Anda di halaman 1dari 5

Bandingkan perbezaan diantara peringkat awal dan akhir remaja berdasarkan aspek pembangunan fizikal,sosial,kognitif dan emosi .

Compare between the early and late adolescents regarding their physical,social,cognitive and emotional development.

1.0PENGENALAN:
Setiap individu didunia ini akan mengalami satu peringkat usia yang menjadikan mereka seorang yang sudah bersedia menjalani kehidupan yang lebih sempurna.Berdasarkan kepada pandangan beberapa ahli psikologi,seseorang individu boleh dikatakan sebagai remaja apabila berumur 12 tahun dan berakhir pada usia 21 tahun.Misalnya menurut Crain(1996),beliau menyatakan bahawa tempoh remaja melibatkan pelbagai perubahan terutamanya dalam aspek fizikal ,sosial,emosi dan pemikiran.Beliau juga menyatakan bahawa remaja akan turut mengalami kekeliruan dalam dirinya.Oleh hal yg demikian golongan ini akan mengalami masalah apabila berinteraksi dengan kanak-kanak dan dewasa.Seterusnya Shaffer(2001) menyatakan bahawa terdapat dua tahap perkembangan pada peringkat remaja iaitu yang awal dan tahap yang akhir.Berdasarkan penjelasan beliau ,peringkat awal remaja adalah bermula semasa berumur 12 hingga 15 tahun manakala peringkat akhir remaja bermula kira-kira umur 16 hingga 21 tahun.Peringkat usia remaja antara Negara diseluruh dunia adalah berbeza kerana setiap masyarakat mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam member penilaian terhadap makna remaja itu sendiri.

2.0 AWAL DAN PERINGKAT AKHIR REMAJA Peringkat awal remaja berlaku kepada individu apabila seseorang itu mencapai akil baligh atau sampai umur iaitu merupakan peringkat akhir kanak-kanak.Akil baligh menyebabkan berlakunya perubahan fisiologi psikologi.Hal ini memperlihatkan remaja lelaki menunjukkan sifat-sifat kelakian dan remaja perempuan menunjukkan sifat-sifat kewanitaan.Remaja lelaki dan remaja perempuan mempunyai perbezaan tahap umur dalam mencapai akil baligh.Dikatakan bahawa remaja perempuan adalah lebih cepat akil baligh berbanding dengan remaja

lelaki.Walaubagaimanapun ,pada peringkat ini remaja selalu menunujukan tingkah laku yang bersesuaian dengan jantina masing-masing dan keadaan inilah yang menimbulkan pertentangan antara mereka. Peringkat akhir remaja ,memperlihatkan remaja lelaki dan perempuan sudah ada yang hampir menyerupai orang dewasa dan sangat berbeza daripada ciri-ciri kanak-kanak.Peringkat ini merangkumi umur 16 hingga 21 tahun.Pada tahap ini mereka sudah manjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani,jasmani ,intelek dan sosial.Hal ini yang menyebabkan mereka ingin lebih kebebasan dan mula memperlihatkan identity yang sebenarnya.Pada tahap ini juga mereka sentiasa ingintahu dan ingin mencuba sesuatu dan golongan ini hidup dengan penuh kegelisahan dan cabaran.Selain itu remaja pada tahap ini juga mempunyai pelbagai minat,citacita,aktiviti dan pencapaian dan mereka akan menentukan sendiri nasib mereka pada masa hadapan sama ada mahu berjaya atau tidak .

2.1 PERBEZAAN PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL DAN AKHIR REMAJA: Pada peringkat ini ,perubahan fizikal berlaku dengan pantas terutamanya pada peringkat prabaligh(iaitu satu tempoh antara satu dan dua tahun sebelum remaja perempuan didatangi haid).Semasa mencapai baligh ,remaja perempuan akan turut mengalami perubahan pada tubuh badan dan kemunculan bulu di ketiak Perubahan fizikal remaja perempuan agak ketara kerana punggung akan mula melebar dan lemak akan berkumpul pada bahagian dada,punggung,peha dan pinggangHal ini di akibatkan oleh peningkatan hormon yang dikeluarkan oleh system endoktrin.Seterusnya pusingan haid menjadikan system pembiakan mereka lebih stabil. Manakala remaja lelaki akan turut mengalami perubahan pada tubuh badan,tulang tangan dan kaki yang panjang dan bulu tumbuh pada bahagian ketiak.Mereka juga akan mengalami pengeluaran secara spontan pada waktu malam dan pecah suara.Pada akil baligh adalah peringkat tanda permulaan kebolehan pembiakan tetapi kematangan memerlukan masa 1 atau 2 tahun lagi. Bagi lelaki perubahan fizikal berlaku lebih ketara dengan ketinggian dan berat badan akan meningkat secara aktif.Ini bermula dengan pertambahan panjang ruas ruas tangan dan kaki dan diakhiri dengan pembesaran bahagian dada,bahu,dan otot-otot badan.Otot tubuh mereka akan lebih tegang,keras dan pejal serta semakin kuat membuatkan mereka lebih

