Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS (PADANG) MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2011 TARIKH MASA TEMPAT : : : 7 JULAI 2011 11 PAGI KEM BUKIT RIDAN

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH/TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2011 BIL 1 MASA 10.30 pagi 10.50 pagi 11.00 pagi 1.00 petang Perbarisan peserta kursus. Ketibaan dif-dif jemputan. Ketibaan Tetamu Kehormat. Ketibaan Penolong Pegawai KRS Daerah Rompin Nyanyian Lagu Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet Remaja Sekolah. Menerima Tabik Hormat dan Pelaporan. Pemeriksaan Barisan. Alu-aluan Pengacara Majlis. Bacaan Doa Penyampaian Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan Penyampaian hadiah kadet terbaik setiap ujian Pentauliahan pangkat KRS & TKRS Anugerah Jurulatih Pengiring Terbaik Pentauliahan pangkat sekretariat daerah Rompin Ucapan Perasmian Penutup oleh Pegawai KRS Daerah Rompin Penyampaian Cenderahati. Pelaporan dan Menerima Tabik Hormat Untuk Keluar Baris. Jamuan. Bersurai. PERKARA

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2011
BIL 1 ATURCARA Perbarisan peserta kursus. Ketibaan para jemputan. Ketibaan Tetamu Kehormat. SKRIP PENGACARA Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar. Adalah dimaklumkan Majlis Perasmian Penutup Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Rompin Tahun 2011 akan bermula sebentar saja lagi. CATATAN

Pengacara diminta untuk memaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar untuk bersedia membuat barisan Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan sambutan hormat untuk upacara Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin-hadirat sekalian agar penutupan dan dapat menutup telefon bimbit masing-masing supaya tidak mengganggu menutup telefon bimbit kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih. masing-masing.

Ketibaan pen pegawai Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Azme bin Muhamad, penolong KRS daerah Rompin pegawai KRS daerah Rompin

(Ketua Perbarisan) Baris, baris sedia. Hormat, hormat kehadapan hormat.


3 Nyanyian Lagu Nyanyian lagu Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet Remaja Sekolah. Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet (Ketua Perbarisan) Remaja Sekolah. Negaraku, sedia, mula. Dirgahayu Tuanku, sedia, mula. Kadet Remaja Sekolah, sedia, mula.

BIL 4 5

ATURCARA Menerima Tabik Hormat dan Pelaporan. Pemeriksaan Barisan.

SKRIP PENGACARA

CATATAN Ketua Perbarisan lapor kepada Pegawai KRS Daerah dan mengiringi pemeriksaan barisan. Ketua Perbarisan kembali ke tempat asal dan beri arahan untuk senang diri.

(Ketua Perbarisan) Lapor kekuatan di pentas utama. Pemeriksaan barisan Lapor kebenaran senang diri Baris, senang diri.

Alu-aluan Majlis.

Pengacara Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Yang Dihormati Penolong Pegawai KRS Daerah Rompin Tuan Azme bin Muhamad, Yang Berusaha pengerusi jawatankuasa kursus kenaikan pangkat, kapten KRS Tuan Haji Samsudin bin Salipon. Para Pengetua dan Guru Besar, AJK Pengelola Perkhemahan, Jurulatih KRS Negeri, Jurulatih-jurulatih KRS daerah, jurulatih-jurulatih pengiring, Ahli Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah, seterusnya tuantuan dan puan-puan sekalian. Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Kenaikan Pangkat KRS & TKRS Peringkat Daerah Rompin Tahun 2011.

BIL 7

ATURCARA Bacaan Doa

SKRIP PENGACARA Tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput kadet KRS, Muhd Farhan bin Zamri dari SMK Sungai Puteri untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

CATATAN

(Ketua Perbarisan) Baris, baris sedia. Up. (Bacaan doa) Up. Baris, senang diri.
Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. 8 Penyampaian Hadirin-hadirat yang dikasihi, Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan Majlis seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan. Ketua Perbarisan beri arahan down untuk Untuk itu, majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan arahan supaya semua Tuan Azme bin Muhamad, penolong pegawai KRS daerah, diiringi oleh Kapten kadet duduk serentak. KRS Tuan Haji Samsudin bin Salipon, pengerusi jawatankuasa kursus kenaikan pangkat untuk menyampaikan Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan. Dipersilakan Tuan Dijemput 1. Wakil Zon Chanis 2. Wakil Zon Bandar Tun Razak 3. Wakil Zon Muadzam Shah 4. Wakil Zon Pantai 5. Wakil AJK Kawalan Keselamatan & Lalulintas

(Ketua Perbarisan) Down.

