Anda di halaman 1dari 56

Program Pembangunan Sukan

Farah Wahidah Ahmadidan Amirah Hanis Zaninudin Lailatul Jaeezah Mohd Rahman

Aspek Perancangan, Pengelolaan dan Pentadbiran


Tujuan pembangunan sukan
Melaksanakan program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah. Mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Aspek Perancangan, Pengelolaan dan Pentadbiran


Melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk mewakili Negeri dalam kejohanan SUKMA dan seterusnya mewakili negara. Melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta lebih efisen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Memantau perlaksanaan program latihan yang dijalankan di setiap pusat latihan.

Aspek Perancangan
OBJEKTIF UTAMA:
Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan.

3 Teras Strategik Dalam Pembangunan Sukan


1. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. 2. Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan. 3. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Sektor Kerajaan
Memberi penekanan kepada lapan sukan teras, iaitu olahraga, akuatik, badminton, boling tenpin, bolasepak, gimnastik, hoki dan skuasy. Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan terus menganjur program latihan untuk pemegang jawatan dengan memberi tumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan. Bagi menyeragam pengurusan persatuan sukan di seluruh negara, Akta Pembangunan Sukan, 1997 akan diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Sektor Swasta
Digalak untuk melengkapi usaha Kerajaan - menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Rancangan jangka panjang - penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi akan digubal. Perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan.

Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan - program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar. Program baru berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Program dan aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan pelancongan sukan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat di kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 50 peratus rakyat Malaysia dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti gaya hidup cergas dan sihat menjelang tahun 2010.

Aspek Pengelolaan
Peningkatan kemudahan sukan
Beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan di naik taraf. Langkah akan diambil untuk memastikan penyenggaraan dan penjagaan kemudahan dilakukan dengan sempurna termasuk penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut.

Aspek Pengelolaan
Penyediaan atlet pelapis
Akses yang lebih kepada program latihan di luar negara akan disediakan untuk memastikan atlit cemerlang dalam sukan berprestasi tinggi pada peringkat antarabangsa. Usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih ramai atlit muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa melalui program latihan dan kejurulatihan yang sistematik.

Aspek Pengelolaan
Pembangunan sukan sekolah
Pendekatan yang lebih bersistem - mengenalpasti dan menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah akan diguna pakai bagi mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Lebih ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran olahraga dan gimnastik akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan.

Aspek Pengelolaan
Program pembangunan sukan sekolah - diperkukuh termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah akan digalakkan untuk menganjur aktiviti selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang baik.

Aspek Pengelolaan
Akses yang lebih baik kepada kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan.

Aspek Pengelolaan
Program kejurulatihan
Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit sedia ada yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih. Institusi pendidikan tinggi awam - digalakkan untuk menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat ijazah dalam bidang sains sukan serta program bagi melatih jurulatih baru.

Aspek Pengelolaan
Contoh program pembangunan sukan
Menyelaras Program Cari Juara Menyelaras Program Talent ID Menganjurkan dan menyertai Age Group CompetitioN Klinik Sukan Menyelaras Penyertaan Kejohanan U12, U15 dan U18 Menganjurkan Sports Education Seminar secara berterusan Program Pembangunan Bakat

Aspek Pentadbiran
Badan bertanggungjwb dlm pembgnn sektor sukan:
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERTUBUHAN DAN PERSATUAN SUKAN

Aspek Pentadbiran
Aspek yg dititik berat dlm pembgnn sukan
SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH SWASTA/MSSR DAN MSSM/PENGURUSAN/ KEJURULATIHAN/KEMUDAHAN SUKAN/YAYASAN SUKAN/INTENSIF/BIASISWA

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH


1) KEPERLUAN Persatuan sukan mesti menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan. Pemimpin sukan hendaklah menetapkan bentuk & peringkat kepakaran yang diperlukan mereka. Cth: sama ada melahirkan jurulatih di peringkat tempatan, kebangsaan @ antarabangsa

2) PERINGKAT
Mempertimbangkan bilangan jurulatih yang diperlukan di tiap-tiap peringkat itu dalam tempoh masa lima tahun akan datang. Memikirkan sumber, kemudahan, peralatan & tenaga pengajar yang akan melatih mereka. Mudah merancang latihan jika terdapat segala kemudahan yang diperlukan.

3) MENGENAL PASTI Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang berkemahiran tinggi untuk :
Memberi latihan yang teratur. Membantu merancang program latihan.

