Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : 1MALAYSIA PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim, penjaga masa yang telus dengan masanya, guru-guru besar serta para hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 MALAYSIA. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah 1Malaysia Pemangkin Kemajuan Negara. 1 MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Inilah petikan daripada kata-kata Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hadirin yang dikasihi, Jelas, dalam petikan kata-kata Perdana Menteri kita, 1MALAYSIA boleh didefinisikan bahawa satu gagasan yang bersandarkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini bertepatan dengan kehendak rakyat Malaysia dan sejajar dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pemangkin pula, membawa maksud asas penggerak kepada sesuatu tujuan bagi mencapai objektif atau sasaran. Kemajuan Negara, pula membawa maksud, ketinggian ketamadun negara sama ada dari aspek jasmani, emosi,ekonomi, sosial dan intelek rakyat. Di sini dapat disimpulkan bahawa tajuk pidato saya, 1MALAYSIA Pemangkin Kemajuan Negara membawa maksud Gagasan 1Malaysia merupakan nadi penggerak bagi mencapai ketinggian ketamadun negara kita Malaysia. Hadirin yang dihormati, Kita kembali kepada asas-asas utama 1Malaysia. Pertama, penerapan teras perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di sini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, harus menganggap diri meraka sebagai satu keluarga besar dalam satu Negara Malaysia. Dengan adanya sikap sebegini mampu memupukkan semangat bekerjasama terutama dalam aspek ekonomi yang merupakan tunjang utama bagi menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Kedua, Penerapan nilai-nilai aspirasi yang perlu ada dalam diri masyarakat. Di mana, masyarakat yang progresif dan dinamik akan

memacu Negara untuk menjadi sebuah Negara maju. Nilai-nilai aspirasi Ini akan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Seterusnya ia akan melonjakkan kedudukan ekonomi Negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Anda mungkin juga menyukai