Anda di halaman 1dari 2

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH SURAH AL-FATIHAH: dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana kedudukannya sebagai pembuka bagi surah al-Quran.

Surah ini mengandungi 7 ayat dan diturunkan di Mekah. Selain itu surah ini juga mempunyai banyak nama di antara yang paling terkenal ialah ialah Umm al-Kitab, Umm al-Quran, alShafi dan sebagainya. Surah ini mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam al-Quran, ia menjadi rukun bacaan di dalam solat berdasarkan sabda nabi yang bermaksud: Tidak sah solat orang yang tidak membaca (mengucapkan) surah al-Fatiaah ( riwayat al-Bukhari & Muslim). Surah ini & ayat akhir surah al-Baqarah juga diiktiraf sebagai dua cahaya yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana nabi sebelum nabi Muammad SAW. Ia juga diiktiraf sebagai surah yang paling agung di dalam al-Quran (riwayat Muslim). AYAT ISU INFO TAMBAHAN 1 Lafaz Basmalah Para ulama bersepakat menyatakan bahawa surah al-Fatihah () mengandungi 7 ayat. Hujah ini berdasarkan surah al-Hijr[15:87]): Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. Para ulama sepakat mengatakan bahawa 7 ayat yang diulang-ulang ini bermaksud surah al-Fatihah. Namun begitu lafaz Basmalah masih diperselisihkan oleh para ulama sama ada ia merupakan satu ayat daripada al-Fatihah atau tidak. Menurut pendapat Imam Shafie, Hanbali & Hanafi, Basmalah adalah satu ayat daripada al-Fatihah, manakala Imam Maliki berpendapat sebaliknya. Oleh itu, para ulama yang menolak pengiraan Basmalah sebagai satu ayat akan memotong dan meletakkan nombor ayat (6) pada ayat ( .) Menurut sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Abi Hurayrah: Setiap percakapan atau urusan yang tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah akan terputus (daripada rahmat),(Musnad Amad). Di dalam banyak hadith, baginda selalu memulakan urusannya dengan lafaz Basmalah seperti ketika memeterai perjanjian dengan pihak kafir quraisy di Hudaybiyah (Hadis Muslim), mengubati sebarang penyakit (Hadis Muslim), mengutus pasukan tentera untuk sesuatu urusan jihad (Sunan Abi Dawud), sebelum menyembelih sembelihan (Hadis al-Bukhari) dan sebagainya. Selain itu, beberapa nabi sebelum nabi Muammad juga pernah menggunakan lafaz ini iaitu; nabi AS ketika memulakan pelayaran bahteranya (Hud[11:41]) dan nabi Sulayman AS ketika menghantar surat seruan Islam kepada ratu Saba (al-Naml[27:30]). Ayat ini mengajar kita tentang cara terbaik untuk memuji Allah iaitu dengan menggunakan lafaz ( .)Selain itu, lafaz ini juga adalah ucapan para malaikat di Arasy (al-Zumar[39:75]) & ucapan ahli syurga (Yunus[10:10]). Perkataan ( )mengandungi maksud yang amat umum iaitu sifat Allah yang Pemurah kepada semua makhluk tanpa mengira jenis, agama dan sebagainya. Manakala perkataan ( )mempunyai maksud yang lebih khusus iaitu sifat Allah yang Maha Mengasihani hambanya yang mumin. Kasih sayang ini dibuktikan di akhirat kelak dengan menempatkan mereka di dalam syurga. Penggunaan perkataan ( ) membuktikan bahawa di akhirat hanya Allah satu-satunya raja yang berkuasa mutlak untuk memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka.

