Anda di halaman 1dari 2

FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 2

Mata pelajaran dan kelas Tajuk Masa Standard pembelajaran Objektif pembelajaran

: Matematik (Tahun 2) : Tambah dalam lingkungan 1000 : 60 minit : 2.2 (i) : :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid berupaya untuk: (i)Menambah sebarang tiga nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Aras perdana 1.Tunjukkan tiga kumpulan blok asas iaitu ratus, puluh dan sa. 2.Minta murid menyebut nilai bagi setiap kumpulan blok asas. 3.Minta murid menggabungkan ke semua blok asas tersebut dan menyebut nilainya. 4.Minta murid membentuk kumpulan tiga-tiga.Edarkan tiga keping kad nombor bagi setiap kumpulan. 5.Minta murid menambah ketiga-tiga nombor dengan menggunakan perwakilan blok asas. 6.Guru membimbing murid menulis dalam bentuk ayat matematik dan dalam bentuk lazim dengan menambah tiga nombor berlainan. 7. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan tambahan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran : Murid LINUS(Numerasi) 1.Tunjukkan tiga kumpulan blok asas dan membimbing murid menyebut nilai bagi setiap kumpulan blok asas. 2.Minta murid menggabungkan semua blok asas dan membimbing murid menyebut nilainya. 3. Edarkan tiga keping kad nombor dan meminta murid menambah ketiga-tiga nombor dengan menggunakan perwakilan blok asas.

Elemen Merentasi Kurikulum(EMK) 1.Bekerjasama 2.Menghormati keputusan orang lain.

Bahan bantu belajar 1.Blok asas 2.Kad nombor berwarna

Penilaian pengajaran dan pembelajaran. Penilaian melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, perbincangan ,kerja kumpulan dan keupayaan murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan.

Refleksi 3 daripada 15 orang murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.