Anda di halaman 1dari 9

TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KLANG 2009 JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

MASA 10.00 pagi PERISTIWA Ketibaan Tetamu Khas BUTIRAN Mengumumkan ketibaan Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, bersama-sama Al-Fadhil wal Adib Tuan Hj Mohamad Amir Bin Hj Danuri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, JAIS diiringi oleh Yang Berbahagia Ust Mohd Rafiee Bin Abd Rahim PPTA Unit Pendidikan Daerah Klang. CATATAN

Selesai Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor, Lagu Guru Malaysia, Lagu tema dan Ikrar Guru

Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu adalah miliknya, Pelita dan lampu adalah segala, Untuk manusia sebelum dewasa. Dialah ibu, bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan segala umat, Seribu tahun katanya member hikmat. Assalamualaikum wrt. Wbt. Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Al-Fadhil wal Adib Tuan Hj Mohamad Amir Bin Hj Danuri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, JAIS Al-Fadhil Ustaz Mohd Rafiee Bin Abd Rahim Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah, Unit Pendidikan Islam Pejabat Agama Islam Daerah Klang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Klang, Pegawai-pegawai pendidikan, Guru-guru Besar, Guru-guru Kanan serta warga

pendidik yang dihormati sekalian. Pada malis yang indah ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, kita dapat berhimpun serta memeriahkan majlis sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Daerah Klang tahun 2009. Sebentar tadi, kita telah sama-sama menyanyikan rentetan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa serta bersama-sama melafazkan bacaan ikrar. Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan Koir yang mengiringi nyanyian kita bersama tadi adalah Kumpulan Koir Guru-guru dari Sekolah Rendah Agama Intergrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah Klang. Manakala bacaan ikrar guru pula diketuai oleh Ustaz Noor Wirdan Syah Bin Hj Bahari, Guru dari Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang. Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menghayati dan memahami bacaan ayat-ayat suci Al-quran yang akan dibacakan oleh Ustazah Hjh Pasehah Bt Hashim dari SRA Sg Udang. Majlis dengan hormatnya dipersilakan. Selesai wahyu Illahi Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Hjh Pasehah di atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi Hadirin hadirat sekalian, seterusnya marilah kita menadah tangan bermunajat , memohon berkat agar segala urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Oleh itu majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah, Ketua Guru KAFA Integrasi Kg. Idaman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Selesai wahyu illahi dan bacaan doa Majlis mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada Ustaz Abdul Halim Kerana memimpin bacaan doa itu tadi. Moga perjalanan program kita pada hari ini diberkati Allah SWT.

Wahyu Illahi

Bacaan Doa

Ucapan Aluan PPTAD / Pengerusi JK Sambutan Hari Guru

Hadirin hadirat yang dihormati, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rafiee Bin Abd Rahim, Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Unit Pendidikan Islam Daerah Klang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya dipersilakan. Taman Seri tumbuhnya kelapa, Terbit bunga dahannya mati, Budi tuan saya tak lupa, Sudah dipahat di dalam hati. Demikian tadi ucapan aluan oleh Al-Fadhil Ust Mohd Rafiee Bin Abd Rahim, PPTAD Unit Pendidikan Islam Daerah Klang. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Selesai ucapan PPTAD

Ucapan perasmian Timbalan Pengarah

Sidang hadirin warga pendidik sekalian, majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Daerah Klang tahun 2009. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai ucapan perasmian

Kalimah Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wasolatan Nabiyyi, Dengan takdir dari Allahu Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor atas ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringat Daerah Klang Tahun 2009.

Persembahan kumpulan nasyid guru dan deklamasi sajak

Berbekalkan ilmu keramat, Dan bersandarkan ilmu yang penuh dan sarat, Dengan semangat sang guru yang tiada tamat, Sedia membimbing, sedia berkhidmat, Satu matlamat yang tersemat, Bagi mengangkat martabat umat, Anak watan umat sejagat, Guru melangkah seiring harapan erat, Satu kualiti ingin dicatat, Pembina Negara Bangsa menjadi matlamat, Moga syurga balasan di Akhirat.

Hadirin hadirat yang budiman, Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan yang telah disediakan. Persembahan pertama oleh kumpulan nasyid yang dianggotai guru dan murid dari KAFAI Al-Maruf Johan Setia, diketuai oleh Ustazah Nurul Ain Binti Miskan. Kumpulan ini akan menyanyikan deretan lagu : 1. Selawat Nabi 2. Analisa Persembahan kedua adalah deklamasi sajak bertajuk Semangat Seorang Guru oleh seorang pendeklamasi sajak terkenal. Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tersebut. Selesai persembahan nasyid dan deklamasi sajak

Majlis mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kumpulan Nasyid dari KAFAI Al-Maruf Johan Setia dan Ustaz Sumardi Bin Suhadi kerana sudi mempersembahkan bakat yang ada untuk dikongsi bersama hadirin.

Penyampaian Cek Hadirin hadirat warga pendidik sekalian.

Sebelum kita ke acara penyampaian anugerah khas tokoh guru, majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Syarikat Quantum Science Fusion Excel International kerana telah sudi menaja keseluruhan hadiah untuk disampaikan kepada semua pemenang anugerah guru daerah Klang pada tahun ini. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput wakil Syarikat Quantum Science Fusion Excel International, En. Wan Firdaus untuk menyerahkan cek tajaan tersebut kepada Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Majlis dengan hormatnya dipersilakan. ===== pause ===== Petai Sepapan Berbau Wangi Wanginya sampai ke sana sini Tahun Hadapan taja lah lagi Kami doakan ditambahkan rezeki Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas penyerahan cek tajaan daripada Syarikat Quantum Science Fusion Excel International untuk Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Daerah Klang pada tahun ini.

Penyampaian Anugerah Khas

Rumah cantik dihiasi bata Bertambah seri di waktu malam Guru sejati ibarat pelita Memberi cahaya setiap malam Acara pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Guru. Untuk menyempurnakannya, majlis dengan sukacitanya mepersilakan Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rafiee Bin Abd Rahim, PPTAD Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Klang menjemput dan mengiringi Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah-anugerah. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Anugerah Guru Besar Cemerlang dan Ketua Guru Cemerlang

Hadirin hadirat sekalian, Kecemerlangan sesebuah sekolah yang bukan hanya dalam bidang akademik, malah dalam menjaga hubungan kekeluargaan dalam iklim sekolah terletak di tangan seorang Guru Besar. Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju sesbuah sekolah untuk mencapai keseimbangan kecemerlangan individu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Diumumkan penerima Anugerah Guru Besar Cemerlang bagi tahun 2009 diberikan kepada Ustazah Azimah Binti Masir dari SRA Sg Serdang. Diemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Penerima akan menerima sijil penghargaan beserta hadiah iringan sumbangan Quantum Science Fushion Excel International. Ketua Guru sekolah KAFA Intergrasi mempunyai tugas yang sama berat dengan guru besar. Justeru, sumbangan Ketua Guru tidak dilupakan dan sentiasa ditagih untuk memantapkan pendidikan khususnya di daerah. Di jemput naik ke pentas, penerima anugerah Ketua Guru Cemerlang 2009, Ustaz Khairullah Bin Abd Wahid dari KAFAI Telok Gong. Penerima juga akan menerima sijil penghargaan beserta hadiah iringan sumbangan Quantum Science Fushion Excel International.

Anugerah Guru SRA/SRAI Cemerlang dan Guru KAFAI Cemerlang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ustazah Azimah Bt Masir dan Ustaz Khairullah Bin Abd Wahid atas anugerah yang diberikan. Seterusnya, majlis mengumumkan penerima anugerah Guru SRA/SRAI Cemerlang dan Guru KAFA Cemerlang yang banyak membantu sekolah masing-masing mencapai kecemerlangan. Dipersilakan naik ke pentas penerima Anugerah Guru SRA/SRAI Cemerlang 2009, Ustazah Maznawati Bt Mahmod dari SRA Kg Jawa. Seterusnya, penerima Anugerah Guru KAFA Cemerlang 2009 diberikan kepada Ustazah Heryati Bt Saharuddin dari KAFAI Telok Menegun. Kedua-dua Penerima annugerah setiap seorang menerima sijil penghargaan beserta hadiah iringan sumbangan Quantum Science Fushion Excel International.

Anugerah Guru Inovatif

Hadirin hadirat sekalian, Tugas seorang guru tidak hanya mengajar matapelajaran di kelas sahaja. Sifat semulajadi dalam seseorang guru adalah sentiasa ingin meningkatkan pengetahuan dan teknik pengajaran secara berterusan agar pelajar di kelas tidak berasa jemu disamping dapat memahami ilmu yang disampaikan. Untuk itu, kita ke anugerah seterusnya iaitu Anugerah Guru Inovatif 2009. Penerima Anugerah Guru Inovatif 2009 diberikan kepada Kumpulan Kajian Tindakan Daerah Klang yang membentangkan kajian di peringkat negeri bertajuk Set Induksi dalam pengajaran dan pembelajaran guru KAFA di SRA Sementa, SRA Kg Jawa dan SRA Rantau Panjang. Jemput naik ke pentas untuk menerima anugerah: 1. 2. 3. 4. Ustaz Noor Wirdan Syah Bin Bahari Ustaz Mohd Azhar Bin Othman Cikgu Nurul Azmi Bin Burasman Ustaz Zullman Bin Saiyuti SRA Rantau Panjang - SRA Kg Jawa - SRAI Tengku Ampuan Fatimah - SRA Sementa

Penerima masing-masing menerima sijil penghargaan beserta hadiah iringan sumbangan Quantum Science Fushion Excel International setiap seorang. Anugerah Tokoh Guru

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang Ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka JIka hari ini siapa sahaja yang dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca Hadirin yang budiman sekalian, Sampailah kita ke acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah tokoh Guru JAIS

Daerah Klang 2009. Oleh itu, marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati biodata tokoh guru ini. ===== (biodata dibacakan)===== Dijemput Ustaz Hj Halimi Bin Hj Said penerima Anugerah Tokoh Guru JAIS Daaerah Klang 2009. Seterusnya dijemput Penerima Tokoh Guru seterusnya Ustazah Hajah Kalsom Bt Abdullah. Penerima anugerah tokoh guru menerima Sijil Penghargaan, Sepersalinan pakaian dan barangan iringan sumbangan Quantum Science Fusion Excel International.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah rumah mewah di Ibu Kota Di Bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara Demikian antara kalimat penuh hikmat yang ditulis oleh sasterawan Negara Usman Awang untuk didedikasikan kepada seorang guru. Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Sambutan Hari Guru JAIS peringkat Daerah Klang 2009. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad Timbalan Pengarah JAIS kerana sudi hadir untuk merasmikan dan menyampaikan anugerah-anugerah. Sebagai tanda, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rafiee Bin Abd Rahim PPTAD Unit Pendidikan Islam Daerah Klang menyampaikan cenderahati kenang-knangan kepada Timbalan Pengarah JAIS. Sebelum berpisah, dijemput Sahibul Fadhilah Tuan Hj Ali Bin Mohamad Timbalan Pengarah JAIS sambil diiringi oleh Ustaz Mohd Rafiee Bin Abd Rahim bersama-sama dengan tetamu kehormat untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Hadirin yang lain yang masih berada di dalam dewan, diminta tunggu sebentar kerana selepas ini kita akan mulakan acara yang ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah.

===== cabutan bertuah==== Sebelum ke jamuan makan, saya selaku pengacara majlis pada hari ini memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya mengendalikan majlis terdapat perkaraperkara dan kata-kata yang tidak disenangi oleh hadirin sekalian. Sekian, sampai kita bertemu lagi di tahun hadapan. Wassalamu alaikum wrt wbt.

Anda mungkin juga menyukai