Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu bidang ilmu yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap orang murid. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini, adalah diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, YB Puan Komala Devi semasa menjawab soalan YB Chong Eng, Bukit Mertajam semasa persidangan Dewan Rakyat Kesebelas, pada 12 April 2005, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan belajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah untuk pembentukkan akhlak, kerana Kementerian Pelajaran berpendirian bahawa proses pembentukkan akhlak harus dilakukan secara berterusan bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti harian sekolah dan juga kegiatan ko-kurikulum. Sehubungan itu, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu diberi perhatian dan penekanan di semua peringkat. Usaha kementerian pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk mempekenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini amatlah bertepatan masanya, memandangkan berlakunya masalah keruntuhan akhlak dan moral generasi muda masa kini. Kadar jenayah yang sedang melanda generasi muda hari ini amat membimbangkan. Oleh itu segala kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid semasa mempelajari Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dikaji bagi mengenalpasti punca-punca serta mencari alternatif untuk mengatasinya.

Teori Pembelajaran Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Dasar teori ini yang akan di kembangkan pada ilmu pengetahuan agar dapat diciptakan pengetahuan baru yang lebih lengkap dan detail sehingga dapat memperkuat pengetahuan tersebut.Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Sehingga ada ahli yang mengemukakan pendapatnya terhadap keperluan adanya sebuah rumusan teori. Menurut Snelbecker ( www.teknologipembelajaran.com) menjelaskan sejumlah pendapat dijadikan dasar untuk menentukan gejala yang diamati dan atau teori yang dirumuskan. Pendapat-pendapat tersebut boleh di buktikan atau tidak kebenarannya bukan menjadi masalah dalam teori pembelajaran. Perkara penting adalah hasil teori -teori yang di kemukakan ahli dapat memberikan rumusan baru pada pembelajaran. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini dapat diklasifikasikan kepada teori yang utama iaitu iaitu behavioris, kognitif, sosial, humanis, Piaget, Ausubel, konstruktivisme dan Vygotsky.

Teori Vygotsky Vygotsky adalah salah seorang tokoh konstruktivisme. Perkara utama dari teorinya adalah pentingnya interaksi antara aspek internal dan eksternal pembelajaran dengan menekankan aspek persekitaran sosial pembelajaran. Vygotsky yakin bahwa pembelajaran terjadi ketika murid-murid bekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari, namun tugas-tugas itu masih berada dalam jangkauan kemampuannya atau tugas-tugas itu berada dalam zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).
2

Sumbangan teori Vigotsky adalah penekanan pada bakat sosio budaya dalam pembelajaran. Menurutnya, pembelajaran terjadi ketika murid-murid bekerja dalam zon perkembangan proksimal (zone of proximal development). Zon perkembangan proksimal adalah tingkat perkembangan sedikit di atas tingkat perkembangan seseorang pada ketika pembelajaran berlaku. Astuty (2000) secara terperinci, mengemukakan bahwa yang dimaksudkan dengan zon perkembangan proksimal adalah jarak antara tingkat perkembangan sebenar dengan tingkat perkembangan potensial. Tingkat perkembangan sebenar adalah kemampuan pemecahan masalah secara kendiri sedangkan tingkat perkembangan potensial adalah kemampuan penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa melalui kerja sama dengan rakan sebaya yang lebih mampu. Oleh yang demikian, tingkat perkembangan potensial dapat disalurkan melalui pembelajaran koperatif. Ide penting lain juga diturunkan Vygotsky ialah konsep pemenaraan (scaffolding) (Nur 2000), iaitu memberikan sejumlah bantuan kepada siswa pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian menguranginya dan memberi kesempatan kepada murid-murid untuk mengambil alih tanggungjawab sekadar yang mereka mampu. Bantuan tersebut berupa petunjuk, peringatan, dorongan, memberi contoh ataupun hal-hal lain yang memungkinkan murid-murid tumbuh sendiri.

Zon Perkembangan Proksimal

Vygotsky percaya apabila individu berada di bawah Zon Perkembangan Proksimal, individu tersebut boleh belajar sesuatu tanpa bantuan orang lain. Sebaliknya apabila individu tersebut berada di atas Zon Perkembangan Proksimal, individu tersebut tidak boleh belajar apa-apa kemahiran, walaupun dengan bantuan orang lain. Oleh itu, peranan guru dalam menggunakan teori zon ini adalah menentukan tahap yang sesuai untuk pembelajaran, corak pengajaran yang bersesuaian membantu

pelajar melalui zon tersebut.Zon ini juga menunjukkan suatu situasi pembelajaran bersama guru bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Vygotsky percaya apabila individu berada di bawah Zon Perkembangan Proksimal, individu tersebut boleh belajar sesuatu tanpa bantuan orang lain. Sebaliknya apabila individu tersebut berada di atas Zon Perkembangan Proksimal, individu tersebut tidak boleh belajar apa-apa kemahiran, walaupun dengan bantuan orang lain. Oleh itu, peranan guru dalam menggunakan teori zon ini adalah menentukan tahap yang sesuai untuk pembelajaran, corak pengajaran yang bersesuaian membantu pelajar melalui zon tersebut.Zon ini juga menunjukkan suatu situasi pembelajaran bersama guru bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Tiga langkah penting mengaplikasikan Zon Perkembangan Proksimal ini adalah:i) Penilaian Guru harus berupaya memahami sesuatu masalah secara realistik. Proses ini dipanggil penilaian dinamik. Seseorang yang mempunyai minat pada sesuatu akan mempengaruhi zon ini. ii) Penyesuaian Tugasan Sekiranya tugasan terlalu senang maka bantuan tidak diperlukan. Sekiranya tugasan terlalu sukar, pelajar akan keliru dan tertekan. Maka seseorang guru perlu mengenal pasti bagaimana cara menyampaikan sesuatu tugasan kepada pelajar dan mengikut kemampuan pelajar. Matlamat yang ingin dicapai dalam proses ini ialah persefahaman di antara guru dan murid mengenai sesuatu tugasan. iii) Penyediaan sokongan instruksional Langkah ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan konsep scaffolding. Konsep scaffolding bermaksud suatu bantuan kepada pelajar menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa panduan guru. Menurut Vygotsky, guru dapat

merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada pelajar bergerak balas, serta berinteraksi mencakupi kemahiran dan kebolehan yang hendak dicapai

Perkembangan kanak-kanak: Had atas: Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya boleh menbuat angka 1 hingga 1000 sendiri. Had bawah: Peringkat kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1hingga 100.

Scaffolding Scaffolding juga adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky dalam menjelaskan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh individu yang lebih berpengetahuan kepada individu yang kurang berpengetahuan supaya perkembangan kognitif berlaku. Seseorang rakan yang berkolaborasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa yang lebih berkeupayaan, akhirnya akan dapat menyelesaikan masalah yang susah dan kompleks. Ini adalah kerana hasil perbincangan memberinya panduan yang berguna untuk menyelesaikan masalah. Scaffolding boleh diumpamakan seperti tulang kerangka atau struktur yang menyokong reka bentuk sesuatu bangunan. Satu struktur akan saling menyokong struktur yang lain. Apabila struktur yang baru itu telah kuat atau lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan akan dibuang. Konsep scaffolding ini boleh dijayakan mengikut keperluan seperti jadual di bawah :5

Jenis Scaffolding 1. Modelling

Contoh Pengajaran Seorang guru seni lukis mendemostrasikan cara meluki sebelum mengarahkan pelajar melukis secara bersendirian.

2. Memberi penerangan

Seorang guru bahasa menyuarakan pendapatnya semasa berbincang mengenai sesuatu tajuk pelajaran. Selepas modeling dan memberi penerangan seeorang guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.

3. Menanya soalan

4. Adaptasi bahan

Seorang guru Pendidikan Jasmani akan merendahkan tiang bola jaring apabila mengajar murid cara menjaring bola dan menaikkan tiang ke aras lebih tinggi apabila murid bertambah mahir

5. Sedia membantu dan memberi panduan

Seorang guru matematik menunjuk cara penyelesaian masalah matematik melibatkan operasi bercampur.

Guru akan memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan bantuan menyelesaikan sesuatu tugasan. Selain itu, guru akan mendemonstrasi sambil memberikan penerangan semasa mengajar. Guru cuba meringkaskan sesuatu masalah atau membahagikan sesuatu tugasan kepada langkah-langkah yang mudah difahami oleh pelajar. Apabila pelajar menghadapi kesukaran membuat sesuatu tugasan, guru akan menyediakan soalan-solan yang berfokus kepada masalah tersebut. Scaffolding yang berkesan dapat bertindak balas dan memenuhi keperluan pelajar dengan mengubahsuai segala keperluan dan tugasan kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar.Guru harus memberikan bantuan apabila pelajar memerlukan dan berhenti apabila pelajar mula menunjukkan kemampuan menyelesaikan tugasannya. Ini membolehkan murid berkembang dan mencapai kejayaan. Tiga langkah penting mengaplikasikan Zon Perkembangan Proksimal ini adalah:-

