Anda di halaman 1dari 31

ZULHILMI BIN ZAID B071110196

MOHAMMAD FIRDAUS BIN NORAZMAN B071110213

ZURAIDA AZLINDA BINTI ZULKAPLI B071110132

NAMERAH BINTI IBRAHIM B071110128

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah SAW suri teladan yang baik (uswatun hasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.
Surah Al-Ahzab, ayat 21.

Kepimpinan berasal daripada perkataan pimpin yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai. Dalam Islam, pemimpin dipandang sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menegakkan syariat Allah dimuka bumi ini. Ianya selari dengan tuntutan Al-Quran dalam surah Al-Ahzab : 72 di mana semua makhluk Allah sama ada di langit, bumi dan gunung-ganang enggan menerima amanah yang diberikan oleh Tuhan disebabkan oleh beratnya amanah itu tetapi manusia rela menerimanya. Pemimpin yang ideal menurut Islam adalah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat sepertimana yang ditetapkan oleh Al-Quran, Hadis dan Sunnah. Kemudian diperjelaskan lagi oleh ulamak-ulamak dan pemikir-pemikir Islam yang terkenal dalam kepimpinan Sifat-sifat yang ada pada Rasulullah S.A.W: SIDIQ, AMANAH TABLIGH FATONAH

1.
2. 3. 4.

Seorang ahli falsafah terkenal, Al-Farabi menggariskan sifat-sifat kepimpinan. Mengikut beliau pemimpin perlu ada sifat seperti berikut: 1. Bertanggungjawab dalam menegakkan syariat Allah 2. Kesempurnaan anggota tubuh 3. Pengertian(pemikiran) yang luas 4. Menggambarkan seluruh apa yang dikatakan 5. Kesempurnaan ingatan yang terkandung 6. Kesanggupan untuk menyampaikan kepada orang lain dengan sebenarnya menurut keinginan dengan penuh kecintaan kepada ilmu. 7. Dapat menguasai keinginan yang berlebihan dalam makan. Minum dan perlanggaran hawa nafsu 8. Lapang hati dan cinta keadilan, membenci paksaan dan penyelewengan 9. Kesanggupan untuk memberi keadilan tanpa sesuatu paksaan 10. Tidak mengenal takut dan mengerjakan menurut keyakinan

Pemimpin yang tidak harus dipilih ialah pemimpin yang munafik, menyeleweng dan tidak beriman. Hal ini sesuai dengan Firman Allah dalam ayat al-Maidah:57 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi pemimpin orang-orang yang membuat agamamu menjadi olok-olok dan main-main , iaitu orang yang diberi kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak beriman. Patuhlah kamu kepada Allah, kiranya kamu benar-benar orang yang beriman.

1.MENYEDIAKAN SURAT TEMURAMAH

4.PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG KAJIAN


3.MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

2.MENGADAKAN TEMURAMAH

29 NOVEMBER 2007

Bermulanya penubuhan Pusat Islam,UTeM.

Beroperasi di bawah Pejabat Canselori pada awal penubuhannya.

Tanggal 17 Februari 2010

Diiktiraf sebagai sebuah

Kini, Pusat Islam UTeM bertempat di Masjid Kampus Induk UTeM.

suatu organisasi yang menguruskan masjid UTeM serta majlis sempena Hari Kebesaran Islam. memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada semua warga universiti, terutamanya UTeM.

menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam dan nilai-nilai murni di kalangan warga kampus dan sekitarnya.
mengendali aktiviti rasmi sempena hari kebesaran Islam peringkat universiti.

menganjurkan serta memberi latihan untuk membina sahsiah dan jati diri di kalangan warga universiti.

Unit Masjid dan Terbitan

Unit Dakwah dan Sahsiah

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

Menguruskan kemudahan yang terdapat di Pusat Islam

Menyelaras dan menyediakan hubungan kerjasama antara Pusat Islam dan jabatan lain samada dalam atau luar UTeM

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

Mengurus hal ehwal pejabat, staf dan kewangan Pusat Islam

Menyelaras segala maklumat dan maklumbalas Pusat Islam

Bertanggungjawab terhadap pengurusan kualiti Pusat Islam

Antara soalan yang kami ajukan ialah:

SOALAN: Apakah ciri-ciri sebenar kepimpinan dalam organisasi menurut Islam ?

BERIMAN

BERTANGGUNGJAWAB

BERTAQWA

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

JUJUR DAN AMANAH

BERAMAL SOLEH

SOALAN: Apakah kelebihan Kami: kelebihan sesebuah sesebuah organisasi yang dipimpin organisasi yang dipimpin mengikut perspektif Islam ? mengikut perspektif Islam ?

JAWAPAN: Dapat menjamin kesejahteraan orang yang memimpin dan orang yang dipimpinnya lebih selamat dan kepimpinan itu juga bukan sahaja menjurus kepada dunia malahan juga untuk akhirat

SOALAN: Apakah tanggungjawab sebenar seorang pemimpin mengikut perspektif Islam?

Menjalankan amanah yang telah diberikan . Mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt. Melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt. Menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.

SOALAN: Apakah hukum melantik pemimpin mengikut perspektif Islam?

JAWAPAN: Hukumnya memilih seorang pemimpin adalah wajib menurut Islam..hal ini dibuktikan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua.

KONSEP KEPIMPINAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Berteraskan konsep khalifah Allah S.W.T. setiap manusia (muslim mukmin) adalah Pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarganya serta ahli-ahli di bawah jagaannya. Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang diterasi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan lain-lain. menegakkan amar ma`ruf nahi mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak Iaitu meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar.

Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh terbaik dalam aspek kepimpinan.

Memiliki sikap tanggungjawab yang tinggi terhadap pengikutnya.

Harusmemiliki banyak sifat-sifat mahmudah antaranya berilmu, adil, berani,kesucian moral, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, menepati janji, benar, tegas, bijaksana, cekap berfikir, merendah diri (tawadu), dan sebagainya

Mengubah sesuatu situasi supaya menjadi lebih selesa.

Mengubah cara kepemimpinan pemimpin.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa Islam menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran secara total. Allah s.w.t. telah mengutuskan para Rasul-Nya untuk merealisasikan kepemimpinan sejati serta dibekal-Nya dengan kitab-kitab (suhuf) yang menggaris panduan dalam bentuk suratan. Rasul yang terakhir ialah Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan al-risalahnya yang teragung iaitu al-Quran al-Karim.

SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA PUSAT ISLAM UTeM

SESI SOAL JAWAB.

Anda mungkin juga menyukai