Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN MASA

PENDAHULUAN. Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam AlQuran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah; "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3) HARGA DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA. Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa:

Masa merupakan harta manusia yang paling berharga. Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.

Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah," Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".

Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.

Pelajaran dan masa


Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.

Teknik menguruskan masa belajar.


Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan. Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.

Kepentingan jadual waktu.


Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah: 1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan. 2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.

3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum. 4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari. 5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna. 6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh. 7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat. 8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna. 9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan. 10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.


Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah; 1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu. 2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan. 3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar. 4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar. 5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati. 6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar. 7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan. 8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya. 9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu. 10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.

Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.

Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;

Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun) Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu ) Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )

Menyediakan jadual waktu tahunan.


Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda. Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;

Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal. Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun. Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.

Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.


Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;

Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan. Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani. Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.

Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;

Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.

Aktiviti sebel;ah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.

Tujuannya;

Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi. Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan. Memahami pengajaran pada hari itu. Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.

Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu) Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas. Masa terbuang Sela masa. Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;

Semasa menunggu kenderaan. emasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari. Semasa menunggu kelas amali dimulakan. Masa rehat yang berlebihan Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam. Masa antara kuliah.

Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.


Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya. embaca nota kecil yang mudah dibawa. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.

Tindakan selanjutnya. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar dan rumit dihadapi oleh pelajar. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:

Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya. Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya. Keazaman dan kesungguhan yang tinggi. Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban. Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik. Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari. Elakkan suka bertangguh. Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah.

Ditulis oleh: Noorizam Shah Dalam Kategori: Tips Kejayaan, Tips Pengurusan

Teknik Pengurusan Masa Yang Selalu Kita Abaikan


October 31, 2007

Credit to : glasbergen.com Topik semalam ramai yang beri komen. Terima kasih kalian. Rujuk pada topik semalam, saya nak kongsi dengan anda teknik pengurusan yang memberi kebaikan kepada diri anda. Apakata cuba praktikkan. 1. Menggunakan Rancangan Bertindak Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok. 2. Menghapuskan tabiat Tangguh dan tunggu dengan mengingati 3 perkara di bawah: A. Kelmarin sudah berlalu B. Esok masih belum berlalu C. Hari ini peluang masih ada 3. Penuhkan masa lapang

Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir. 4. Tahu dan pandai untuk mengatakan Tidak Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda. 5. Merancang jadual waktu Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna. Kredit untuk: web tutor.com.my

Antara Artikel Berkaitan



Mengenali apakah itu dunia perniagaan Tips Pilihan Dr Irfan Khairi - Senarai Jangan Buat (Stop Doing List) Kejayaan sebenar milik semua.

Popularity: 15% [?]


Sphere: Related Content

Ditulis oleh: Noorizam Shah Dalam Kategori: Tips Pengurusan

Jika Saya Ada Masa


October 30, 2007

Jika saya ada masa saya akan habiskan ebook yang melambak dan hampir berhabuk dalam komputer ini Itu kalau ada masa Ohh.. masa saya tidak banyak lagi, saya perlu bangun awal pagi untuk bekerja sarapan pagi.. hantar anak ke sekolah buat kerja yang bertimbun-timbun dipejabat makan tengahari pergi mesyuarat saya perlu bersukan untuk menjaga kesihatan.. saya juga perlukan makan malam dan menonton televisyen kemudian masuk tidur kerana esok saya akan bekerja semula ohhhh kalaulah saya ada masa.. Mungkin ini adalah antara keluhan mereka yang tidak punyai masa untuk mencari duit tambahan. Pada mereka, mereka tidak pandai dan biarlah mereka terus makan gaji yang sekadar cukup-cukup makan itu Jadi, saya timbulkan topik ini untuk anda memberi pandangan kenapa ramai orang tidak cukup masa untuk menjana pendapatan tambahan?