di jual beli macam kat supermarket. Adess.dah jauh aku tersasar nihwake up elisejangan biarkan diri hanyut dalam khayalan sematamata. ***** Tolong lembutkan hati dia untuk menerima ku kerana ku tak sanggup hidup tanpa dia, asyiknya zack melayan lagu ombak rindu, terasa sayu hati bila dengar lagu hafiz dan adira. napelah saat begini aku rasa nak nangis ?, pelah hati aku ini selalu je sensitif. ermmmhati mengapa sejak kebelakangan ini resah tak menentu, layan lagu ini buat aku sakit, teramat sakit hati ini. Bukan kerana aku tidak sayang dia lagi tapi aku tak tahu nak buat apa lagizack merasa geram dengan sikap wanie yang selalu menjadikan dirinya sebagai orang kedua selain kerjayanya. Apakah aku tidak layak untuk dirinya ?. Tak ku sangka tak ku duga, beginilah nasib diri yang selalu kecewa dan dikecewakan, tak tentu arah kerana cinta, terkadang hati ini tidak memahami apa yang dikejarnya. Cinta buat aku tidak bernafas. kita semakin jauh dari apa yang kita impikan, semuanya semakin menjauh. Waniei really love youbenarkah itu cinta ?..pening kepalanya bila soalan itu bermain difikirannya sekarang ini. Amboi aku dah mula tacing, kalau ikmal nampak aku berperangai begini, memang siap aku dikenakan. Biarkanlah ikmal nampak aku, bukannya aku buat apa2 pun, hanya melayan perasaan yang gundah gelana. Aku bukannya kacau siapa pun. Tapi aku tak mampu nak tipu hati aku sekarang yang sesungguhnya aku amat rindu sekali pada wanie, kalau aku ada sayap sekarang ini, aku dah terbang cari dia. Cakap kat dia yang aku nak kawen sekarang juga dengan dia. Wahai angin ! sampaikanlah hasrat hati aku ini. Sesekali melayan perasaan ini buat hatinya bertambah kacau, biarkanlah kacau, bukannya aku kacau anak orang pun.hihi.geli dengan perasaan sendiriyang aku layan sangat perasaan aku nih buat apa, baik aku layan lagu apa ye.jap2 nak cari lagu kat u tube nih, apa lagi kalau bukan lagu beribu sesalan lagu kegemaran wanie my lovely sweet girlfriend. Adesss.biar betul aku nih nak dengar lagu tangkap jiwang lagi. Hahahasesekali apa salahnya nak lepaskan rindu aku pada wanie, tak ada orangnya, dengar lagunya pun bolehlah tuh. **** Wanie termenung jauh memikirkan dirinya semakin hari semakin rindu pada kekasih hatinya, kalau nak ikutkah hatinya mahu je dia yang pergi meminang zack tuh. Adess.dah kes angau, sampai nak pergi meminang pe cerita nih. Apa aku nak buat sekarang nih, tak kan lah aku yang nak pergi jumpa dia, pastu aku nak lamar dia, dah terbalik dunia agaknya. Napelah aku boleh terfikir dengan idea yang gila-gila ?. Biarlah aku yang jadi orang pertama yang melamar kekasih hati, pe salahnya aku buat begitu, mesti zack akan terharu kalau aku yang luahkan hati aku yang hangat membara. Hihihiwanie awak dah memang giler. Tiba-tiba khayalannya tergangu dengan deringan lagu aishiteru phonenya membuat dia terhenti seketika, siapalah yang call aku nih, kacau daun je lah. Assalamualaikum, hello siapa di sana ?, wanie menunggu suara orang yang memanggilnya namun tak ada pun kedengaran, orang nih nak mainkan aku ke, dah memang buang tabiat agaknya, ganggu aku je berimiginasi. Siapalah yang call aku tapi tak berani nak cakap, agak2nya zack ke. Deringan lagu aishiteru ke dengaran lagi, membuat hatinya begitu geram hinggakan dia terlepas cakap, zack jom kita kawen bila saja dia membalas call dari seseorang yang tak mahu bersuara. Zack, jom kita kawen, wanie dah mula melamar zack. adesssah aku memang dah giler, kalau orang tahu aku yang lamar zakuan memang heboh satu malaysia ada seorang gadis melamar pakwee dia. Aku dah hilang pertimbangan ke. Zack, say somethinglah, diam membisu je zack nih, dia tak sayang aku lagi ke. Wanie mengeluh bila dilayan begitu, sampai hati zack tak layan aku. Baik aku tutup phone aku, buat malu aku je nak lamar dia, macamlah aku nih teringin sangat nak kawen ngan dia. Wanie, jom kita kawen, tiba2 suara zack memecah kerisauan wanie terhadap lamaran yang baru je dibuatnya. Alahai zack, napelah baru sekarang nak jawab ?, ingatkan tadi dah memang aku yang bertepuk sebelah tangan. rupanya tangan ini berbunyi juga akhirnya. Soorry my dear, ingatkan tadi zack salah dengar, tak sangka wanie sanggup cakap begitu,, rupanya sayang juga wanie nih kat aku. Siapa yang tak sayang siapa nih, usik wanie bila hatinya kini berbunga cinta lagi. Biarlah aku yang mengalah buat masa ini kalau menjamin kebahagian yang selama ini ditunggunya.

Benarkah cinta ? antara dia dan zakuan,akhirnya terjawab juga, betapa bahagianya saat ini bila mengenangkan yang perjalanannya bersama insan tersayang baru bermula. Ya memang benar aku sangat menyintai insan yang bernama zakuan yang dah begitu lama menemani aku di kala suka dan duka, walau terkadang ada pahit dan manis dalam perhubungan mereka namun itulah lumrah percintaan yang akan selalu menguji setiap insan yang ingin jatuh cinta. **** Benarkah cinta ?, seperti angin.. Datang cuma sebentar.. hilang hanya menyapa seketika, lalu pergi Benarkah cinta ?, seperti air. adakala tenang..mendamaikan. namun terkadang menghanyutkan menenggelamkan. Benarkah cinta sebegitu ?, jika benar Bukan cinta itu yang ku mahu Kuingin cinta yang biasa bukan cinta yang luarbiasa.. cinta yang buat aku rasa bahagia cinta yang bisa menyatukan dua hati agar lebih memahami .. cinta itu seperti apa ? namun selamilah cinta yang sebenar. kerana cinta itu memang indah. bila dari hati ke hati. TAMATLAH SEBUAH CERITABENARKAH CINTA ?

Anda mungkin juga menyukai