i) Penilaian Guru harus berupaya memahami sesuatu masalah secara realistik. Proses ini dipanggil penilaian dinamik. Seseorang yang mempunyai minat pada sesuatu akan mempengaruhi zon ini. ii) Penyesuaian Tugasan Sekiranya tugasan terlalu senang maka bantuan tidak diperlukan. Sekiranya tugasan terlalu sukar, pelajar akan keliru dan tertekan. Maka seseorang guru perlu mengenal pasti bagaimana cara menyampaikan sesuatu tugasan kepada pelajar dan mengikut kemampuan pelajar. Matlamat yang ingin dicapai dalam proses ini ialah persefahaman di antara guru dan murid mengenai sesuatu tugasan. iii) Penyediaan sokongan instruksional Langkah ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan konsep scaffolding. Konsep scaffolding bermaksud suatu bantuan kepada pelajar menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa panduan guru. Menurut Vygotsky, guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada pelajar bergerak balas, serta berinteraksi mencakupi kemahiran dan kebolehan yang hendak dicapai

KAJIAN VYGOTSKY

Perkembangan Kognitif

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu

aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam suasana yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru.Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikantugasan pembelajaran.Lev Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran, sosial dan budaya. Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan,orang dewasa, sekolah dan sebagainya. Mengikut Vygotsky, bayi lahir dengan berharap fungsiasas mental (elementary mental function) iaitu perhatian, sensori, persepsi dan memori.perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu, peringkat sosial dan p e r i n g k a t individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan individu diperoleh

Melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar makluma t dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Sosiobudaya

Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya. Teorinya juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka
8

membina pandangan tentang sekelilingnya. Terdapat tiga cara sosiobudaya disampaikan iaitu: 1. Peniruan 2. Mengingati dan membuat pemahaman sendiri 3. Belajar melalui kolaborasi dalam kumpulan

Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif denganpersekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabilaberinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawainteraksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. Selepas itu,berubah melalui interaksi dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit iaitu fungsimental peringkat tinggi (higher mental function). Sebagai contoh:Strategi mengingat: Orang barat buat nota Orang asli cantas dahan pokok untuk ingat jalanVygotsky setuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dandicirikan dengan gaya fifiran yang berbeza-beza, akan tetapi Vygotsky tidak setuju denganpandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian, kerana menurut Vygotsky sesuatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama iaitu: Intelektual berkembang ketika individu menghadapi idea-idea baru dan sulit mengaitkanidea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui. Interaksi dengan orang lain meningkatkan perkembangan intelektual. Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator pembelajaran murid.

Strategi Belajar Sumbangan psikologi kognitif berpunca dari teori-teori yang menjelaskan bagaimana otak bekerja dan bagaimana individu memperoleh dan memproses informasi. Menurut Vygotsky adalah penting menggunakan strategi belajar kerana pengatahuan awal (prior knowledge) penting dalam proses pembelajaran. Ia akan membantu kanak-kanak memahami pengatahuan dan perbezaan antara berbagai-bagai jenis pengatahuan yang lain. Strategi belajar juga membantu kanak-kanak menjelaskan bagaimana pengatahuan diperolehi oleh manusia dan diproses dalam memori otak. Informasi dan pengalaman yang disimpan di dalam memori jangka panjang adalah sebagai pengatahuan awal. Pengatahuan awal adalah kumpulan dari pengetahuan dan pengalaman individu yang diperoleh sepanjang perjalanan hidupnya dan akan dibawa kepada suatu pengalaman yang baru. Penggunaan pengorganisasian awal (advance organizer) merupakan satu alat pengajaran yang mengaitkan bahan-bahan pembelajaran dengan pengetahuan awal. Pembelajaran melibatkannpemerolehan isyarat melalui pengajaran dan informasi daripada orang lain. Perkembangan termasuklah kanak-kanak dapat berfikir sendiri dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain.

Aplikasi Teori Vygotsky Dalam Pembelajaran PSK Penilaian Perlu Difokuskan Untuk Menentukan Zon Proksimal Setiap Murid

Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.seperti menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, sederhana dan susah untuk melihat keupayaan murid dan seterusnya dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan.

10

Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal Di Dalam Pengajaran

Guru memberikan bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.

Guru mengajarkan murid menulis pantun empat kerat dengaan bimbingan. Kemudian, biarkankanak-kanak tersebut menulis pantun dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang telah diberikan.