Jika tiada kemudahan, mereka perlu mencari altenatif lain, iaitu berhubung dengan badan-badan sukan yang lain untuk mengendalikan latihan.

4) MERANCANG Latihan jurulatih boleh dirancang untuk mencapai matlamat latihan. Hal ini kerana latihan jurulatih memerlukan latihan yang sistematik. Rancangan tersebut mesti mengikut keperluan jurulatih yang sering berubahubah.

5) MEMIKIRKAN SUMBER Mengambil kira sumber-sumber yang ada di persekitaran persatuan sukan itu. Latihan dapat dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia & Sukan. Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia dapat membantu melatih jurulatih di peringkat pusat. Tenaga kerja pensyarah dan guru boleh digunakan untuk mengadakan latihan jurulatih.

1) PERINGKAT Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat:

CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN JURULATIH

Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah. Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri. Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan.

2) BAHAGIAN KURSUS LATIHAN Bhg Pertama Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan, strategi dan perancangan latihan. Bhg Kedua Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dll. Bhg Ketiga Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan).

3) PENSIJILAN Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat. Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan. Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan sukan.

SUMBER & PELUANG LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN


1) KERJASAMA Kerjasama yang erat antara sumber-sumber yang telah memberi latihan kejurulatihan. 2) KLINIK SUKAN
Jurulatih yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sering menjadi tenaga pengajar bagi kursus jurulatih peringkat perintis. Perkhidmatan pakar-pakar klinik sukan boleh diperolehi daripada mereka.

3) KLINIK TEORI KEJURULATIHAN Meliputi psisiologi sukan, biomekanik dan teori latihan sukan. Perkhidmatan didapatkan daripada pusat latihan sukan di peringkat institut perguruan, universiti, hospital tempatan dll. 4) PRAKTIKAL Dijalankan oleh guru PJK dan pensyarah pusat IPT.

MERANGKA RANCANGAN LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN


Menentukan bentuk, jenis & bidang pengetahuan yang perlu disampaikan bagi tiap-tiap peringkat latihan kejurulatihan itu. Menetapkan peruntukan masa untuk menyiapkan tiap-tiap tajuk dalam kursus latihan itu dengan menyusun penjadualannya secara tersusun. Menentukan sumber yang berbentuk kemudahan, alat tulis menulis, kelengkapan & tenaga pengajar bagi tiap-tiap peringkat kursus latihan.

Mengadakan program latihan untuk melahirkan jurulatih yang cekap & berkelayakan bagi tiap-tiap peringkat latihan. Menentukan tenaga pengajar yang bertauliah bagi tiap-tiap tahap latihan. Mengeluarkan tawaran mengenai kursus latihan daripada perstuan sukan, pusat latihan sukan @ institusi pendidikan.

Jurulatih yang telah berjaya menamatkan kursus di peringkat tertentu hendaklah diberi pengikhtirafan dalam bentuk pensijilan. Peringkat pertandingan sukan yang berlainan memerlukan jurulatih yang berlainan kaliber mereka. Oleh itu, jurulatih digalakkan mengikuti program latihan mengikut peringkat

KRITERIA PEMILIHAN CALON JURULATIH


Memiliki kecerdasan & kematangan fikiran. Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan & perkembangan manusia. Mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang & perkembangan sukan. Berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka panjang.

Mempunyai kemahiran mengajar dengan menyeronokkan & berkesan. Mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra, ceria & pandai bergaul. Mempunyai banyak masa yang diperlukan untuk melatih ahli-ahli sukan kelak.

PRINSIP KEJURULATIHAN
Individu yang pakar dan dapat membantu mengembangkan bakat. Menyedari perbezaan individu. Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan. Kepimpinan melalui teladan. Berketrampilan menarik. Sukan sebagai cabaran hidup.

BIDANG TUGAS DAN TANGUNGJAWAB JURULATIH SUKAN


Menetapkan P&P mengikut individu dan aktiviti. Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran sukan. Memberi bimbingan yang diperlukan. Menilai kejayaan individu mengikut objektif yang telah ditetapkan.

