Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan lim pah kurnia-Nya saya telah

dapat menjalankan kerja kursus Geografi saya ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 8 (1), Puan Hajah Roaini Binti Jaafar kerana telah membenarkan saya menjalankan kerja kursus ini. Saya turut merakamkan berbanyak berterima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Sumirah Binti Haji Ramli yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bi mbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, say a amat berterima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Nordin Bin M amat dan juga Puan Haliza Binti Abdul Aziz kerana telah memberi seman gat kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, kal ungan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang banyak member i kerjasama sehinggalah saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Pendahuluan Saya telah memilih tajuk perniagaan runcit (pasar tani) di Presint 2 Putrajaya kerana kawasan kajian tersebut berhampiran dengan tempat tingg al saya. Malah, kawasan itu juga tidak jauh daripada sekolah saya. In i memudahkan saya untuk berulang-alik untuk mencari maklumat di sana. Selain itu, pasar tani di Presint 2 ini sentiasa menjadi tumpuan pend uduk di sekitar Putrajaya oleh sebab kepelbagaian barangan jualannya. P enduduk dari bandar-bandar yang berdekatan juga turut memeriahkan suasan a pasar tani ini terutamanya pada waktu malam. Memandangkan saya mempu nyai ramai rakan yang tinggal di Presint 8, iaitu kawasan yang berdek atan dengan Presint 2, maka ini memudahkan kerja saya untuk membuat k ajian di kawasan tersebut. Kajian ini telah saya laksanakan kira-kira 6 bulan iaitu dari bulan Februari hingga Julai 2012.

Objektif Kajian Objektif kajian saya di Presint 2 Putrajaya adalah seperti berikut :

Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan runcit Mengenalpasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan runcit (pasar tani) di Presint 2 Putrajaya Menyenarai dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan ru ncit (pasar tani) di Presint 2 Putrajaya Menghuraikan kesan-kesan negatif perniagaan runcit (pasar tani) di Presi nt 2 Putrajaya

Mencadangkan dan menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit (pasar tani) di Presint 2 Putrajaya Menerapkan nilai murni dan meningkatkan semangat patriotisme dalam diri saya, peniaga dan pengunjung pasar tani di Presint 2 Putrajaya Kawasan Kajian Kawasan kajian saya ialah di Presint 2 Putrajaya. Terletak di Wi layah Persekutuan Putrajaya atau lebih dikenali sebagai bandar raya pin tar dalam taman. Bandaraya ini ditadbir di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Dahulunya merupakan kawasan ladang kelapa sawit dan melonja k membangun dengan nama Putrajaya yang bercirikan budaya tempatan. Lua s kawasan kajian saya ini kira-kira 5 meter persegi. Berdasarkan peta 1, kawasan ini berdekatan dengan Presint 8. Mempunyai bentuk muka bum i yang beralun dan tidak rata. Kedudukan kawasan ini kira-kira 25 kil ometer di selatan Kuala Lumpur. Antara bandar-bandar yang berdekatan ia lah Bandar Baru Bangi iaitu lebih kurang 15 kilometer dan Kuala Lumpu r iaitu lebih kurang 45 kilometer. Di Presint 2 ini juga terletaknya tapak pasar tani yang beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10 mala m, setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. Kaedah Kajian Pemerhatian Saya telah memerhati dan mengenalpasti bentuk muka bumi kawasan kajian di Presint 2 dan barangan-barangan yang dijual di pasar tani serta s uasananya yang agak meriah. Kaedah ini telah saya jalankan selama 2 h ari iaitu pada hari Selasa 10 April 2012 dan hari Jumaat 13 April 2 012. Rujukan Saya telah membuat rujukan melalui laman web berikut : http://tulisanmaya.blogspot.com/2010/01/pasar-tani-mega-putrajaya.html http://affendialias.wordpress.com/2009/10/24/pasar-tani-mega-putrajaya/ http://www.ppj.gov.my/portal/page?_pageid=311,1&_dad=portal&_schema=PORTAL#1467 Soal Selidik Saya telah jalankan soal selidik terhadap 20 orang responden yang terd iri daripada pengunjung dan peniaga dengan menggunakan borang soal selid ik (sila rujuk lampiran) P/S : jangan tiru bulat-2, ubah sikit ayat tu. From : Maisyarah.