BIL 9

ATURCARA

SKRIP PENGACARA

CATATAN

Penyampaian hadiah Majlis seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada kadet terbaik bagi setiap kadet terbaik setiap ujian ujian yang dijalankan. Diumumkan Peserta kursus terbaik bagi ujian Kawad kaki KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Daya Tahan Asas (UDTA) KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Ikatan dan Simpulan KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Bantu Mula KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Orienteering KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Bertulis KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Pengucapan Awam KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Peserta kursus terbaik bagi ujian Ikhtiar Hidup KRS Putera KRS Puteri TKRS Putera TKRS Puteri : : : :

Begitulah tamatnya Majlis Penyampaian Sijil dan hadiah kemenangan kepada peserta kursus. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohamad bin Hamid, pegawai KRS daerah rompin atas kesudian beliau menyampaikan sijil-sijil dan hadiah itu tadi.

BIL 10

ATURCARA Pentauliahan KRS & TKRS

SKRIP PENGACARA

CATATAN

pangkat Majlis seterusnya adalah pentauliahan pangkat KRS dan TKRS. Diumumkan Peserta TKRS yang berjaya merangkul pangkat Koperal ialah Rujuk Lampiran (32 orang) Seterusnya, peserta KRS yang berjaya merangkul pangkat Sarjan ialah Rujuk Lampiran (16 orang) Seterusnya, peserta KRS yang berjaya merangkul pangkat Staf Sarjan ialah Rujuk Lampiran (4 orang) Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang berjaya merangkul pangkat di dalam kursus ini.

11

Anugerah Jurulatih Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah jurulatih pengiring terbaik. Pengiring Terbaik Diumumkan Jurulatih pengiring terbaik lelaki Tuan Nor Hashim bin Zakaria dari SMK Selendang Jurulatih pengiring terbaik perempuan Puan Norfaezah bt Mohamad @ Aziz dari SMK Perantau Damai Tahniah diucapkan kerana berjaya memberi komitmen yang terbaik sepanjang kursus.

BIL 12

ATURCARA

SKRIP PENGACARA

CATATAN

Pentauliahan pangkat Majlis diteruskan lagi dengan pentauliahan pangkat sekretariat KRS daerah sekretariat KRS daerah rompin. Rompin Dijemput Rujuk Lampiran (15 orang)

13

Ucapan Perasmian Seterusnya majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Penutup oleh Pegawai Penolong Pegawai KRS Daerah Rompin, Tuan Azme bin Muhamad sebagai wakil KRS Daerah Rompin kepada Pegawai KRS daerah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus kenaikan pangkat KRS dan TKRS Peringkat daerah rompin Tahun 2011. Dipersilakan Tuan.

(Ucapan Perasmian Penutup)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penolong Pegawai KRS Daerah Rompin, Tuan Azme bin Muhamad atas ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi kursus kali ini. Dengan itu, sempurnalah Majlis Perasmian Penutup Kursus kenaikan pangkat KRS dan TKRS Peringkat daerah rompin Tahun 2011 pada hari ini. 14 Penyampaian Cenderahati. Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Kapten KRS Tuan Haji Samsudin bin Salipon, pengerusi jawatankuasa kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah rompin Tahun 2011, untuk menyampaikan cenderahati kepada penolong Pegawai KRS Daerah Rompin, Tuan Azme bin muhamad. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kapten KRS Tuan Haji Samsudin bin Salipon dan penolong Pegawai KRS Daerah Rompin, Tuan Azme bin Muhamad.

BIL 15

ATURCARA Pelaporan dan Menerima Tabik Hormat Untuk Keluar Baris.

SKRIP PENGACARA Tuan-tuan, puan-puan dan peserta kursus sekalian, Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis dan Kursus kenaikan pangkat KRS dan TKRS Peringkat daerah rompin Tahun 2011 ini.

CATATAN

(Ketua Perbarisan) Baris, baris sedia. Hormat, hormat kehadapan hormat. Lapor minta kebenaran menjalankan tugas yang lain. Terima kasih Tuan

Pengacara ambil semula selepas ucapan terima kasih daripada Ketua Perbarisan.

16

Jamuan.

Majlis dengan segala takzimnya menjemput Penolong Pegawai KRS Daerah Rompin, Tuan Azme bin Muhamad diiringi oleh pengerusi kursus kenaikan pangkat, kapten KRS tuan Haji Samsudin bin Salipon, pengetua-pengetua dan guru- guru besar, Jurulatih KRS Negeri, jurulatih-jurulatih KRS daerah, jurulatihjurulatih pengiring dan semua peserta kursus untuk menikmati jamuan tengahari. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

17

Bersurai.

Dengan ini, berakhirlah aturcara majlis pada hari ini. Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai