Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA

MAJLIS PERSARAAN PUAN

ZAKIAH WAHAB GPK Kokurikulum Terima kasih Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha Puan Hajjah Zakiah Idris, Guru Besar SK Beranang Yang Dihormati _______________________________Yang Dipertua PIBG Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Roslina Janor, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Roslina Anuar, Yang diraikan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Zakiah binti Wahab ,guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha BerkuasaAllah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amatmenyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akanmenjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Beranang ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Puan Zakiah Sepanjang tempoh perkhidmatan Puan Zakiah Wahab, beliau telah banyakmenyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar diSekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya. Hadirin dan Hadirat sekalian,Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid murid SekolahKebangsaan Beranang merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zakiah Wahab yang tidak pernah

mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Zakiah serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badandan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.