Anda di halaman 1dari 13

Pentaksiran & Tindakan Penambahbaikan

Mohd.Asyraf Nur Yasmin NurSuhailah

Definisi Pentaksiran
Pentaksiran atau penaksiran = perkataan Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.

Salvia danYseldyke (1978), Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Gearheart (1990), Pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

David Lambert dan David Lines, (2000), Pentaksiran adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi;

1. aktiviti menghurai 2. mengumpul 3. merekod 4. memberi skor dan, 5. menginterpretasi(maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu)
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?


i.Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid ii.Memantau kemajuan murid, memberi dan menetapkan penggredan iii.Menentukan keberkesanan pengajaran

iv. Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.

Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran = pengukuran + pengujian


Proses --> pengujian Maklumat --> pengukuran Produk --> keberkesanan/ penghasilan pelajar Penghakiman --> memberikan penilaian terhadap pencapaian.

PELAPORAN
Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid. Laporan dibuat berdasarkan maklumat dan data yang diperoleh daripada perlaksanaan pentaksiran seterusnya analisis pelaporan digunakan untuk membuat penilaian dan tindakan penambahbaikan atau tindakan susulan yang wajar.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut: Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka. Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

Tindakan Susulan
Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran.

Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

Contoh:
Murid mengalami masalah kesukaran dalam menyelesaikan catan dalam kelas seperti yang ditetapkan oleh guru. Guru membuat pentaksiran rekod anekdot dengan mencatat permasalahan yang dialami murid semasa dalam kelas. Guru perlu menganalisis faktor-faktor dan kebarangkalian mengapa pelajar tersebut mengalami kesukaran dalam menyiapkan catan. Guru memikirkan beberapa jalan penyelesaian bagi melaksanakan tindakan susulan yang wajar diambil.

RUJUKAN
http://akucikgubm.blogspot.com/2011/07/peng ujian-pengukuran-penilaian-dan.html http://www.scribd.com/doc/65691755/RekaBentuk-Pentaksiran-Dan-Penilaian http://www.scribd.com/doc/86659104/78/Rumu san-hasil-pentaksiran-pelaporan-dan-tindakansusulan

Anda mungkin juga menyukai