Anda di halaman 1dari 2

KESAN NEGATIF PERIAGAAN PASAR MALAM DI TAMAN MANIS KELAPA SAWIT.

1)PERSAINGAN DENGAN KEDAI RUNCIT TEMPATAN.


Dengan adanya pasar malam ini setiap hari selasa,kebanyakanya penduduk akan berkunjung ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan.Ini menyebabkan banyak kedai berhampiran ini akan kekurangan pelanggan seperti kedai runcit,kedai makan dan kedai menjual barangan basah.Di kawasan ini pastinya akan mengalami kemerosotan jualan kerana saingan dari pasar malam ini yang lebih menjadi tumpuan pelanggan.Oleh itu,terdapat kedai-kedai yang ditutup lebih awal pada hari selasa di kawasan ini.

2)BARANGAN TIDAK BERKUALITI.


Melalui temu bual saya dengan EncikTahir bin Ali kebanyakanya barangan yang di jual di pasar malam adalah tidak berkualiti terutama barang-barang dapur dan basah.Ini terutamanya baranganbarangan yang diimport dari negara China dan Thailand.Barangan plastik jam dan pakaian yang dijual dibuat dari bahan yang murah dan tidak tahan lasak serta cepat rosak. Terdapat juga barang tiruan sepertikasut,pakaian dan cakera padat.Kadang kala terdapat makanan yang telah lama basi dijual di passar malam ini.Ini boleh memudaratkan kesihatan pembeli dan membawa rebakan penyakit.Oleh itu sebagai pembeli,saya perlu mempunyai tanggungjawab untuk mempunyai ilmu kepergunaan yang baik dan membeli barangan buatan Malaysia yang bermutu tinggi.

3)HARGA TANPA KAWALAN.


Kebanyakan perniaga di pasar malam ini tidak mmengikut peraturan yang ditetapkan iaitu meletakan tanda harga pada barang perniagaan mereka.Ini menyukarkan pelanggan untuk membuat perbandingan harga.Ada antara barangan yang dijual lebih mahal daripada harga di pasar raya atau pasar besar.Ini menyebabkan ada sebilangan kecil pelanggan tertipu dengan harga yang di tawarkan.Harga barang-barang basah seperti ikan,ayam dan daging dijual dengan harga tidak menentu dan kadang kala lebih mahal dari harga pasar.Sayuran dan buah-buahan yang dijual ada yang sudah busuk atau rosak.

4)KESESAKAN LALU LINTAS.


Kewujudan pasar malm ini telah meganggu keadaan lalu lintas disebabkan jumlah kenderaan yng ttiba-tiba meningkat pada malam ini dengan menaiki kenderaan masing-masing seperti kereta dan motorsikal.Keadaan ini telah menyebabkan ada laluan yang terpaksa ditutup atau terganggu aliran kenderannya disebabkan khemah yang dibina oleh peniaga.Tempat letak kenderaan di pasar malam ini sangat terhad.Oleh itu pemandu terpaksa meletakan kenderaan di bahu jalan yang melammbatkan pegerakan kenderaan lain melalui kawasan tersebut.