Segala pujian kepada Allah tuhan pencipta alam 2 sifat utama Allah yang

Kekuasaan mutlak pada hari kiamat hanya milik Allah Ikrar ibadah

dan Di dalam ayat ini lafaz permohonan didatangkan secara jama atau

tempat pergantungan beramai-ramai ( ) bukan secara mufrad atau individu ] hanya kepada Allah () sebagai suatu pengiktirafan terhadap kelemahan makhluk apabila berhadapan dengan Allah yang Maha Agung. Seolah-olah tanpa bantuan saudara Islam yang lain, manusia sama sekali tidak layak (disebabkan oleh dosa, segala kekurangan dan kelemahan mereka) untuk berhadapan atau memohon kepada Allah. Ayat ini juga mengandungi intisari Tawhid yang tertinggi, iaitu hanya Allah satusatunya Zat yang wajib disembah & dijadikan tempat memohon pertolongan. 6 Permohonan hidayah Hidayah terbahagi kepada 2 iaitu hidayah umum (ilham/naluri, perasaan, aqal & petunjuk agama) & hidayah khusus (tawfq atau kekuatan untuk senantiasa mentaati Allah). Hidayah kedua (khusus) hanya dimiliki oleh Allah sahaja (al-Baqarah[2:272], al-Anam[6:90], al-Qalam[28:56]). (Tafsir al-Munir). Di dalam solat, kita disuruh berdoa meminta hidayah Tawfiq (jenis kedua) agar senantiasa berada di atas jalan yang lurus sehingga akhir hayat. 7 Jalan pilihan & yang Allah mengkategorikan kumpulan manusia kepada 3 iaitu; wajib dihindarkan oleh 1) Orang yang dikurniai nimat iman seperti para nabi, siddiqin, umat Islam Shuhada & solihin (ayat ini ditafsirkan dengan surah alNisa*4:69+. 2) Orang yang dimurkai Allah(Yahudi & orang yang masih menentang Allah setelah mengetahui kebenaranNya). 3) Orang yang sesat/terpesong daripada kebenaran ( orang yang terpesong daripada kebenaran atau tidak mengetahui kebenaran dengan cara yang betul) 8 Lafaz amin Lafaz ini merupakan doa yang membawa maksud: Terimalah daripada kami dan perkenankanlah doa kami. Ia berasal daripada hadith nabi: "Apabila imam menyebut amin, maka sebutlah amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan aminnya dengan bacaan amin malaikat, diampunkan dosa terdahulu" (riwayat alBukhari) Beberapa hukum berkaitan dengan al-Fatihah sebagai rukun sembahyang: 1-Mazhab Jumhur (majoriti iaitu Shafie, Hanbali & Maliki) mewajibkan bacaan al-Fatihah bagi setiap rakaat berdasarkan hadith: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca (mengucapkan) alFatihah (riwayat al-Bukhari & Muslim). Menurut mazhab Shafie & Hanbali, al-Fatihah menjadi rukun pada setiap rakaat untuk imam & makmum tanpa mengira solat jahar (bacaan kuat seperti Subuh, Maghrib, Isya) atau solat Sirr (bacaan secara perlahan seperti Zohor & Asar), juga tanpa mengira solat Fardhu atau sunat. Pendapat ini disandarkan kepada hadith di atas. Mazhab Maliki tidak mensyaratkan bacaan al-Fatihah makmum ketika solat Jahar di rakaat pertama & kedua. Pada rakaat yang berikutnya, makmum disunatkan membaca al-Fatihah. Hujah 2 mazhab ini disandarkan kepada ayat: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia(dengan penuh perhatian) serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat (al-Araf[7:204]). Berdasarkan ayat ini, makmum wajib diam & mendengar bacaan surah selepas al-Ftiah yang dibaca oleh imam. Rukun al-Fatihah makmum juga dikira sudah ditanggung oleh bacaan imam. Pendapat ini disandarkan oleh hadith: Sesungguhnya dijadikan imam itu adalah untuk diikuti/dituruti (riwayat al-Bukhari). 2-Mazhab Hanafi berpendapat tidak wajib membaca al-Fatihah, apa yang diwajibkan ialah membaca mana-mana ayat sahaja daripada al-Quran. Hujah mereka ialah firman Allah: oleh itu bacalah manamana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang)(alMuzzammil[73:20])(Rujuk Rawai al-Bayan, Muhammad Ali al-Sobuni).

Anda mungkin juga menyukai