Anda di halaman 1dari 3

Budaya kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup keseronokan atau kesenangan Drs Sudarsono dalam bukunya

Etika Islam Tentang terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah atau nikmat.[9] Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalahmerupakan tujuan akhir hidup.Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid Socrates. merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusiaAristipus kemudiannya mengatakan yang terbaik untuk manusia hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri dari ketidaksenangan.[11] BUDAYA hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat , generasi muda telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar , gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau keseronokan atau kesenagan hidup. Dengan erti lain mereka mengamalkannya beranggapan bahawa kesengan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup,

Akibat daripada ideologi ini , Mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak , seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Impak daripada pengembangan budaya hedoinisme ialah permasalahan sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Mari kita selidik dengan lebih mendalam , apakah tren-tren yang muncul disebalik wajah muda-mudi kita hari ini yang telah terpengaruh dengan budaya kuning Barat SKIN HEAD (S - soldier K - kingdom I - individual N - nationalisme H - hate E - ego A - and D - drugs) -Slogan yang dibangga-banggakan oleh golongan yang bergelar sedemikian. - Skin Head sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta tuli. Skin Head adalah suatu subbudaya yang lahir di London,England pada akhir tahun 60-an. Pada masa kini , Skin head sudah tersebar ke seluruh dunia. Nama Skin Head merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan modul pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya golongan muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di negara kita. Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap acuh tak acuh, malahan terjangkit dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak media. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini, dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Budi bahasa budaya kita. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi Bahasa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KEKKWA) ini sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita boleh melihat album-album lagu Barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan gaya pemakaian golongan penyanyi ini. Dengarkanlah jenis bahasa yang digunakan. Adakah budaya ini sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur? Bukankah budaya sebegini akan meracuni pemikiran anak muda yang belum lagi berfikiran matang? Minda para pemuda, sekiranya dibiarkan untuk diracuni bisa budaya Barat, nescaya akan mengubah adat hidup dan budi bicara mereka kelak. Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita masih lagi terkial-kial di belakang. Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan kemerdekaan akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara Malaysia, sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke cengkaman kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain? Sewajarnya, golongan pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah sedar daripada dibuai mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka dengan berusaha ke arah yang lebih baik. Namun demikian, harapan ini tampaknya susah untuk direalisasikan memandangkan budaya hedonisme telah menerbitkan satu lagi budaya dalam kalangan remaja, iaitu budaya malas. Budaya hedonisme telah melekakan pemikiran remaja, justeru mereka tidak lagi suka berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Mereka hanyalah bersikap sambil lewa untuk memperoleh sesuatu, biarpun mereka betul-betul berkeinginan untuk mendapatkannya. Siapakah yang tidak menginginkan kejayaan? Malangnya, para remaja telah biasa mendapat apa-apa sahaja yang mereka hendak, termasuklah keseronokan melalui budaya suka bermain-main. Mereka percaya bahawa usaha yang dilakukan untuk

memperoleh kejayaan hanya sia-sia semata-mata. Antara sedar atau tidak, mereka mula menyemaikan budaya tak apa dalam pemikiran mereka. Oleh yang demikian, mereka mulalah bersikap bagai melepaskan batuk di tangga apabila bekerja. Bukan itu sahaja, gejala sosial turut dilahirkan melalui budaya hedonisme ini. Hal ini dapat dilihat apabila para remaja berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di pub, kelab malam dan sebagainya untuk bersuka ria. Di sinilah pelbagai penyakit sosial tersebar, misalnya minum arak, menarinari dan sebagainya. Kita boleh lihat banyak anak muda yang datang ke tempat-tempat sebegini terkinja-kinja di bawah pengaruh dadah sambil bergelak tawa dengan kuatnya, biar perempuan sekalipun. Mereka mendengar lagu-lagu rancak sambil menggoyang-goyangkan kepala mereka tanpa mengendahkan masyarakat yang memandang. Ke manakah hilangnya adab bersopan-santun ini? Bahkan, tabiat bergelumang dengan alkohol lambat-laun akan menarik golongan remaja untuk berkecimpung dalam dunia dadah pula. Maka, lahirlah makin banyak sampah masyarakat yang menggugat keamanan negara. Selain itu, budaya hedonisme juga menggalakkan para remaja untuk mengagung-agungkan penyanyi barat. Amalan ini bukan sahaja mambazirkan wang ringgit, malahan juga masa yang tidak ternilai. Akibat amalan ini, para remaja mula mengidolakan penyanyi yang membawa imej budaya kuning ini. Mereka mulalah terikut-ikut dengan pengaruh yang dibawa oleh penyanyi Barat. Masa yang ada dihabiskan begitu sahaja dengan mendengar lagu-lagu yang tidak memanfaatkan ini. Wang yang diperoleh pula digunakan untuk membeli album yang tidak berfaedah. Wang ringgit dan masa ini, sewajar-wajarnya digunakan untuk menimba ilmu pengetahuan untuk dijadikan jaminan masa depan, bukannya untuk memenuhi kehendak nafsu. Kita hendaklah berpandangan jauh dan mestilah merancang untuk masa akan datang. Apalah maknanya kehidupan tanpa hala tuju yang jelas? Apakah gunanya kita bersenang-senang sekarang, tetapi susah di kemudian hari? Budaya hedonisme merupakan gaya hidup yang bercanggah dengan norma hidup masyarakat yang menghendakkan kejayaan. Jadikanlah diri cemerlang, gemilang dan terbilang dengan mengetepikan budaya hidup yang memakan minda, diri, masyarakat dan negara ini. Jadikanlah diri seorang yang berguna untuk keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebagai generasi muda, kita haruslah mempersiapkan diri untuk memajukan negara. Malaysia Boleh! -Meskipun Skin Head banyak dikaitkan dengan kelompok orang-orang rasis dan Neo-Nazi , namun Skin Head yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi,kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja(terutamanya buruh pelabuhan) di London,England.

-Skin Head juga merujuk kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat muzik jalanan dan juga muzik punk. Amalan budaya negatif ini telah mula mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata 'Skin Head' ini langsung tidak membawa manfaat kepada pengamalnya. Tetapi disebabkan orang Barat mempraktikkannya , maka ia dianggap sebagai suatu yang glamour apabila melakukannya.