Anda di halaman 1dari 5

MATEMATIK Strategi P&P: Konstruktivisme

Tingkatan: Masa: Bidang: Tajuk: Satu 2 waktu (90 minit) Nombor dan Operasi Jujukan Nombor

Standard Pembelajaran: 4.1.1 Mengenal dan memerihalkan pola pelbagai set nombor dalam kehidupan harian termasuk nombor genap, nombor ganjil, Segitiga Pascal dan Nombor Fibonacci. Seterusnya membuat rumusan tentang maksud pola nombor. Objektif Pembelajaran: Memahami pola nombor melalui pelbagai set nombor. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Buat perbincangan pola nombor dalam kehidupan harian, termasuk pola menaik, menurun, dan turun-naik. 2. Perkenalkan Segitiga Pascal dan buat perbincangan tentangnya. 3. Perkenalkan Nombor Fibonacci dan buat perbincangan tentangnya. 4. Buat latihan meneka senarai nombor berdasarkan ciri-ciri tertentu. 5. Buat refleksi dan rumusan maksud pola nombor. 6. Buat kerja projek folio penggunaan pola nombor dalam kehidupan harian. Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti, TMK Bahan Bantu Belajar: Lembaran Segitiga Pascal. Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran: 1. Aktiviti meneka senarai nombor. 2. Kerja projek folio penggunaan pola nombor dalam kehidupan harian. Refleksi: ................ murid dapat meneka dengan tepat senarai nombor yang diberi dengan memberi justifikasi terhadap tekaan tersebut. ................ murid dapat melihat dan menyenaraikan pola nombor dalam Segitiga Pascal, termasuk Nombor Fibonacci. ................ murid dapat mengenal pasti pola nombor dalam kehidupan harian melalui hasil kerja projek folio.

Fasa Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada

Cadangan aktiviti 1. Murid diberi suatu senarai nombor yang berpola dalam kehidupan harian seperti nombor rumah, tahun, senggatan pada jangka suhu, nombor kad pengenalan, angka giliran dan lain-lain. Contoh soalan: Bagaimana corak untuk susunan barisan nombor rumah di taman perumahan rumah anda? Dalam nombor kad pengenalan anda, adakah terdapat corak tertentu yang berkaitan diri anda? Terangkan. 2. Murid diminta untuk menyambungkan senarai tersebut dan menerangkan bagaimana senarai nombor itu terbentuk. 3. Pelbagai pola set nombor perlu diterokai selain daripada yang dinyatakan di atas, termasuk yang melibatkan pola menaik, menurun, berulang, turun-naik dan lain-lain.

Imaginasi Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Konstruk idea baru

1. Murid diberi sebahagian Segitiga Pascal dan diminta untuk mengkaji serta memerihalkan pola yang terdapat dalam segitiga tersebut. Seterusnya murid melengkapkan ruangan kosong. Contoh soalan: Terangkan bagaimana kamu melengkapkan ruangan kosong pada Segitiga Pascal tersebut?

2. Apabila Segitiga Pascal telah terbentuk, bincangkan pola nombor yang terdapat pada segitiga tersebut seperti di bawah:

Contoh soalan: Adakah kamu dapat kenal pasti pola nombor yang terdapat pada segitiga tersebut? Jelaskan. Adakah kamu dapat kenal pasti nombor segitiga? Pada pendapat kamu, kenapa pola nombor itu dinamakan Nombor Segitiga? Dapatkan jawapan dari internet. Cadangan jawapan: Nombor segitiga boleh dijana seperti berikut:

3. Murid membuat aktiviti seperti dalam lembaran kerja Segitiga Pascal dan seterusnya membuat perbincangan dapatan aktiviti. Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea 1. Perkenalkan senarai nombor Fibonacci dan seterusnya minta murid memerihalkan polanya. 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, ... 2. Gunakan contoh alam semula jadi (mengandungi elemen kreativiti) untuk memperkenalkan nombor Fibonacci.

3. Murid buat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan untuk membuat model berikut untuk membincangkan Nombor Fibonacci:

Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan

1. Guru memberikan senarai nombor kepada seorang murid (di hadapan kelas) dan minta murid tersebut untuk menyatakan ciri-ciri tertentu dalam set nombor tersebut kepada rakan yang lain untuk mereka meneka senarai nombor yang diberi tanpa memberitahu senarai nombor itu. Contoh: 2, 4, 6, 8, 10, ... 1, 2, 1, 2, 1, 2, ... 10000, 1000, 100, 10, 1 11, 111, 1111, ... 1, 5, 10, 10, 5, 1 1, 1, 2, 3, 5, 8, ... 2. Setelah murid melakukan aktiviti tersebut, bimbing murid untuk membuat rumusan tentang maksud pola nombor iaitu memahami bahawa pola nombor adalah keserupaan yang mencirikan suatu set nombor. 3. Murid diberi kerja projek folio dengan mendapatkan bahan melalui internet untuk mengumpul koleksi penggunaan pelbagai pola nombor termasuk nombor genap, nombor ganjil, Segitiga Pascal dan Nombor Fibonacci dalam seluruh aspek kehidupan harian.

Lembaran Kerja.
Gunakan Segitiga Pascal di bawah. Warnakan nombor ganjil dan nombor genap dengan dua warna yang berbeza. Bincangkan dapatan.

(Rujukan: http://www.math.umass.edu/~mconnors/fractal/generate/pascal3.gif)

Anda mungkin juga menyukai