Anda di halaman 1dari 5

Si Tanggang Anak Derhaka Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,yang

di hormati guru dan rakan-rakan yang di kasihi sekalian, Assalamuaimualaikum dan salam satu Malaysia, saya Intan Izzlyanie Bt Abd. Hamid akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Tanggang anak derhaka Di hujung sebuah kampong tinggal seorang wanita tua yang sangat miskin. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari seorang kawannya datang, ketika itu Si Tanggang sedang sibuk membelah kayu api di hadapan rumahnya. ada kapal datang, marilah kita pergi tengok, mendengar sahaja kapal, Tanggang begitu teruja. Dia segera berlari bersama kawannya menuju ke muara sungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Apabila tiba di tepi sungai , Si Tanggang terlihat sebuah kapal yang besar sedang berlabuh di muara sungai yang berhampiran.Wah ! besarnya kapal itu.Kalaulah aku dapat berkerja di atas kapal itu, tentu bagus. Si Tanggang terus pergi berjumpa dengan nakhoda kapal yang meminta pekerjaan sebagai anak kapalnya. Nakhoda kapal bersetuju kerana melihat kesungguhan Si Tanggang. saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu siang dan malam. Janji Si Tanggang kepada nakhoda kapal. Nakhoda kapal hanya tersenyum kerana melihat gelagat Si Tanggang yang begitu seronok mendapat kerja tersebut. Walaupun ibu Si Tanggang amat keberatan untuk melepaskannya pergi belayar, namun dia terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji kepada ibunya akan kembali ke kampung setelah ia menjadi kaya.

Tanggang berjanji akan sentiasa ingat pada ibu. Bila sudah kaya nanti,Tanggang akan kembali dengan harta dan ibu tidak akan susah. Kita tidak akan di hina lagi. Janji Tanggang. Dengan linangan air mata ibu Si Tanggang melepaskanya pergi. Si Tanggang segera berlari menuju ke kapal dengan perasaan gembira. Akhirnya Si Tanggang berjaya keluar dari kampong dan berkerja di sebuah kapal serta belayar ke segenap benua. Dia berazam untuk memiliki sebuah kapal yang besar suatu hari nanti.Si Tanggang melakukan apa sahaja yang disuruh oleh nakhoda. Si Tanggang bekerja dengan rajin dan lebih tekun lagi. Nakhoda menjadikan Si Tanggang sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda uzur, maka Si Tanggang telah di lantik sebagai nakhoda kapal yang baru. Dia di panggil sebagai nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan pandai berniaga . namanya mulai terkenal. Sultan di negeri itu tertarik dengannya lalu menjemput dia ke istana. Tidak lama kemudian Si Tanggang telah berkahwin dengan puteri sultan. Si Tanggang telah membawa isterinya belayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal yang di naiki Si Tanggang berlabuh di muara sungai tempat asalnya. Orang kampung mengetahui nakhoda itu ialah Si Tanggang. Mereka segera memberi tahu orang tuanya . anak aku sudah pulang, Tanggang sudah pulang. Kata ibunya dengan gembira. Ya aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang. Katanya lagi. Dengan pertolongan seorang pemuda, ibu Si Tanggang mengayuh sampannya untuk berjumpa dengan nakhoda Tanggang. Si ibu membawa makanan kegemarannya iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang pekerja kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian Si Tanggang

muncul bersama isterinya, dia mengaku tuan anaknya. Jawab pekerja kapal. betulkah dia ini ibu kanda? Tanya si isteri. Si Tanggang berasa malu mengaku untuk mengaku orang tua ibunya. Kesusahan dan kemiskinan membuat ibunya kelihatan uzur dan daif sekali. Ibu kanda,oh tidak kanda tidak mempunyai ibubapa lagi.jangan benarkan orang tua ini naik.herdik Tanggang dengan perasaan marah. Oh Tanggang aku ibu mu. Ibu ada bawakan makanan kegemaranmu pisang salai.rayu si ibu. Pergi orang tua yang tidak sedar diri. Mereka pun pergi ketepi sungai dengan perasaan sedih. Apabila tiba di tepi sungai, ibu Si Tanggang memandang ke langit, sambil mengangkat tangan dia berseruoh tuhan kau tunjukankanlah kepada Si Tanggang aku ibu kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang, Si Tanggang berasa takut dan kesal. Kapal yang di naiki Si Tanggang terumbang ambing. Dia tahu tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasan kerana tekah menderhaka kepada ibunya. Oh , ibu ampunkan Tanggang!, Tanggang berdosa ibu, Tanggang mengaku Tanggang anak ibu, ampukan Tanggang. Akan tetapi segalanya sudah terlambat. Apabila angin bertiup kencang itu sudah redha,kapal yang di naiki Si Tanggang menjadi batu. Pekerja-pekerja kapal itu juga menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Kawan-kawan pengajaran daripada cerita ini ialah:


1. Kita tidak boleh derhaka kepada ibu kita..kita dan melawan kata-

kata ibu kita kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. 2. Janganlah kita bersikap sombongdan bongkok kepada orang yang telah berjsa kepada kita. 3. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.. Usahlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Klau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PAHANG.

TEMPAT

: KUALA ROMPIN (SK LEBAN CONDONG)

TARIKH 2011

: 28 MAC 2011- 31 MAC

KATOGERI : PIDATO SK RENDAH PESERTA DAERAH TAJUK : NUR NAJIHAH ATHIRAH BT JAZLAN : CAMERON HIGHLANDS : JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT