Anda di halaman 1dari 34

Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55:

Satu Tinjauan Kembali

oleh

Oong Hak Ching


Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Universiti Kebangsaan Malaysia

synopsis

The Kuala Lumpur Municipal Election of February represented a turning


point in the political development of Malaya. Two communal parties, the
UMNO and MCA decided to form an alliance at a local level in order to
contest in the Election on a common non-communal platform. For many
contemporary political observers, the forming of UMNO-MCA Alliance
was unexpected, as the MCA leaders such as Tan Cheng Lock has given
its full support to the IMP. Many writers such as Moore (1960), Vasil
(1971,1980), Datar (1983), Heng Pek Koon (1988) and Diane K. Mauzy
(1983) suggests that UMNO and the MCA joined forces because of
personal animosity between H.S.Lee and Dato Onn. However, they were
unable to provide any evidence to support their arguments. This present
writer offers a comprehensive explanation on the genesis of the UMNO-
MCA Alliance by making used of almost source available, including H.S
Lee Papers.

Pengenalan

Penyelidikan mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA telah


dijalankan sejak 3 September 1996 dan berakhir pada 4 Mac 2004. Masa
yang diambil terlalu lama kerana kerana projek ini dijalankan secara
sambilan dan tertunda-tunda kerana masalah mendapat data dan juga
permintaan dari institusi-institusi tertentu agar penulis mengkaji beberapa
tajuk yang berkaitan dengan projek ini seperti peranan tokoh-tokoh
pengasas Perikataan UMNO-MCA terutama Tunku Abdul Rahman, Tan
Cheng Lock dan H.S.Lee; peranan Perikatan UMNO-MCA dalam
perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dan isu-isu perpaduan dan
huhungan kaum di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Perluasaan skop
kajian yang dilakukan telah menghasilkan satu booklet (2000c) dan enam
buah kertaskerja (2003a, 2003b, 2003c, 2002, 2001 dan 2000b).

Salah satu faktor penting yang mendorong penulis untuk membuat


kajian semula mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA kajian–kajian
yang lalu tidak membuat pemeriksaan yang teliti dan terperinci ke atas
pelbagai bahan termasuk dokumen-dokumen rasmi, surat-surat
persendirian dan lain-lain yang baharu ditemui atau dibuka untuk diteliti
oleh para penyelidik. Antara bahan-bahan yang patut ditonjolkan di sini
termasuk lah surat-surat persendirian Tan Cheng Lock di Institute of
Southeast Asian Studies dan di Arkib Negara Malaysia; surat-surat
persendirian H.S.Lee dan H.B.Ball.

Ada juga bahan yang telah lama dibuka untuk diteliti oleh para
penyelidik tetapi tidak dirujuk dalam tulisan-tulisan mengenai sejarah
penubuhan Perikataan UMNO-MCA seperti "Presidential Address at the
Annual Meeting of the Central General Committee of the MCA" yang
terkandung di dalam Tan Cheng Lock Papers: A Descriptive List dan
Ucapan Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1955 yang bertajuk "Mengapa
Perikatan Dibentuk" yang dimuatkan dalam Ahmad Fawzi Basri et al.
(1991: 340-348). Pandangan-pandangan Tunku Abdul Rahman yang
disiarkan dalam akhbar "The Star" dan kemudian dibukukan (Tunku
Abdul Rahman Putra, 1977) juga tidak digunakan atau tidak diteliti
dengan terperinci oleh penulis terdahulu yang mengkaji asal-usul
Perikatan UMNO-MCA. Para penulis yang disebutkan juga tidak meneliti
bahan-bahan dalam bahasa Melayu terutama Utusan Melayu dalam tulisan
jawi. Penulis sendiri yang telah menyiapkan penelitian dan penulisan tesis
untuk ijazah Doktor Falsafah bertajuk "British Policy and Chinese Politics
in Malaya, 1942-1955" (1993) tidak dapat menggunakan kesemua bahan
yang ditemui kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apabila tesis
ini diterbitkan dengan tajuk Chinese politics in Malaya, 1942-1955: The
Dynamics of British Policy (2000) penulis juga tidak sempat memasukkan
fakta baru.

