Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA BAKTI

BIL. 1. BUTIRAN PENYAMPAIAN KETIBAAN TETAMU KHAS Mengumumkan ketibaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti, Yang Berusaha En. Gardif Singh a/l Balawan Singh, Penolong Kanan Akademik Pn. Dinis Juin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Sawijah Kartomarmo, Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. David Tan. NYANYIAN LAGU RASMI Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah dan Lagu Sekolah akan dinyanyikan. Hadirin diminta berdiri. UCAPAN ALU-ALUAN Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti. Tema Hari Guru kita pada tahun ini adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Assalamualikum wbt, dan salam sejahtera. Yang Berusaha En. Gardif Singh a/l Balawan Singh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti, Yang Berusaha Pn. Dinis Juin Penolong Kanan Akademik Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti TINDAKAN

2.

3.

Yang Berusaha Pn. Sawijah Kartomarmo Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti Yang Berusaha En. David Tan Penolong Kanan Ko-kurikulum Yang dihormati guru-guru, yang disayangi murid-murid sekalian. BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput _________________________________ bagi memanjatkan doa ke hadrat Illahi. Amin, amin, yaraballamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________________________________ di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. LAPORAN GURU BERTUGAS Bagi mengimbau kembali peristiwa minggu lepas, dipersilakan _________________________ untuk menyampaikan laporan. Majlis mengucapkan terima kasih. BACAAN PERUTUSAN Bagi meneruskan Majlis Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti dipersilakan _____________________________ bagi membaca perutusan Hari Guru daripada ______________________________. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian perutusan sebentar tadi. UCAPAN PERASMIAN Tidak bergerak perahu jika tiada pendayungnya. Tidak lengkap keris jika tiada sarungnya. Tidak sempurna majlis jika tiada yang berbicara. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En. Gardif Singh a/l Balawan Singh seterusnya merasmikan Majlis

4.

5.

6.

7.

Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Ribuan terima kasih diucapakn kepada En. Gardif Singh di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Diharapkan segala amanat dan nasihat dari beliau dapat dijadikan amalan. NYANYIAN GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Itulah rangkap bagi lagu Guru Malaysia. Bagi menunjukkan semangat juang profesion keguruan dipersilakan semua guru untuk berada di pentas bagi menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti di atas nyanyian yang begitu bersemangat. Begitulah semangat juang guru yang waja dimanifestasikan melalui nyanyian sebentar tadi. PERSEMBAHAN Bagi menceriakan dan memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti dipersilakan ___________________________________ bagi menyampaikan ___________________________________. Berikutnya, dipersilakan _______________________________ bagi menyampaikan ___________________________________. Seterusnya dipersilakan ____________________________ bagi menyampaikan ______________________________. PENUTUP Maka dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah kebangsaan Jaya Bakti. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa bali Jari disusun maaf dipinta
3

8.

9.

10.

Panjang usia bersua kembali. Assalamualikum wbt. PENGUMUMAN

11.

Anda mungkin juga menyukai