Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Subjek Tahun Bil.

Murid Tajuk Tarikh Masa Tema : : : : : : : Bahasa Melayu 3 Arif 25 orang Buah-buahan 26 Jun 2012 60 minit Buah-Buahan tempatan

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek Fokus sampingan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila Aras 1 Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat : i. ii. membaca ayat dalam teks tentang buah kegemaranku yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek. memberikan jawapan yang sesuai mengenai buah kegemaranku dengan soalan yang dikemukakan.

Kemahiran Berbahasa Sistem Bahasa Ilmu

: : :

Lisan, bacaan dan tulisan Kata nama, kata adjektif Bahasa Melayu

Nilai

Bekerjasama, hormat-menghormati, berusaha, tolong-menolong dan fokus

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir Kemahiran konstruktivisme : Mengkonsepsikan idea : Murid membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. : Murid menceritakan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan sehariannya dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. : Kad bergambar, lembaran kerja, kertas sebak, dan petikan teks : ISI PELAJARAN Soalan : Apakah yang kamu dapat lihat dalam gambar ini? Apakah nama bagi buah-buahan ini? Bagaimanakah rasanya buah ini? Adakah kamu pernah makan buah ini? AKTIVITI 1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada murid. 2. Guru memberi soalan kepada murid berdasarkan gambar yang ditunjuk. 3. Murid memberikan jawapan. 4. Guru bersoal jawab dengan murid. 5. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran. CATATAN BBM : Kad bergambar Teknik : Bersoal jawab Pendekatan : Induktif KBT : Kemahiran konstruktivisme Nilai : Hormatmenghormati Fokus Bekerjasama BBM : Petikan teks Teknik : Perbincangan Pendekatan : Berpusatkan murid KBT :

Pengetahuan Sedia Ada

BBM

Aktiviti MASA Set Induksi ( 5 minit )

Langkah 1 ( 15 minit )

Petikan : Rujuk lampiran 1 Soalan : 1) Buah apakah yang dijual di gerai berdekatan? 2) Bagaimanakah rasa buah betik? 3) Buah apakah

1. Guru mengedarkan kertas kepada murid yang mengandungi satu petikan. 2. Murid diminta secara bersama-sama membaca petikan tersebut. 3. Setelah selesai membaca, guru meminta murid untuk membuat kumpulan.

yang mempunyai kulit yang keras? 4) Apakah yang terdapat antara isi-isi tembikai? 5) Apakah buah yang paling digemari penulis? Langkah 2 ( 20 Minit ) Soalan : Berdasarkan gambar buah yang yang diberi, sila nyatakan ciri buahbuahan itu? Sila buat satu ayat berdasarkan sifat yang ada pada buah-buahan yang diberi.

4. Guru memberi soalan kepada murid berdasarkan petikan tersebut. 5. Murid dikehendaki membincangkan jawapan secara bersama-sama 6. Murid dikehendaki membaca jawapan diberi di hadapan kelas 1. Guru membentuk beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan satu keping kad manila yang tertulis nama-nama buah. 3. Murid-murid dikehendaki mengambil buah yang tepat di hadapan berdasarkan nama buah yang telah diberi oleh guru. 4. Selepas melukis, guru memberi soalan kepada murid. 5. Guru bersoal jawab dengan murid.

Kemahiran berfikir Konstruktivisme Nilai : Berusaha Fokus Hormatmenghormati BBM : Kad manila, kad bergambar, alatan mewarna. Teknik : Perbincangan Soal jawab Pendekatan : Berpusatkan murid KBT : Kemahiran berfikir Konstruktivisme Nilai : Berusaha Fokus Hormatmenghormati BBM : Kertas sebak, Kad bergambar Teknik : Perbincangan Perbincangan Permainan bahasa Pendekatan : Berpusatkan murid Berpusatkan bahan KBT :

Langkah 3 ( 15 minit )

Nama Buah-Buahan: Pisang Durian Manggis Tembikai Betik Teka Silang Kata : Lampiran 2

1. Guru memberi penerangan sebelum aktiviti bermula. 2. Guru mengadakan satu permainan bahasa (teka selang kata). 3. Murid secara individu mengisi kotak kosong yang disediakan dalam permainan teka silang kata. 4. Guru memberi petunjuk untuk membantu murid menjawab soalan. 5. Selepas mengisi jawapan dalam teka silang kata,

murid-muris seterusnya diarahkan untuk meletakkan gambar yang bersesuaian dengan jawapan.

Penutup ( 5 Minit )

Rumusan isi pelajaran Penerapan nilai murni : Kerjasama

1. Guru membuat rumusan pelajaran bersama murid dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari.

Kemahiran berfikir Konstruktivisme Nilai : Berusaha Fokus Hormatmenghormati Teknik : Perbincangan Pendekatan : Berpusatkan murid KBT : Kemahiran berfikir Konstruktivisme Nilai : Berusaha Fokus Kerjasama

Refleksi : ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................

Ulasan Pensyarah : ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................

LAMPIRAN Karangan Pendek : Buah-Buahan Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga pulang ke kampung dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan pulang ke kampung, bapa saya berhenti di salah satu Hentian Rehat Dan Rawat ( RNR) di Perak. Terdapat banyak gerai yang menjual buah-buahan di sana. Bapa saya memperkenalkan saya kepada buah-buahan yang dijual di gerai berdekatan. Antara buah-buahan yang dijual ialah buah durian, tembikai, pisang, manggis dan betik. Melihat kepada buah-buahan itu, perut saya mula berkeroncong. Saya meminta agar bapa membelikan buah-buahan yang terdapat di gerai itu. Antara buah-buahan yang kami beli adalah tembikai, betik dan manggis. Rasa buahbuahan itu sungguh sedap sehingga membuatkan saya ingin membelinya lagi kelak. Buah betik yang saya makan berwarna oren. Rasanya manis dan isinya sangat lembut. Kami menikmati buah itu sehingga habis. Buah manggis pula mempunyai kulit yang agak keras. Kulit buah manggis adalah berwarna ungu kehitaman. Isinya pula adalah berwarna putih. Rasanya sangat sedap iaitu manis kemasaman. Saya amat gemar memakan buah manggis. Manakala buah tembikai yang saya makan pula berwarna merah. Terdapat biji-biji antara isi buah tembikai. Rasanya amat manis sekali. Kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman setelah menikmati kesemua buah-buahan yang dibeli. Saya amat gemar makan buah-buahan terutamanya buah manggis. Soalan : 1) Buah apakah yang dijual di gerai berdekatan? 2) Bagaimanakah rasa buah betik? 3) Buah apakah yang mempunyai kulit yang keras? 4) Apakah yang terdapat antara isi-isi tembikai? 5) Apakah buah yang paling digemari penulis?