Anda di halaman 1dari 7

Budaya Ilmu Bermula Dari Rumah

(20 April 2007M / 02 Rabi’ulakhir 1428H)

ُ‫ أَ ْشهَدُ أَ نْ لَ ِالَ هَ إِلّ ال‬.ْ‫ عَلّ مَ اْلِنْ سَانَ مَاَل مْ َيعْ َل م‬،ِ‫حمْدُ لِ الّذِ يْ َعلّ مَ بِاْلقَ َل م‬
َ ْ‫َال‬
ّ‫ اَل ّل ُهم‬.َ‫حمّدًا َعبْدُهُ َورَ ُسوُْلهُ الّذِ يْ آتَا هُ الُ اْل ِعلْ مَ وَالْحِ ْك َمة‬
َ ُ‫وََأ ْشهَدُ َأنّ َسيّدَنَا م‬
.َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬
َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ عَ َلىْ َسيّدِنَا م‬
َ

َ‫ َفقَدْ فَاز‬،ِِ ‫ّايي ِبَت ْقوَى ال‬


َ ‫ْصييْ ُكمْ وَإِي‬
ِ ‫ْني إِّت ُقوْا الَ ُأو‬
َ ‫ض ُرو‬
ِ ‫ أَيّهَا الْحَا‬،ُ‫َأمّاي َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬

Muslimin Yang Dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita
bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T, dengan
mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Sesungguhnya
kebahagiaan dunia dan kesejahteraan akhirat hanyalah ditentukan oleh
iman dan takwa. Mimbar hari ini akan membicarakan satu tajuk iaitu:
”Budaya Ilmu Bermula Dari Rumah.”

Muslimin Yang Dirahmati Allah,


Umum mengetahui rumah adalah institusi pendidikan yang terawal dalam
pembentukan syaksiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir dari
keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan
impak yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara.

Tidak dinafikan, bahawa ilmu pengetahuan merupakan satu alat yang


paling berkesan dalam membentuk sesebuah masyarakat. Tidak ada
masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan.
Islam telah meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan

1
dan menitikberatkan penganutnya sentiasa mengkaji, meneliti,
menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat
kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu
bangsa adalah bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu
pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu. Bahkan Allah S.W.T
menyatakan dalam Firman-Nya:

            

        
Yang Bermaksud : “Allah meninggalkan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Mujadalah : 11)

Muslimin Yang Dimuliakan,


Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia
berteraskan ilmu pengetahuan. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti
Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada
pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu
dalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman
Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu
tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah dan


mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam. Hari ini umat Islam
tidak lagi mendahului umat lain dalam bidang ilmu dan anika jenis
kepakaran. Kita bukan lagi dikenali sebagai bangsa pencipta bahkan
sebagai pengguna kepada ciptaan orang lain. Hari ini amat sedikit umat
Islam menguasai bidang-bidang yang kritikal bahkan kita ketinggalan
2
dalam arus pendidikan berbanding dengan bangsa lain. Mengapakah
hakikat ini berlaku……….?

Muslim Yang Dimuliakan,


Suatu realiti yang perlu kita sedar bahawa antara punca yang
menyebabkan umat Islam semakin tertinggal di belakang antaranya
ialah:-

Pertama : Tahap Kesedaran Masyarakat Kita Amat Kurang Terhadap


Minat Membaca.

Membaca adalah satu sumber yang utama untuk menambah ilmu


pengetahuan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa, tuntutan pertama
dan utama kepada manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya
merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan
dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi kita Muhammad S.A.W
dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang berbunyi:-

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

Maksudnya : “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu


yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari
sebuku darah yang beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,
yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.”

3
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa, permulaan wahyu yang pertama
ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada nabi kita Muhammad
S.A.W dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan
mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Muslimin Yang Dimuliakan,


Punca yang kedua yang menyebabkan umat Islam semakin tertinggal di
belakang ialah kerana malas berusaha.

Satu sifat yang negatif yang masih bersarang dan perlu dikikis pada jiwa
umat Islam ialah malas berusaha, mereka merasa cukup dengan apa
yang ada, dan merasa diri mereka telah hebat sedangkan apabila mereka
menuntut ilmu, barulah mereka tahu akan kelemahan yang ada pada diri
mereka. Perubahan akan berlaku pada diri umat Islam dengan adanya
hijrah minda, pemikiran, watak dan sikap. Ini di jelaskan oleh Allah S.W.T
dalam surah al-Anfal ayat 53 yang berbunyi:-

           
          

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah


sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-
apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Punca kelemahan yang ketiga : Tidak memanfaatkan masa dengan


sebaik mungkin.