aktif.Seterusnya,pengeluaran sperma akan menjadikan sisem pembiakan mereka lebih stabil. Tubuh badan remaja lelaki dan perempuan adalh hampir sama dengan saiz dan bentuk orang dewasa. Manakala ,pada peringkat akhir remaja ,mereka telah mencapai tahap maksimum tinggi tubuh badan.Remaja lelaki akan mengalami pertumbuhan yang akan berakhir pada tahap yang sama dengan pertumbuhan remaja perempuan .Mereka akan mula bimbang dengan ketinggian , berat ,bentuk badan apabila pertumbuhan mereka kurang sempurna.Remaja perempuan lebih mementingkan perubahan ini .Remaja lelaki pula lebih utamakan saiz badan yang tegap,kemahiran dan kekuatan.Berlaku perkembangan psikomotor para remaja yang pesat seperti perubahan rangka tulang,struktur saiz tubuh,dinding pembuluh darah dan ketinggian.Tahap kematangan tinggi remaja perempuan adalah 17 tahun manakala lelaki adalah 18 tahun. 2.2 PERBEZAAN DARI ASPEK KOGNITIF Tahap perubahan awal remaja sudah semakin kompleks.Piaget berkata,perkembangan kognitif remaja semakin meningkat dan mereka mula berfikir secara abstraks yg dikenali sebagai pemikiran operasi formal.Berdasarkan pieget juga(1969), remaja berupaya melakukan perkara seperti selesai masalah konkrit dan abstrak,mengkaji peresaan dan pemikiran sendiri ,bentuk hipotesis untuk selesai masalah dan skemata atau struktur mental akan bertambah. Peringkat akhir remaja perkembangan mental terus berlaku. Mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kecermelangan akademik dan berkeinginan mendapat kerja yang baik.Tetapi tidak semua mampu capai bergantung kepada keupayaan mental.Remaja menjadi ego kerana terpaksa berdepan dengann penderian hidup dan persoalan identiti.Mereka beranggapan fikiran mereka btl dan ini membawa konflik dengan orang dewasa.Pada tahap ini ,mereka tidak lagi bersifat autoritarian kerana dapat melihat perkaitan antara masalah yang ada.Oleh itu mereka snggup duduk,dengar dan sedia terima pandangan orang lain. 2.3 PERBEZAAN DARI SEGI EMOSI: Pada peringkat ini emosi remaja sukar diramal.Hal ini demikian kerana mereka mengalami pelbagai konflik dalam diri mereka. Misalnya mereka inginkan kebebasan tapi masih perlu bergantung pada ibu bapa.Masalah ini tmbul adalah kerana tanggapan yang mereka berikan

