Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN MEWAH AMPANG SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK TINGKATAN 3, 5 DAN 6 ATAS TAHUN 2012

SEMINAR/TEKNIK PEMBELAJARAN BERMAKNA (SPB)

ANJURAN : BAHAGIAN AKADEMIK DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SMK PANDAN MEWAH, AMPANG SELANGOR KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 3, 5 DAN 6 ATAS SMK PANDAN MEWAH, TAHUN 2012

SEMINAR / TEKNIK PEMBELAJARAN BERMAKNA (SPB)


1. PENDAHULUAN Pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan STPM tidak boleh lari dari mengetahui dan memahamin cara menjawab soalan dengan betul serta mendapatkan markah yang maksimum bagi setiap jawapan yang dijawab. Walaupun mereka telah didedahkan secara tidak langsung oleh guru guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, namun masih perlu diulang dan ditekankan lagi secara khusus akan teknik menjawab soalan sebenar peperiksan. Menyedari hal tersebut, bahagian akademik merancang satu program Seminar atau Bengkel Pembelajaran Bermakna. Guru guru Cemerlang atau guru guru yang berpengalaman luas dalam subjek masing masing akan dijemput ke SMK Pandan Mewah bagi memberikan ceramah atau bengkel atau seminar berkenaan mengikut kepakaran masing masing kepada semua pelajar yang terlibat. Diharapkan program program yang dirancang ini akan memberi input tambahan dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik terutama dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. 2. MATLAMAT Program Kecemerlangan Akademik bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar terutamanya dalam peperiksaan. 3. OBJEKTIF 3.1 Membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dan peningkatan kelulusan yang baik dalam PMR, SPM dan STPM 3.2 Meningkatkan peratusan kecemerlangan sekolah

4. ANJURAN

Program ini anjuran bahagian akademik SMK Pandan Mewah dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Pandan Mewah. 5. SASARAN Semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas SMK Pandan Mewah
6. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

:Pn Hajah Inson bt Derani (Pengetua)

Timbalan Pengerusi 1

:En Mohd Puard bin Ahmad (Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru SMKPM)

Naib Pengerusi 1

: Pn Halina bt Khamsan (PK Akademik) : Pn Fatimah bt Hassan (PK Tingkatan 6) : Pn Faridah Hanim bt Zahari (Penyelia Petang)

Setiausaha Bendahari Ahli

: Pn Noorleha bt Mohd Yusoff : Pn Umi Salha bt Mohamad : Semua GKMP : Semua Ketua Panitia : Semua Guru Mata Pelajaran Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas : AJK PIBG SMK Pandan Mewah

7. MODUS OPERANDI

1.

Program SPB akan dilaksanakan selama 2 jam iaitu Atau

8.00 10.00 pm 11.00 1.00 pm

2.

Bahan bercetak disediakan oleh penceramah untuk setiap pelajar.

3.

Tarikh perlaksanaan : Mei Ogos 2012

8. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 PERKARA Seminar Pembelajaran Bermakna (Teknik Menjawab Soalan) PMR 11 mata pelajaran x RM 80.00/jam x 2 jam (seorang penceramah)

ITEM

JUMLAH (RM)

1600.00

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Geografi Sejarah Matematik Kemahiran Hidup Bersepadu Sains Pendidikan Islam Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab

SPM 18 mata pelajaran x RM 80.00/jam x 2 jam (seorang penceramah) STPM 6 Mata pelajaran x RM 80.00/jam x 2 jam (seorang penceramah) Pengajian Am Pengurusan Perniagaan MUET Ekonomi Perakaunan Sejarah JUMLAH BESAR 5440.00 960.00 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Matematik Sains Pendidikan Islam Bahasa Cina Perdagangan Prinsip Akaun Ekonimi Asas Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi Teknologi Maklumat Tassawur Islam ERT Pendidikan Seni Visual 2880.00

9. PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang ini dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Diharapkan juga hasilnya akan diterjemahkan dengan pencapaian yang cemerlang dalam akademik dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM tahun 2012. Oleh itu kerjasama yang padu daripada semua pihak amat dialu alukan. Semoga dengan usaha murni dan kerjasama yang erat ini akan mendapat keberkatan dari ALLAH s.wt.

Disediakan oleh:

------------------------------------------(NOORLEHA MOHD YUSOFF) Setiausaha Program Kecemerlangan Akademik 2012 SMK Pandan Mewah

Disemak oleh :

--------------------------------------(HALINA KHAMSAN) Penolong Kanan Akademik SMK Pandan Mewah

Disahkan oleh :

-----------------------------------(INSON BT DERANI) Pengetua SMK Pandan Mewah

Anda mungkin juga menyukai