Kenal pasti bakat sukan

Kenal pasti bakat sukan


Potensi bakat berkembang atau berkeyakinan/ dan ada perhubungan. Cara mengenal pasti bakat : Pendidikan Jasmani- Menonjolkan Bakat Pelajar Ko-kurikulum- Khusus Di Sekolah Kejohanan terbuka- Mengadakan Pertandingan Latar belakang murid- Keluarga Haji Sidek (badminton)

Pemerhatian bakat sukan


PRINSIP:
1. Aktiviti Fizikal 2. Variasi Pola Pergerakan 3. Pertumbuhan Kanak-kanak 4. Tempoh Masa Latihan

SUMBER AHLI SUKAN YG BERBAKAT & TERBAIK


1. Sekolah kerajaan dan swasta 2. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah (MSSM) 3. Kelab dan persatuan sukan tempatan, daerah & negeri 4. Persatuan Belia

INSENTIF UNTUK ATLET BERBAKAT


elaun khas diberi pekerjaan tertentu ganjaran & elaun tertentu biasiswa kemudahan perjalanan, penginapan, perubatan, peralatan sukan diberi latihan di luar negara pingat & surat penghargaa

SISTEM KENALPASTI ATLET


KRITERIA SIFAT AHLI SUKAN PERTANDINGAN RASA HATI UJIAN ASAS

Pembangunan Atlet

Pembangunan Atlet
program pembangunan bakat guru pjk ramai ditempatkan di sek program pembangunan sukan dinaiktarafkan tambahkan bilangan jurulatih bertauliah program persediaan atlit

MAJLIS SUKAN NEGARA(MSN)


Membentuk satu kumpulan bakatmuda berpotensi menjadi juara dengan latihan yang bersistem

Program Pembangunan Belia dan Bakat

Program Persediaan Atlit Sukan AsiaTenggara (SEA)

Program Persediaan Atlit Sukan Komanwel

SEKOLAH SUKAN
Kelengkapan peralatan yang lengkap dan canggih. Tarik ramai penyertaan pelajar yang berbakat. Kembangkan potensi pelajar yang berminat. Melahirkan atlit yang berpotensi ke arah dunia. Memupuk keyakinan pelajar terhadap profesion dan industri sukan serta membudayakan sukan dalam kehidupan

LATIHAN KEPADA ATLET


Latihan kepada atlet, jurulatih dan pegawai sukan untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terus dilaksana oleh persatuan sukan berkaitan dan MSN. Badan tersebut menyediakan latihan yang perlu kepada atlet untuk menyertai latihan pertandingan antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

PEMAKANAN SEIMBANG ATLET


Definisi Pemakanan Sukan Aplikasi strategi pemakanan untuk mengalakkan kesihatan, mengadaptasi pemakanankepada latihan,mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi latihan

Kepentingan pemakanan sukan


Atlet mengetahui maklumat kesan pemakanan terhadap tahap kesihatan mereka Atlet boleh menentukan jumlah cecair, nutrien dantenaga yang diperlukan. Membantu meningkatkan prestasi atlet. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa latihan dan pertandingan. Tubuh badan dengan keperlukan nutriennutrien essential

Pemakanan sebelum latihan dan pertandingan


Bertujuan untuk memastikan glikogen tubuh berada pada tahap optimum bagimelambatkan kelesuan. Pengambilan makanan mestilah 2-4 jam sebelum latihan atau pertandingan bermula. Jumlah karbohidrat diantara 200300 g, protein pada kadar sederhana dan lemak padakadar rendah. Makanan mestilah mudah dihadam.

Pemakanan semasa latihan dan pertandingan


Bertujuan untuk melengkapkan simpanan karbohidrat sebagai tambahan untuk otot-otot yang bekerja. Selain itu, ia dapat mengekalkan tahap glukosa dalam darah. Atlet perlu mengambil makanan berkarbohidrat pada setiap jam semasa berlatih dan bertanding pada kadar 30-60 g. Selain makanan, atlet juga boleh mengambil minuman yang membekalkan karbohidrat.

SOALAN OBJEKTIF
Di antara berikut BUKAN merupakan 3 teras strategik dalam pembangunan
a) Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan - menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan. Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

b) c)

d)

SOALAN OBJEKTIF
Pilih pasangan tahap untuk latihan jurulatih yang BETUL
a) Tahap asas - Melatih peserta di peringkat daerah b) Tahap pertengahan - Melatih peserta di peringkat negeri. c) Tahap lanjutan - Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. d) Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan

SOALAN OBJEKTIF
Di antara berikut merupakan kriteria kriteria yang perlu ada bagi seorang calon jurulatih
a) Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan & perkembangan manusia. b) Berketrampilan menarik. c) Sukan sebagai cabaran hidup. d) Riak dengan anugerahnya

SOALAN STRUKTUR
1. Berikan 3 cara mengenal pasti bakat murid dalam sukan. i) ii) iii)

2. Berikan 3 fungsi sekolah sukan untuk pembangunan atlet

i) ii) iii)

Anda mungkin juga menyukai