Anda di halaman 1dari 13

Karangan Jenis Forum

Karangan Contoh Tajuk: Rasuah Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakan sekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu lagi masalah sosial yang saya kira semakin kronik jika tiada usaha langkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah saudara B dan dibelah kanan pula ialah saudara C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "masalah rasuah di Negara malaysia". Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu saudara B memberi definisi rasuah dan ciricirinya.

Saudara B : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkan laman web suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan suatu perbuatan yang melibatkan pemberian dan penerimaan wang atau barangan tertentu dengan niat untuk mengelakkan tindakan diambil atau mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jenis sokongan pula adalah dalam bentuk material seperti wang, kereta, dan rumah, dan bentuk hiburan seperti wanita, melancong ke luar negeri dan sebahagainya.

Saudara C : Menurut Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalan rasuah sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuah kerajaan runtuh dan sekali gus menjatuhkan imej Negara di mata antarabangsa. Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita mengenai punca rasuah?

Saudara B : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialah pengaruh rakan. Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah dan menikmati pelbagai kemewahan hidup tanpa dikenakan sebarang tindakan, seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima rasuah. Tekanan di tempat kerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai atasan juga turut terlibat. Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudah terpengaruh dan turut mengamalkan rasuah kerana ingin cepat menikmati kemewahan hidup di dunia yang fana ini. Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah?

Saudara C : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu , Undangundang di Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidak takut atas hukuman yang dikenakan. Contohnya, tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap

ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Di samping itu, Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diterima oleh mereka itu setelah keluar dari penjara.

Pengerusi : Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh berganding bahu untuk mencegah rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia. Lagipun, masalah ini semakin serius. Apakah pandangan saudara B berhubung dengan langkah-langkah mengatasinya?

Saudara B : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebih amanah dan bertanggungjawab. Slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan swasta. Perkhidmatan kaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untuk mengelakkan sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenah birokrasi juga hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berucap di Parlimen baru-baru ini.

Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan. Silakan.

Saudara C: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan Negara. Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-baru ini mampu menakutkan gologan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untuk bertindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama den pihak SPRM juga boleh mengubah sikap orang rami yang selama ini enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan. Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.

Pengerusi : Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai rumusannya, saya kira masalah rasuah di Negara kita merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaan menangani masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

Teks ni saya buat sendiri tahun lalu(2006) untuk ULBS(Ujian Lisan Berasaskan Sekolah) untuk Bahasa Melayu SPM...bertajuk "Rokok - Setiap Sedutan Membawa Padah"...kalau ada yang nak ambik untuk teks sendiri...ambil aje...k...tapi kalu nak buat forum remaja sebenar untuk pertandingan meme tak cukup...so bleh tambah teks atau ambil je lah template nya... Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya? Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok

pada perokok dan orang sekeliling? Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paruparu berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok. Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti. Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial. Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok? Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah melawan keinginan untuk merokok. Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua. Pengerusi: Silakan saudari. Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggaltinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak

terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka. Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok. Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikirfikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, Orang putih, orang Pakistan, Terima kasih syukran jaziilan. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

WARISAN BANGSA AKTIVITI: FORUM Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.

Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah WARISAN BANGSA. Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ? Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato Afiq Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel. Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini? Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan lelakinya lebih gemar memakai kain semutar. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan. Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan

ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing. Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.

Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri. Datuk Seri Atiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia. Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya. Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.

Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi. Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.

DatoAfiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-nilai hidup dalam masyarakat. Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda. Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumahrumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini. Pengerusi: Terima kasih Dato. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih

agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, samasamalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati. Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualaikum. Sehingga jumpa lagi.

UJIAN LISAN BERKUMPULAN PERBINCANGAN ILMIAH: FORUM TAJUK: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR Sumber: BLOG CIKGU JANA IBRAHIM Dewasa ini, arus modenisasi memesatkan pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak, diluah mati bapa. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen Sayangi Bumi Kita Pengerusi: Salam sejahtera kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada semua yang ada di sini. Semoga kedatangan tuantuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Tuhan. Sempena kempen Sayangi Bumi Kita yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seantero dunia. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji belon yang terlalu kotor. Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur telah menngundang tiga orang tokoh yang terlibat dalam pelestarian alam sekitar secara langsung, iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali, Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya. Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada pokok pangkalnya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diutarakan tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor. Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya membincangkan puncapuncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan kemudaratan apabila digunakan.

Punca-punca yang diwartakan sebagai penyebab pencemaran terbahagi kepada dua jenis. Pertama, pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi dan kedua, Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi, dan sebagainya. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara; contohnya gas-gas beracun dan zarahzarah yang terperangkap hasil daripada asap kenderaan, jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan sebagainya. Pencemaran air pula disebabkan oleh pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya. Pencemaran tanah pula berpunca daripada pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia, dan sisa-sisa pepejal . Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90 -95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya. Hal ini bermakna, jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran laut. Lebih 90% daripada punca pencemaran laut disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% berpunca daripada sektor perkapalan. Dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55) Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi, pengeksploitasian hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, perternakan, dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat . Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding dengan kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi. Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberikan pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan. Yang menyedihkan ialah semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada Dato Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.

Dato M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran ini, saya berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau melayari Internet. Kesan yang amat dirasai sekarang gara-gara pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia. Ribut taufan, misalnya, berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, pemusnahan ozon dan hujan asid. Sementara itu, pengeluaran gas monoksida, iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis unsur lagi yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum, iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak, terutamanya dalam kalangan kanakkanak . Seterusnya, kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratusratus keluarga nelayan. Penyakit ini seterusnya dikenali sebagai penyakit Minamata. Kesan pencemaran bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberikan kesan kepada hidupan yang lain. Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh hidupan akuatik di perairan cetek ialah kesan tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran dengan persisiran pantai, lapisan minyak yang mengancam hidupan laut serta burung terbentuk. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut dalam jangka panjang akan mengancam sumber pendapatan ataupun periuk nasi nelayan. Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut. Demikianlah sedikit banyak pendapat saya saudara pengerusi. Pengerusi: Terima kasih Dato. Nampaknya, dampak ataupun impak pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita yang tidak diselia rapi . Oleh itu, beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya mempersilakan Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh kementeriaan beliau. Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan salah sejahtera semua. Apabila disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada minyak ini praktikal ataupun tidak, alternatif ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran. Di peringkat antarabangsa, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia . Demikianlah sahaja, antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini. Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semoga, segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberikan kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpulkan ialah pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar bahawa bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu, sama-sama kita memulihara keindahan alam sekitar kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai