Anda di halaman 1dari 9

PREPARED BY: LEONG CHEANG YENG

Kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit keredhaan Allah (Mardhatillah). Manakala kehidupan yang penuh dengan kemewahan, kegembiraan, aman damai tetapi dimurkai Allah, Islam menganggapnya sebagai kehidupan yang tidak berkualiti. Sebenarnya kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia. Sehubungan itu, manusia perlu membezakan kehidupan yang berasaskan akal fikiran manusia semata-mata dengan kehidupan menurut perintah Allah (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005: 161).

Keadaan ini disebabkan pemikiran manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan ikhlas, memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih cetek, pendidikan yang masih banyak kedangkalannya serta faktor persekitaran yang masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan berkualiti yang sebenar.

Justeru itu, fahaman yang berasaskan sekularisme lebih mementingkan kehidupan dengan kemewahan material semata-mata dan kehidupan serta kelengkapan prasarana yang mewah. Bahkan, ia dijadikan ukuran kedudukan seseorang di dalam menterjemahkan paras kualiti kehidupan seseorang. Keadaan seperti ini akan menjadikan pemikiran manusia semakin jumud dan bersifat rigid dalam menentukan kualiti hidup sese orang manusia sehingga melabelkan seseorang itu dengan tafsiran berasaskan kemewahan hidup. Kesannya, wujud pelbagai kelas manusia dari setinggi kemewahan sehingga serendah-rendah kemiskinan selain manusia terpaksa berlumba-Iumba mengejar kemewahan sepertimana ditafsirkan menerusi kapitalisme.

Terdapat juga fahaman yang menekankan kehidupan berkualiti adalah hasil pelaksanaan ritual yang keterlaluan sehingga menganggap dunia yang abadi (syurgajheaven) adalah beramal ibadat sahaja tanpa menjejaskan tumpuan. Ini boleh mendorongkan seseorang menjadi malas dan tidak produktif dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan Islam menganjurkan umatnya agar berusaha sedaya upaya mencari dan memperolehi kehidupan yang berkualiti. Ini bertentangan dengan nil ainilai dan amaran yang dikemukakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah alQasas (28) ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpahlimpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Kehidupan berkualiti turut disebut di dalam firman Allah yang lain, antaranya dalam surah al-' Asr (103) ayat 1-3 yang bermaksud: "Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Orang yang benar-benar beriman tidak akan membuat hidupnya murung dan mundur. Malah akan berusaha menjadikan diri mereka maju dan ke hadapan dari segenap aspek sarna ada spiritual, material dan jasmani. Tambahan lagi, kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan, bahkan mencadangkan perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat. Ia selaras dengan cadangan Allah di dalam al-Quran.