Tulisan berkenaan masih boleh diperbaiki melalui penyelidikan ini.


Ada beberapa informasi yang boleh dirujuk seperti peristiwa pertemuan di
antara Tan Cheng Lock, Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman di Kuala
Lumpur dalam bulan Januari 1952 dapat menjelaskan urutan peristiwa
yang membawa kepada usaha-usaha menjalin kerjasama di antara MCA
dengan UMNO menjelang pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.
Berdasarkan informasi yang diberikan oleh seorang tokoh MCA kepada
seorang pegawai di Pejabat Tanah Jajahan di London satu pertemuan itu
diadakan pada penghujung bulan Januari (B.H. Oon kepada Paskin, 5
Februari 1952 dalam CO 1022/85). Pertemuan ini dihadiri oleh pemimpin-
pemimpin IMP, MCA dan UMNO dengan tujuan mencapai satu
persafahaman di kalangan mereka bagi mewujudkan suasana harmoni di
Tanah Melayu. Informasi yang diberikan ini berdasarkan ingatan yang
masih boleh dipertikaikan. Tetapi berdasarkan urutan peristiwa yang
membawa kepada penubuhan perikatan UMNO-MCA yang terdapat
dalam ucapan Tunku Abdul Rahman pertemuan tersebut mungkin
diadakan pada awal Januari 1952 (Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341).
Bagi para pemerhati politik kontemporari dan para penyelidik
terutama dalam bidang Sains Politik penubuhan Perikatan UMNO-MCA
merupakan satu fenomena yang luar biasa dan sukar dimengertikan. Para
peneliti seperti Moore (1960), Means (1970), Vasil (1971;1980), Datar
(1983) dan Heng Pek Koon (1988) telah dilanda oleh masalah untuk
mendapatkan informasi yang mencukupi bagi memberi penjelasan
mengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Para penulis ini tidak dapat
mengisi kesenjangan dalam urutan peristiwa-peristiwa penting dalam
jangka masa 16 September 1951 (apabila IMP ditubuhkan) hingga 9
Januari 1952 apabila H.S. Lee, Pengerusi Malayan Chinese Association
(MCA) Cawangan Selangor dan Dato Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa
Kecil Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur membuat pengumuman bersama
untuk bekerjasama dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
tersebut. Pengumuman ini menimbulkan kejutan kepada pemerhati politik
semasa dan menyebabkan para peneliti memberikan tafsiran dan
kenyataan yang berbeda untuk menjelaskan peristiwa ini.. Bahkan ada di
antara mereka menggunakan cereka atau mitos dan andaian.

Moore yang membuat kajian mengenai UMNO dan Pilihanraya


Tanah Melayu 1959 menyatakan "... the formation of the Alliance
[UMNO-MCA] started as a local phenomenon and almost fortuitously."
(1960: 208). Selanjutnya ia menambah bahawa:

This decision was made locally on both sides without reference to higher
party authority. Indications were that the UMNO headquarter was taken
completely unawares by newspaper account of the alliance, but the Tunku,
after only slight hesitation, declared his full support of the move. Sir Tan
Cheng Lock's position was much more difficult as he was put in a position
thereby of supporting an action aimed defeating the Malay candidates of
IMP, the party which he had just help Dato Onn found.

Menurut Moore lagi tindakan H.S. Lee mengadakan kerjasama


dengan UMNO menentang IMP telah menimbulkan anggapan di kalangan
banyak pemimpin tertinggi MCA bahawa Lee telah mengkhianati atau
"betrayed" MCA. Satu kenyataan yang tidak dapat dipertahankan dengan
seberang bukti atau bahan.

Sepuluh tahun selepas Moore, Means pula tampil untuk


mengemukakan pandangannya sendiri mengenai asal usul Perikatan
UMNO-MCA. Menurut Means pertentangan personaliti atau rasa
permusuhan (personal animosities) di antara Tan Cheng Lock dengan Dato
Onn merupakan sebab melahirkan Perikatan UMNO-MCA. Ia menyatakan
bahawa:
The most adequate explanation of the sudden turn-about of the MCA must
take into account the personalities of Dato Onn and Tan Cheng Lock.
Both men were very dynamic, and both possessed too much of the quality
of a prima donna on the political stage to be able to work together very
well. Furthermore, personal animosities had developed between them
during the Malayan Union and the Federation Agreement. Although
Tan Cheng-lock could have supported a "non-communal" political party
he could never been an enthusiastic supporter of such a party if it also
would have given Dato Onn an unassailable position of political
supremacy in Malaya.

Idea "personal animosities" yang dikemukakan oleh Means


diterima oleh kebanyakan sarjana dan penulis sebagai penyebab yang
membawa kepada penubuhan Perikatan. Di antara mereka termasuk Vasil
yang cuba mengembangkan konsep pertentangan personaliti sebagai sebab
kelahiran Perikatan. Tetapi tokoh yang terlibat dalam konflik peribadi ini
bukannya di antara Tan Cheng Lock dengan Dato Onn.. Menurut Vasil
tokoh yang terlibat ia lah Sir Henry Lee dengan Dato Onn.. Vasil cuba
memberikan satu huraian yang terperinci mengenai peristiwa yang
mewujudkan personaliti konflik di antara Sir Henry Lee dengan Dato Onn.
Menurut Vasil:

Sir Henry Lee was the President of the Selangor State branch of the MCA
at the time when the IMP was inaugurated. He was not invited to the
inaugural meeting of the IMP in Kuala Lumpur on 16 September 1951. Sir
Henry on his own did go to the inaugural meeting where he was ignored
by the organizers and was not invited to sit on the platform where were
seated the representatives of various organizations which had supported
the formation of the IMP. He was much beter known than many of them
but he was not invited even to address the meeting. Sir Henry, at the time
a power to reckon with in Kuala Lumpur, was visibly hurt by the treatment
given to him the organizers of the IMP. Also, Dato Onn bin Jaafar had not
consulted him prior to the formation of the IMP when hehad consulted
almost every important leader in the country. It seems that Sir Henry was
so badly hurt that he took upon himself to destroy the IMP (1980: 86).

Pandangan Vasil telah diterima bulat-bulat oleh beberapa sarjana


terutama Diane K. Mauzy (1983). Diane telah mengambil pandangan Vasil
tanpa mengakui sumbernya seolah-olah pandangan tersebut telah menjadi
fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Menurut Diane :
"Colonel H.S.Lee, the influential President of the Selangor State MCA
organization, was not consulted by Dato Onn about the formation of the
IMP, and at an Inaugral Meeting he was not only not asked to give an
address, he was also not invited to sit on the platform." Ia menambah
bahawa :"By these acts of omission the IMP created a powerful enemy it
could ill afford" (1983: 16). Datar memberi pendapat yang sama bahawa :
"It seem, personal animosity between the Chairman of the Selangor MCA,
H.S.Lee and Dato Onn, brought together the UMNO and MCA to defeat a
common foe, Dato Onn and his Independence of Malaya Party (IMP)"
(1983:13). Datar cuba menunjukkan bahawa ia mendapat fakta atau
informasi ini daripada Tunku Abdul Rahman (cacatan nota kaki no.57
dalam Datar, 1983:29) Nota kaki no. 57 menyebut "This view is presented
by Tunku Abdul Rahman, The Star, Penang, 2 June 1975." Apabila diteliti
tulisan Tunku matlumat berkenaan tidak pun dinyatakan. (Tunku, 1977:
Article 25. 2 Jun , 1975: 169-174). Tunku cuma menyebutkan bahawa:

When he [Tan Cheng Lock] first decided to join the Alliance, his son, Tun
Tan Siew Sin, was in opposing group, the Independence of Party headed
by Dato Onn. At one meeting the Alliance held in Kuala Lumpur in the
Chinese Assembly Hall- in fact the very meeting called to launch the
Alliance Party- we waited a long time for him to appear. To our dismay
we found he could not come. He had been spirited away earlier by Siew
Sin and we only know of this next. We heard that Siew Sin was saying his
father did not want to join the Alliance. The meeting went on, and despite
the absence of the MCA President, it was an unqualified success.
Representing the MCA were H.S. Lee, Ong Yoke Lin, T.H.Tan, S.M.Yong
and many other MCA leaders (1977: 173).

