Anda di halaman 1dari 21

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 4

Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

4.0

Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Perkara-perkara tersebut telah menjadi kerangka utama dalam penggubalan kurikulum Pendidikan Islam samada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui beberapa fasa pemantapan dan penambahbaikan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, menggalakkan budaya kreatif dan inovatif, kurikulum Pendidikan Islam terus dimantapkan melalui KSSR (Kurikulum Standart Sekolah Rendah). 4.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i ii iii iv 4.2 Menghuraikan konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Menjelaskan skop dan bidang kurikulum Pendidikan Islam. Menganalisis kandungan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam. Mengenal pasti elemen-elemen penambaikan yang terdapat di dalam kurikulum. Kerangka Tajuk

37

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 4.3.1 Pengenalan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masingmasing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun

38

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

4.3.2

Pengurusan Bilik Darjah KLSR

Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. 4.3.3 Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

1. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. 2. Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan
pendengaran ditempatkan di hadapan.

3. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran


yang lebih berpusat pada guru. 4. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. 5. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

39

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

6. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. 4.3.4 Pengujian dan Penilaian dalam KLSR

Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini


membebankan dan membosankan murid.

3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama


apabila ada peperiksaan. 4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

40

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.4 4.4.1

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 4.4.2 Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii.

menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii.

menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv.

menguasai kemahiran belajar;

v.

menguasai kemahiran berfikir;

vi.

bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

41

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

vii. viii.

memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix.

mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x.

menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi.

memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii.

menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii.

menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv.

menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv.

menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi.

membina semangat patriotisme;

xvii.

mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

42

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

xviii.

mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4.4.3

Prinsip dan Ciri KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:i. ii. iii. iv. Pendekatan Bersepadu; Perkembangan individu secara menyeluruh; Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan Pendidikan seumur hidup.

Rajah di bawah menjelaskan cirri-ciri yang menjadikan modus operasi pelaksanaan KBSR iaitu;

4.4.4

Pelaksanaan KBSR 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

43

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi

44

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

4.4.5

Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan

45

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran. Berikut dirumuskan cirri-ciri bilik darjah dalam KBSR; i. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan ii. Pelajar dibahagikan tersendiri. mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan

iii. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif iv. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar v. Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar vi. Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif

vii. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

4.4.5

Pengujian dan Penilaian dalam KBSR

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah

46

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan. Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.

4.4.6

Fokus dan Struktur KBSR

KBSR mempunyai dua tahap iaitu; Fokus Tahap I

i.

Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii. iii. iv.

Penguasaan nombor dan operasi asas mengira Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

47

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i. ii. iii. Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:i. ii. iii. iv. v. vi. Kemahiran Asas; Manusia dengan Persekitaran; Kesenian dan Kesihatan; Kerohanian, nilai dan sikap Kemahiran Hidup; dan Kokurikulum

4.4.7

Kekuatan dan Kelemahan KBSR

48

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkembangan sahsiah. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur. Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun

1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid

49

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan muridmurid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri bagi mememnuhi cirri-ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

4.5

Pengenalan Kurikulum Standart Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa sandaran utama iaitu; Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada : Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

50

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah seperti berikut; 1983 1993 2003 2011 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) KBSR (semakan) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.5.1

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

BENTUK BAHAN

ORGANISAS I KANDUNGA N

PENGURUSAN KURIKULUM

KSSR

51

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

PENTAKSIRA N PEDAGOGI

PERUNTUKA N MASA

Hasrat Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cabaran Abad Ke-21 Dasar Pendidikan Kebangsaan Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020 Teori Pembelajaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu;

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi: Berilmu Pengetahuan Berketrampilan Percaya kepada Tuhan Berakhlak Mulia Berkeyakinan Independent learner

Global Player: Daya Saing Daya Tahan Kemahiran Berkomunikasi Jati Diri

Warga Negara Bertanggung jawab : Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang Berbakti

Pekerja Berilmu: Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi Creator of Technology Belajar Sepanjang Hayat

4.5.2

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

52

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut: Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional

4.5.3

Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) MODUL SK SJKC SJKT

MODUL TERAS ASAS 1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik MODUL TERAS TEMA Dunia Seni Visual 8 Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi MODUL ELEKTIF 9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* Perhimpunan 90 30 30 30 60 30 60 60 30 60 60 30 60 180 60 30 180 120 60 30 180 360 300 300 150 360 360 120 60 30 180 300 150

4 5 6 7

53

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Jumlah

1380

1380

1380

Bahan Kurikulum 1. Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2. Buku Teks Berpendekatan Modular

Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.

4.5.4 Matlamat Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang
berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya didunia dan di akhirat.

4.5.5 Objektif Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk: i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian; ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian; iii. Memahami pengajarannya; maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya; v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan; vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;

54

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda; viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa; 4.5.6 Fokus Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

4.5.7 Organisasi Kandungan Pendidikan Islam


Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam modul iaitu:
Modul al Quran

Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul Hadis

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.
Modul Akidah

Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

55

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Modul Ibadah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.
Modul Sirah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
Modul Adab

Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.
Modul Jawi

Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat.

Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan bagi merealisasikan hasrat; Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).


Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

56

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

LATIHAN & TUGASAN

i.

Berasaskan pendapat-pendapat sarjana Islam mengenai matlamat pendidikan Islam, huraikan perkaitan pendapat-pendapat tersebut dengan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.

ii.

Bincang dan kemukakan

rasional

dalam melaksanakan

penambaikan

dan

pemantapan kurikulum Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.

iii. Bina satu grafik banding beza bagi merumuskan analisa kandungan KLSR dan
KBSR. iv. Kenal pasti elemen-elemen baru dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) dan cadangkan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi merealisasikan hasrat tersebut.

57

Anda mungkin juga menyukai