Anda di halaman 1dari 1

Sebenarnya masalah pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini telahpun dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke 12 pada 21 22 Januari 1985. Bagi mengatasi masalah di atas berikut ini diperturunkan cadangan garis panduan membina rumah-rumah ibadat bukan Islam berdasarkan keputusan muzakarah tersebut.

2.Cadangan Garis Panduan


2.1 Dengan mengambil ingatan agama Islam adalah agama negara dan agama lain boleh diamalkan dengan aman damai berdasarkan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara, maka adalah disyorkan garis panduan seperti berikut: 2.1.1 Sekiranya mereka (orang-orang bukan Islam) hendak mendirikan rumah ibadat mereka di atas tanah yang mereka miliki boleh dibenarkan dengan syarat tapak tersebut terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikuti keperluan penganut agama mereka. 2.1.2 Semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujukkan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya. 2.1.3 Pihak Berkuasa Tempatan yang hendak meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan/pandangan jawatankuasa kemajuan kampong di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan. 2.1.4 Permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka. 2.1.5 Pihak berkuasa tempatan hendaklah benar-benar mempastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam. Ini adalah untuk mempastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk berkenaan. 2.1.6 Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah bertindak tegas terhadap rumahrumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran ataupun yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh Kerajaan. 2.1.7 Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mempastikan jarak di antara sebuah rumah ibadat dengan sebuah rumah ibadat yang lain tidak kurang daripada 1 kilometer. Jarak minima ini hendaklah dikenakan kepada semua rumah ibadat sama ada rumah ibadat Islam ataupun sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai