Anda di halaman 1dari 2

CATATAN 15 April 2002 9.00 pagi Aku tiba di perhentian bas Sabak Bernam.

Ketika itu, aku lihat orang ramai berpusu-pusu di kaunter jualan tiket. Aku segera berbaris kerana bimbang tiket bas kehabisan. Setelah lama menunggu, akhirnya tiket bas berjaya kubeli. Aku lihat budak lelaki yang beratur di belakangku merungut-rungut apabila diberitahu bahawa tiket bas ke Kuala Lumpur sudah habis. Aku menarik nafas lega. 12.45 tengah hari Bas ekspres yang kunaiki mula bertolak ke destinasi. Di dalam bas, aku duduk di sebelah lelaki berbangsa India. Kami bertegur sapa tetapi tidak banyak berbual. Aku cuba melelapkan mata tetapi tidak berjaya. Keadaan jalan yang agak buruk menyebabkan bas sering bergegar dan para penumpang terlambung-lambung. Kulihat di kiri kanan jalan, kerja-kerja pembinaan dan pembesaran jalan sedang giat dijalankan. 3.15 petang Bas yang kunaiki tiba di Perhentian Bas Klang, Kuala Lumpur. Ketika turun dari bas, mataku melilau mencari seseorang. Abdullah, sepupuku telah berjanji untuk menungguku di perhentian tersebut. Aku berasa risau apabila kelibat Abdullah langsung tidak kelihatan. Aku tidak tahu ke mana hendak dituju kerana inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. 3.20 petang Sedang aku duduk seorang diri, tiba-tiba bahuku ditepuk orang. Lega sungguh hatiku apabila melihat Abdullah berada di depan mata. Tanpa banyak bertanya aku segera mengikut Abdullah ke keretanya. 3.30 petang Abdullah membawa keretanya menyusuri pusat bandar raya. Seperti rusa masuk kampung, aku berasa terpegun dengan kepesatan pembangunan di kota metropolitan ini. Keunikan bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas amat menarik perhatianku. Kesibukan kota yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan ragam manusia amat berbeza dengan apa yang pernah kualami. Pengalaman ini amat bermakna dan pastinya akan kuceritakan pada teman-teman di kampung. 7.00 pagi 1

Aku bersama dengan Rozita tiba di perhentian teksi bandar Kuantan. Kami terus mendapatkan sebuah teksi. Teksi terpaksa menunggu dua orang penumpang lagi. Aku mengajak Rozita ke gerai yang berhampiran untuk membeli senaskah akhbar dan sebuah majalah hiburan. Lima belas minit kemudian, barulah teksi itu bergerak meninggalkan bandar Kuantan. 11.00 pagi Teksi yang kami naiki sampai di perhentian teksi Kuala Terengganu tepat pada masanya kerana tiada masalah air yang melimpah lagi. Aku meninjauninjau akan orang yang sepatutnya menunggu kami berdua. Tiba-tiba, bahu Rozita ditepuk dari belakang. Aku agak kebingungan. Rupa-rupanya, itulah Romi adik Rozita. Lega rasa hatiku kerana sudah lama menunggu untuk dijemput. 11.15 pagi Kami menaiki bot penambang untuk ke Duyung. Keadaan sekeliling sungguh tenang. Udaranya segar. Kocakan air menghiburkan. Air laut kelihatan kebirubiruan. Aku kagum dengan ciptaan Tuhan. 11.30 pagi Setibanya aku di rumah Rozita, seisi rumah menyambut ketibaan kami. Aku diperkenalkan dengan semua keluarga Rozita. Tidak lama kemudian, ibu Rozita menghidangkan makanan kesukaanku iaitu keropok lekor dan air kopi panas. Aku dan Rozita menghabiskan kesemua makanan itu kerana sangat lapar. Sekali lagi aku dilayan oleh keluarga Rozita seperti anak raja, aku diberikan bilik untuk berehat. 3.30 petang Rozita mengajak aku bersiar-siar. Aku berasa seronok sekali kerana tidak pernah diberi kesempatan untuk mengunjungi kampung yang begitu memikat hatiku. Di sepanjang jalan, aku melihat banyak pokok kelapa yang melambailambai ditiup angin. Musim cuti sekolah memang betah buatku untuk tinggal di sini

Anda mungkin juga menyukai