Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA, MUAR, JOHOR

AKTIVITI : PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

TEMPAT : RUANG TANGGA LALUAN BANGUNAN PENTADBIRAN, SKPJ

TARIKH : 27 JUN 2012 HINGGA 10 JULAI 2012

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2009

1. PENGENALAN Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 Unit Pendidikan Khas 5 dalam memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru peltih dalam menjayakan sesuatu projek.

2. TUJUAN

2.1 Memperindah dan menceriakan dinding ruang tangga laluan bangunan pentadbiran sekolah dengan lukisan mural yang bertemakan angkasa lepas.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek . 3.2 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-guru pelatih dan warga sekolah. 3.3 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari di IPG . 3.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah. 3.5 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih dalam program yang dilaksanakan

4. MATLAMAT

4.1 Memperindah dan menceriakan dinding ruang tangga dengan lukisan mural yang memuatkan nilai-nilai murni. 4.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara guru-guru pelatih IPG dengan warga Sekolah Kebangsaan Parit Jawa.

5. TEMPAT 5.1 Dinding ruang tangga laluan bangunan pentadbiran SK Parit Jawa

6. TARIKH 6.1 27 Jun 2012 hingga 10 Julai 2012 ( 2 Minggu )

7. JAWATANKUASA PROJEK 7.1 Rujuk lampiran.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

HARGA (RM)

SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH

Cat Pelaka Biru Hitam Kuning Putih RM18.00 4 X 18.00 RM 72.00

Berus Cat Berus besar Berus kecil RM 8.50 RM 2.00 4 x RM 8.50 4 x RM 2.00 RM 42.00

Jumlah

RM

9. IMPLIKASI KEWANGAN 9.1 Sumbangan sekolah dan dana dari orang perseorangan.

10. KESIMPULAN Pihak Sekolah Kebangsaan Parit Jawa dipohon agar meluluskan kertas kerja ini agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman pahit getir yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu sanadaran atau pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru

Disediakan oleh , ............................................... (CIK ANIS ADIBAH BINTI ZURKIPILI ) Setiausaha, Program Keceriaan Lukisan Mural, Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. ,

Disemak oleh , ............................................... ( PUAN NORIAH BINTI OTHMAN )

Disahkan oleh : ................................................ ( ENCIK HARON BIN HARIS )

LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN LUKISAN MURAL

PENASIHAT : Encik Haron bin Haris

PENGERUSI : Puan Noriah binti Othman

SETIAUSAHA :

Cik Anis Adibah binti Zurkipili

BENDAHARI : Cik Nur Atikah binti Mahadzir

AJK DOKUMENTASI Cik Aisyah Nadzirah binti Zakaria

LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL

HARI

PERKARA

27 Jun 2012

Mengambil gambar sebelum dan membuat cat asas di dinding

28 Jun 2012 5 Julai 2012 6 Julai 2012 10 Julai 2012

Melukis dan mewarna dinding

Melakukan

kemasan

terakhir

serta mengambil gambar