Anda di halaman 1dari 2

5 cara untuk meningkatkan kesihatan otak

BY JOEGRIMJOW, ON OC TOBER 10TH, 2011

Otak adalah komponen yang sangat kompleks. Mengawal setiap pergerakan kita, mempunyai kesihatan otak yang cergas akan membuatkan kita lebih positif sehari ke sehari. Disini akan disenaraikan 5 cara untuk kita meningkatkan kesihatan otak kita.

Buat sesuatu baru untuk menajamkan fikiran Melakukan sesuatu perkara baru yang berkaitan dengan fikiran mampu mebuatkan otak kita lebih sihat. Walaupun sudah berusia sekarang, ia masih belum terlewat! Antara perkara baru yang boleh dilakukan adalah cuba menghafal quote yang best, ingat note muzik, belajar main piano ataupun belajar bahasa baru

Hidu bauan semulajadi Kajian telah dibuat dan terbukti yang menghidu bauan semulajadi akan membuatkan pengaliran oksigen menjadi lancar ke otak dan seterusnya akan membuatkan otak lebih sihat. Tidur yang mencukupi Tidur adalah sangat baik untuk boost memori kita. Orang dewasa dicadangkan untuk tidur 8 jam sehari. Elakkan melakukan exercise pada waktu malam sebelum tidur kerana ia akan membuatkan kita cergas pada waktu malam Bergaul dengan masyarakat Apabila bergaul dengan orang baru, kita dipaksa untuk mengingat nama mereka. Secara tidak langsung, otak kita akan sentiasa aktif. Melakukan aktiviti luaran bersama juga akan menghilangkan stress seterusnya menjadikan otak kita sentiasa sihat Makanan untuk otak Terdapat banyak makanan kesihatan ataupun suplemen yang dicipta khas untuk otak. Ambil kesempatan teknologi ini dengan membeli produk yang menawarkan kesihatan kepada otak kita. Cari sesuatu yang tinggi nilai DHA dan EPA nya. Walaubagaimanapun, jangan terlalu bergantung dengan makanan ini, gunakan cara neutral dan itu adalah lagi baik.

Anda mungkin juga menyukai