Sifat tidak menghargai masa, dan sering membuang masa dengan


melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah menyebabkan kita
meninggalkan kewajipan-kewajipan yang sepatunya kita laksanakan
4
samada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat. Bahkan antara tanda
kita mensyukuri nikmat Allah adalah dengan memanfaatkan masa dengan
sebaik mungkin. Imam as-Syahid Hassan al-Banna pernah
menyatakan dalam kitabnya “Risalah at-Ta’lim”;

“Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa
yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan
ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara
berfaedah.”

Muslimin Yang Dimuliakan,


Bagi merealisasikan pembudayaan ilmu di rumah. Usaha yang
bersungguh dan berterusan perlu dilakukan antaranya :

Pertama: Ibu bapa seharusnya menunjukan contoh dan teladan kepada


ahli keluarga khususnya kepada anak-anak. Anak–anak perlu dipupuk
dengan budaya minat membaca sejak dari kecil lagi. Ibu bapa juga perlu
menjadikan amalan membaca bersama anak-anak sebagai suatu rutin
harian di rumah, selain sentiasa membawa anak-anak ke perpustakaan
untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan baru.

Kedua : Ibu bapa juga sepatutnya menyediakan peruntukkan kewangan


khusus untuk tujuan ini. Pengorbanan wang ringgit bagi membeli buku
dan bahan-bahan bacaan yang bermanfaat untuk anak-anak adalah suatu
pelaburan yang baik untuk masa depan mereka, sebagaimana
perbelanjaan bulanan untuk membeli pakaian, membayar bil telefon, dan
memenuhi segala kehendak yang lain.

Ketiga: Menyediakan sudut khas atau perpustakaan mini di rumah. Ini


bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak di samping

5
memberi galakan serta ganjaran bagi anak-anak yang gemar membaca
buku-buku ilmiah.

Muslimin Yang Dimuliakan,


Akhirnya, untuk melahirkan bangsa yang maju, hebat dan dipandang
tinggi maka pembudayaan ilmu yang seimbang iaitu ilmu fardu ain dan
fardu kifayah perlu diterapkan sejak dari kecil lagi. Perbanyakkanlah
bahan bacaan dalam rumah kita semoga impian kerajaan untuk
melahirkan Modal Insan dan pemikir kelas pertama menjadi kenyataan.

،‫اعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakan:


“roh itu dari perkara urusan tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu
pengetahuan melainkan sedikit sahaja. Dan sesungguhnya jika Kami
kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami wahyukan
kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela
terhadap kami antuk mengembalikannya. (Tetapi kekalnya Al-Quran itu)
hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu, sesungguhnya limpah kurniaan-
Nya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.”
(Surah al-Isra’ ayat : 85 – 87)

6
‫بَارَ كَ الُ لِىْ وََلكُ مْ فِىْ اْل ُق ْرءَا نِ اْلعَ ِظيْ مِ‪ ،‬وََن َفعَنِى وَِإيّا ُك مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اْليَا تِ‬
‫س ِميْعُ اْلعَ ِليْمُ‪ ،‬أَقُولُ َقوْلِى‬
‫لوََتهُ إِّنهُ ُهوَ ال ّ‬
‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْمِ‪ ،‬وََت َقّبلَ ِمنّىْ َو ِمنْكُمْ تِ َ‬
‫ُسيِلمَاتِ‪،‬‬
‫ُسيِل ِميْنَ وَاْلم ْ‬
‫ْمي لِىْ وََلكُميْ‪ ،‬وَلِسيَاِئرِ اْلم ْ‬
‫َسيَت ْغ ِفرُ ال َ اْلعَ ِظي َ‬
‫هَذَا وَأ ْ‬
‫سَت ْغ ِفرِيْنَ وَيَيا نَجَاةَ التّاِئِبيْنَ‪.‬‬
‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْنَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَاتِ‪ ،‬فَا ْسَت ْغ ِفرُوهُ َفيَا َف ْوزَ اْلمُ ْ‬

‫‪7‬‬