kepada diri mereka iaitu mereka adalah kanak-kanak atau sudah dewasa.Selain itu mereka akan bersikap angkuh demi untuk menutup kelemahan diri.Selain itu,perasaan marah kerap muncul kerana jiwa tertekan kerana konflik yang dihadapi.Pada peringkat ini remaja mula menilai tingkah laku orang dewasa seperti ibubapa dan guru.Mereka mula memberontak apabila mereka tidak dapat lakukan perkara seperti orang dewasa. Pada peringkat ini mengalami tekanan dan ketegangan dalam dirinya dan keluarga.Mereka inginkan kebebasan tetapi terasa terhutang budi dengan ibu bapa yang menyokong pelbagai aspek.Hal ini mewujudkan jurang antara mereka.Peringkat ini juga ,rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat terhadap sikap ,pakaian dan nilai remaja.Ikutan ini menjadikan mereka berbelah bagi antara nilai yang diterap ibu bapa dan nilai yang dibawa rakan .Keengganan mereka menyebabkan mereka disingkir dan dipulau.Pada tahap ini mereka lebih rapat dengan rakan-rakan berbanding keluarga.Selain itu remaja lelaki pada tahap ini,mereka lebib bertolak ansur ,bersikap terbuka dan mudah berinteraksi manakala remaja perempuan berasa ingin bebas dan membentuk personaliti tersendiri.Mereka tidak mahu dikongkong dan diganggu ahli 2.5 PERBEZAAN DARI SEGI SOSIAL: Pada peringkat ini remaja lebih berminat bergaul dengan kumpulan sama jantina.Remaja lelaki lebihb ramai kawan tetapi tidak rapat manakala remaja perempuan sedikit kawan tetapi rapat.Selain itu remaja lelaki lebih ghairah dengan sukan dan permainan berbeza dengan remaja perempuan yang mengutamakan raut wajah yang cantik dan pakaian.Menjelang masuk 14 tahun remaja lelaki sebahagiannya mula tertarik dengan remaja perempuan.Remaja lelaki yang bersifat ekstrover lebih Berjaya rapat dengan remaja perempuan namun keadaan ini bergantung kepada factor ibu bapa,agama dan tempat tinggal.Seterusnya ,peringkat ini remaja lelaki dan perempuan mula menuntut kebebasan dan mula bersungut apabila diminta menjalankan tugas.Mereka juga mula membina identiti dan personaliti yang bergantung kepada konflik dan kecelaruan yang dialami remaja.Pergaulan mereka dengan rakan sebaya semakin rapat dan rakan sebaya adalah orang yang dipercayai dan menjadi ikutan.Remaja pada peringkat ini juga mula belajar tentang peranan yang perlu dimainkan dan cuba mendapat tempat dalam kalangan kawan yang di pilih mereka.Mereka lebih mengambil berat tentang kawan yang sama jantina dan minat.

Pada peringkat akhir,remaja menunjukkan terdapat pemindahan minat kepada individu yang berlainan jantina.Selain itu,mereka mula belajar tingkah laku yang diharapkan oleh orang dewasa.Oleh itu ,pendapat individu yang sama golongan dengan mereka akan diterima.Mereka juga mula menonjolkan diri dan tidak mahu bergantung kepada penerimaan dan pengenalan dari ahli kumpulan .Oleh hal yang demikian, mereka mula berpakaian yang luar biasa dari segi warna dan fesyennya,bercakap dengan kuat berjenaka,serta mengemukakan buah fikiran yang radikal.Pada tahap ini ,remaja sangat sensitif terhadap pandangan masyarakat ,ingin bersahabat dan pengakuan daripada masyarakat.Di samping itu,pembentukan kendiri remaja sangat bergantung kepada rakan sebaya.Mereka nampak lebih yakin dan dapat membentuk konsep kendiri yang positif jika dapat diterima oleh rakan sebaya.Bentuk hubungan remaja dan ibu bapa bergantung kepada sifat dan pandangan ibu bapa itu sendiri sama ada kaedah autokratik atau demokratik.Selain itu,remaja juga akan jatuh cinta dan mengalami kekecewaan dalam percintaan yang mengajar mereka erti kehidupan sebenar.Pada peringkat ini juga tuntutan kebebasan terus berlaku sehingga ada remaja yang cuba memberontak dan melawan.Hal ini turut memperlihatkan mereka bersikap kasar ,melawan ibu bapa dan pihak kuasa semata-mata kerana kebebasan tersebut.

3.0 KESIMPULAN: Peringkat awal dan akhir remaja memperlihatkan secara jelas tentang perubahan yang telah berlaku kepada seseorang individu yang melibatkan perubahan dari zaman kanak-kanak ke satu zaman yang lebih dewasa dan matang.Hal ini sangat penting untuk difahami oleh setiap individu terutamanya apabila kita berdepan dengan situasi berkenaan sebagai seorang ibu atau bapa ,seorang guru dan juga anggota masyarakat.Hal ini demikian kerana pada kedua-dua peringkat ini remaja sangat memerlukan sokongan dan panduan dalam menghadapi perubahan dalam diri mereka agar perubahan tersebut adalah ke arah yang lebih baik dan sempurna.Panduan serta nasihat yang baik akan melahirkan remaja yang cemerlang dalam kehidupan didunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai