Anda di halaman 1dari 8

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Soalan 5
Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa? Bincangkan ciri-ciri guru yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Kamus Pelajar Edisi Kedua, negara didefinisikan kepada kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik, dan juga jentera pemerintah. Manakala bangsa pula didefinisikan kepada kelompok, kumpulan, ataupun golongan. Sementara dalam Kamus Dewan Edisi Empat, negara bangsa bermaksud negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Namun begitu, dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, negara bangsa sesuai disimpulkan dengan negara berdaulat yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Suatu ketika dahulu, Al-Ghazali, Ibn Khaldun, Socrates, Aristotle, dan beberapa tokoh-tokoh pemikir terkemuka sejarah pearadaban manusia sudahpun membahaskan perihal pembangunan insan. Mereka menyimpulkan bahawa pembinaan insan adalah aspek terpenting dalam pembangunan manusia dan sesebuah negara. Bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mampu mengharumkan nama negara, pembinaan diri insan yang bersesuaian adalah sangat dititikberatkan. Sudah terang lagi bersuluh, tugas mendidik insan supaya seseorang itu menjadi individu yang berguna adalah tanggungjawab guru.

Guru seharusnya berusaha dengan sehabis baik bagi membentuk individu yang mahu dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara. Bangsa dan negara yang kuat tidak hanya bergantung kepada betapa canggihnya teknologi yang diketahui dan dimiliki, sebaliknya bangsa dan negara yang kuat bergantung kepada kekuatan budaya, akhlak yang baik, kesanggupan berkorban dan nilai-nilai murni yang lain. Seseorang guru perlu sentiasa bersedia menghadapi risiko yang bersesuaian dengan profesion keguruan ini.
1

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007)

Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan negara bangsa? Apabila diteliti dan diperhalusi, tugas arkitek adalah sebagai jurubina, perancang, ataupun pencipta sesuatu. Selain itu, arkitek juga bertanggungjawab membuat pelan bangunan, menyediakan reka bentuk seperti yang dikehendaki oleh pemilik dan mengawasinya. Seorang arkitek yang professional berperanan memelihara struktur bangunan agar bebas daripada sebarang cacat cela serta unsur penganiayaan.

Maka, secara ringkasnya di sini, guru dikatakan sebagai arkitek dalam pembinaan negara bangsa kerana tanggungjawab guru adalah sebagai jurubina manusia seimbang dan berakhlak mulia yang dapat memberi idea dan sumbangan tenaga kepada kesejahteraan serta pembangunan negara dan bangsa. Selain itu, guru juga berperanan melahirkan dan memelihara insan agar bebas daripada sebarang masalah sosial, jenayah dan sebagainya. Apabila sesebuah negara didiami oleh bangsa yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai nilai sanggup berkorban dan bertanggungjawab, pastinya bangsa itu dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara.

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sebelum melahirkan individu yang seimbang, seorang guru perlu terlebih dahulu mempunyai ciri-ciri insan yang seimbang. Satu penyataan penting dalam falsafah pendidikan di Malaysia adalah usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
2

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

untuk melahirkan insane yang harmonis dan seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Keseimbangan ini penting bagi melahirkan individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta mampu memberi sumbangan kepada keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Kesepaduan yang menyeluruh daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani pastinya dapat membawa bangsa dan negara ke arah kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu, ciri-ciri guru seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti berikut: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru ini, maka Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. (Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, 2003, 50)

Antara ciri-ciri guru yang berpekerti mulia adalah sentiasa mematuhi masa, contohnya seperti memasuki kelas tepat pada waktunya. Guru perlu mempunyai rasa sifat ingin tahu yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Guru juga perlu menghormati pelajar dan berlaku adil dengan setiap pelajar tidak kira pangkat dan kedudukan waris pelajar. Selain itu, guru yang berpekerti mulia perlu sentiasa berusaha membentuk masyarakat yang bersatu padu. Guru juga perlu bersedia menjunjung aspirasi negara iaitu dengan memenuhi kehendak dan keperluan negara.

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Ciri kedua yang perlu ada bagi seorang guru seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru adalah berpandangan progresif dan saintifik. Guru yang seimbang perlu sentiasa berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan terkehadapan dalam semua perkara. Selain itu, guru juga perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sebarang masalah murid. Hal ini dapat membantu guru menjadi seorang yang berfikiran cergas dan pantas. Sebarang masalah murid perlu diselesaikan dengan bijaksana dan berdasarkan fakta serta bukti yang kukuh. Dengan fitrah rasa ingin tahu manusia terhadap sesuatu perkara nescaya dapat diaplikasikan dengan baik bagi seorang guru yang berfikiran saintifik.

Ciri ketiga yang harus dimiliki oleh setiap guru adalah bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Seorang guru yang seimbang sepatutnya bersedia memenuhi kehendak dan hasrat negara. Apabila aspirasi negara dihayati dengan baik, sudah tentu guru dapat menyumbangkan idea dan tenaga secara maksimum bagi memenuhi tuntutan aspirasi negara. Selain itu guru yang seimbang pasti tahu menghayati nilai budaya negara kita yang unik. Perkara ini dapat memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita yang berbilang bangsa. Adalah lebih indah sekiranya nilai ini dapat diterapkan kepada murid-murid supaya mereka menghayati dan menghormati keindahan budaya kaum masing-masing. Secara tidak langsung ianya dapat menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

Ciri terakhir yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru adalah menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Ciri keempat ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan individu samada negetif ataupun positif terletak di bahu guru. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah komited dalam menjalankan tugas, ikhlas, dan sanggup berkorban masa dan tenaga
4

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

untuk menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-murid. Guru perlu mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada muridmurid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Mok Soon Sang, di dalam bukunya Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Komponen 3 ada menyebut, dalam zaman moden ini, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami proses perubahan. Pendidikan di sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi. Pada masa kini dan masa depan, sekolah tidak hanya semata-mata memberikan pendidikan dalam aspek mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan tetapi juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima pembaharuan. Oleh itu, guru memainkan peranan sebagai agen penggerak masyarakat supaya bersatu padu mengharungi pembaharuan dan perubahan.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, demokratik adalah menjunjung atau menyokong demokrasi atau menyokong kepentingan rakyat biasa. Seorang ahli pemikir dunia, Albert membuat kesimpulan bahawa guru sepatutnya bersifat demokrasi dan bukan autokrasi. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid sering diberi pilihan atas kesan kesalahan yang mereka lakukan. Murid akan terasa lebih berupaya mengikuti pilihan yang mereka pilih sendiri. Dengan ini murid mampu membuat keputusan dan ianya tidak akan menyumbang masalah di dalam bilik darjah. Bagi menjayakan Falsafah pendidikan Guru ini, guru perlu menjadi model ataupun tokoh ikutan terbaik kepada masyarakat. Hal ini kerana peranan guru dengan masyarakat sekeliling sangat besar dan guru juga dekat dengan masyarakat. Guru dikatakan sebagai ejen perubahan. Maka, adalah tanggungjawab guru mempromosikan rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang harmoni. Apa yang lebih penting adalah guru perlu mempunyai nilai disiplin yang tinggi supaya anak didiknya sudah terbiasa dengan suasana disiplin walau dimana mereka berada. Guru yang berkualiti
5

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

dan baik pastinya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita.

Dunia pendidikan di negara kita sekarang ini sedang melalui era perubahan yang sangat besar gelombangnya. Perkara ini berlaku bila mana ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka tidak kira sama ada di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah menengah, dan juga institusi pengajian tinggi. Jelas di sini, setiap individu lebih banyak memperuntukkan masa bersama dengan guru berbanding yang lain. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa yang cemerlang.

Mok Soon Sang, memetik penulisan daripada M. Wasiullah Khan, Canselor EastWest Universiti, USA, dalam Education and Society in the Muslim World (1981), menulis: Sejarah telah membuktikan kebangunan dan keruntuhan sesebuah Negara tamadun adalah berkait rapat dengan perolehan, perkembangan dan menggunakan ilmu secara penuhnya untuk kemajuan rakyat dan negara. Yang mengungguli ilmunya memegang pucuk pimpinan bangsa dan negaranya. Negara-negara yang disanjung tinggi adalah dihuni oleh bangsa yang mempunyai semangat untuk memperoleh, memperkembang dan menggunakan ilmu untuk membawa diri dan negara ke arah kejayaan yang cemerlang. Kesimpulannya, guru hendaklah meneliti dan memahami kehendak-kehendak dan matlamat pendidikan negara demi memainkan peranan sebagai pembina negara bangsa yang berkesan. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Bapa borek, anak rintik, inilah perumpamaan pepatah Melayu yang bersesuaian dengan guru dan murid. Sekiranya seorang anak meniru tingkah laku ayahnya di rumah, murid pula meniru tingkah laku gurunya di sekolah. Selepas diteliti dan diperhalusi, peranan dan tanggungjawab guru adalah sangat berat namun di sudut lain ianya satu profesion yang sangat mulia.
6

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Bibliografi :

Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Tesis. UM : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penyuburan Diri Insan Guru (PDIG)-Modul 1/3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3 : Profesionalisme Keguruan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. (2007). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. prpm.dbp.gov.my

Anda mungkin juga menyukai