Anda di halaman 1dari 1

Tema: Kekeluargaan Tajuk: Bukan Ahli Keluarga Asas Masa: 9.00 pagi 10.00 pagi Standarad Pelajaran: 1.4.

.2 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1) Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat. 2) Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan bagi bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal . 3) Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan secara bertatasusila. EMK: Nilai Murini kasih sayang, hormat-menghormati Ilmu Kajian Tempatan TMK ICT BBM: slaid gambar ahli keluarga asas dan bukan ahli keluarga asas Aktiviti: 1) Guru berbual dengan murid tentang ahli keluarga asas.( gambar ahli keluarga asas.) 2) Guru menyoal murid tentang kata panggilan bagi seseorang yang bukan ahli keluarga asas. ( memaparkan gambar dan kata panggilan yang sesuai.) 3) Murid diperkenalkan oleh guru tentang kata panggilan yang sesuai berdasarkan gambar yang dipaparkan. 4) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 5) Murid diminta berbincang tentang ahli bukan keluarga asas yang mereka kenali. 6) Murid membentangkan hasil perbincangan secara berkumpulan. 7) Murid menyebut kata panggilan yang telah dibincangkan. Penilaian P&P: Murid menyebut kata panggilan bagi bukan kalangan keluarga asas. Refleksi: 33 orang murid daripada 35 orang murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. 2 orang murid ke kelas pemulihan.