Murid akan melengkapkan beberapa pantun dalam lemberan kerja yang di edarkan oleh guru. Contoh-contoh pantun seperti: Buah cepedak di luar pagar, Ambilkan galah tolong jolokan, ., .,

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, .., .,

Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga, .., ,

11

Sementara itu dalam tajuk, Usaha Membawa Kejayaan Tahun 4 guru meminta murid menyenaraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran setelah guru memberi satu contoh. Antara usaha untuk berjaya dalam bidang pelajaran ialah menumpu perhatian semasa pengajaran guru. Guru akan memberi semangat dan galakan supaya murid menyenaraikan tiga lagi usahausaha mereka untuk mencapai kejayaan.

Memberi Galakan

Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran yang koperatif dan kaloboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus dimana murid-murid dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan. Murid-murid boleh mendapatkan bantuan atau sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar.

Guru menbahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan, murid yang mahir akan membantu murid yang kurang mahir di dalam kumpulan masingmasing.

Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya seperti berfikir, berpasangan, berkongsi seperti kekuatan diri (KBSR Tahun 4, permainan, main peranan, projek, peer tutoring jigsaw dan aktiviti pembelajaran siber. Satu contoh pembelajaran koperatif iaitu guru menunjukkan dan menyebut tingkah laku baik dan tingkah laku tidak baik. Murid-murid diletakkan dalam empat kumpulan. Guru mengagihkan kad perkataan tingkah laku baik kepada dua kumpulan dan kad
12

perkataan tingkah laku tidak baik kepada dua kumpulan yang lain. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan dan menyatakan ciri-ciri seseorang yang mempunyai sifat tingkah laku baik dan tingkah laku tidak baik. Contoh orang yang mempunyai tingkah laku yang baik mempunyai ciri-ciri seperti mesra, rajin, kemas dan mudah membantu orang lain. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka sementara murid-murid yang lain diminta untuk meneka sama ada tingkah laku baik atau tingkah laku tidak baik. Kemudian, ahli kumpulan tersebut menunjukkan kad perkataan kepada kelas. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang ciriciri yang telah dibincangkan dalam kumpulan. Pembentangan dan perbincangan diulang dengan kumpulan yang lain.

Galakan Bercakap Sendiri

Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa memyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Contoh aktivitinya ialah: Guru menyuruh murid menulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Seorang Perdana Menteri. Murid akan bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebagai Perdana Menteri bagi menyiapkan karangan tersebut.

Arahan Yang Bermakna.

Guru memberikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya mempunyai kaitan pengajaran dengan kehidupan seharian. Oleh yang demikian murid akan mengurangkan penghafalan. Guru seterusnya akan membimbing kanak-kanak untuk mengaplikasi pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti:

13

Guru menunjukkan cara untuk menguruskan diri seperti menggosok gigi, memakai baju, menyikat rambut dan menunaikan solat dengan cara yang betul kepada muridmurid,mereka pula akan mengaplikasikan cara tersebut ketika dalam kehidupan harian.

Kesimpulan Teori Vygotsky memberi banyak sumbangan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui strategi yang dicadangkan.Strategi ini dapat melicinkan pengajaran dan menjadi asas dan pemangkin kepada pengajaran yang berkesan. Selain itu, strategi tersebut juga mampu membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis melalui aktiviti yang dijalankan. Pembelajaran koperatif misalnya, melatih pelajar supaya lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan pendapat. Selain itu, pembelajaran koperatif juga dapat memberi sumbangan ke arah perpaduan kaum. Ini kerana, semua pelajar dapat bergaul tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep scaffolding juga mampu merapatkan hubungan antara guru dan muridmuridnya. Hal ini menjadikan suasana pembelajaran lebih harmoni dan seimbang di antara guru dengan pelajar. Suasana pembelajaran yang harmoni serta kondusif juga dapat melahirkan pelajar yang sentiasa berdaya saing dan bantu-membantu antara satu sama lain.

14

Rujukan

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Upi Isabella. (2007). Scaffolding pada program pendidikan anak usia dini. (Jurnal Pendidikan Penabur- No. 08/Th.VI/Jun 2007).

Whatta.ipgmksm.edu.my. (2010). Kaedah dan pendekatan pembelajaran. [Online: available at http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71] (2012, Januari 27).

Wahanateoripembelajaran.blogspot.com. (2010). Konsep perancah (scaffolding) lev vygotsky. [Online: available at http://wahanateoripembelajaran.blogspot. com/2010/08/konsep-perancah-scaffolding-lev.html. (2012. Januari 28) Scribd.com. (2010). Teori vygotsky. [Online: available at http://www.scribd.com/doc/ 35776081/teori-vygotsky]. (2012, Januari 28). Dr. Effendi Zakaria. (2010). Teori vygotsky. [Online: available at http://dreffendi.files. wordpress.com/2010/05/vygotsky.pdf. (2012, Januari 28).

15

16