Setahun selepas penerbitan tulisan-tulisan Diane dan Datar, Khong


Kim Hoong pula menerbitkan tulisannya (1984). Ia juga cuba
menghuraikan asal usul Perikatan. Ia mengutip pandangan Means
mengenai konflik peribadi di antara Tan Cheng Lock dengan Dato Onn
sebagai faktor yang membawa kepada kelahiran Perikatan UMNO-MCA
tetapi menganggap kenyataan itu jauh dari tepat. Khong lebih tertarik
kepada pandangan Vasil dan Diane dan menyatakan: "Recent studies have
suggested that the formation of the UMNO-MCA alliance for Kuala
Lumpur elections had nothing to do with the UMNO President, Tengku
Abdul Rahman or Tan Cheng Lock, the MCA President" (1984: 171).
Heng Pek Koon yang menulis dalam tahun 1988 dan Stubbs dalam
tahun 1989 juga meraba dalam kegelapan untuk memberi penjelasan
tentang asal-usul Perikatan. Mereka juga tidak dapat membezakan antara
jerami dengan jarum. Tanpa mengunakan sebarang bahan rujukan Heng
menyatakan: "Rejecting Tan Cheng Lock's decision to support the IMP in
the election, the Selangor MCA leadership searched for an alternative
strategy which would enable the MCA to field its candidate on a
communal ticket but within an interethnic framework" (1988: 159). Stubbs
sebagaimana Vasil dan Diane mengandaikan pertentangan personaliti dan
rasa permusuhan terhadap Dato Onn mendorong MCA Selangor
bekerjasama dengan UMNO bagi menentang IMP dalam Pilihanraya
Majlis Bandaran Kuala Lumpur (1989:209).
Dalam tahun 1991 Ahmad Fawzi Basri telah menerbitkan satu
koleksi Ucapan Yang Dipertua UMNO 1946-56 (Ahmad Fawzi Basri et
al., 1991) dan salah satu Ucapan Tunku Abdul Rahman telah menyentuh
secara langsung mengenai asal usul Perikataan UMNO-MCA. Ucapan
tersebut bertajuk "Mengapa Perikatan Dibentuk" dibuat pada 17 Mac 1955
di Universiti Malaya (Ibid: 340-248) dapat menambahkan informasi
mengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Tunku telah menerangkan:
(1) Bagaimana Perikatan telah ditubuhkan; (2) Mengapa Perikatan
ditubuhkan; dan (3) Tujuan dan polisi Perikatan (Ibid: 340). Walau pun
bahan ini telah lama didedahkan kepada pengetahuan orang ramai,
nampaknya tiada pula para sarjana merujuk bahan tersebut. Salah satu
sebab mungkin kerana bahan ini diterbitkan dalam tulisan jawi yang tidak
dapat dibaca oleh para sarjana yang telah disebutkan. Informasi yang
diberi oleh Tunku masih boleh disangsikan ketepatannya atau belum
dapat diterima sebagai fakta sejarah.

Dalam tahun 1992 pula Muhamad Agus Yusoff (1992a; 1992b)


menerbitkan dua buah kajiannya: Consociational Politics: The Malaysia
Experience dan “Demokrasi Permuafakatan di Malaysia: Suatu Analisis”
yang mengkaji mengenai kerjasama parti-parti politik perkauman Melayu
(UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) dengan mengunakan rangka tiori
politik permuafakatan (consociational ) seperti yang dikemukakan oleh
Arend Lijphart. Muhamad Agus mengelakkan diri dari memberi
penjelasan mengenai proses politik yang membawa kepada kemunculan
Perikatan UMNO-MCA. Dengan rengkas dinyatakan:

Teori demokrasi permuafakatan mengatakan kestabilan politik


akan tercapai jika elit-elit dari berbagai segmen sosial bersetuju berkerja
sama. Di Malaysia, permuafakatan antara kaum bermula dengan
terbentuknya Perikatan pada 1952, bila dua parti utama, UMNO (Melayu)
dan MCA (Cina) berkerjasama dalam menghadapi pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur (1992b:63).

Dengan demikian kajian ini dijalankan juga dengan harapan untuk


mendeskripsikan secara jelas dan kronologikal peristiwa-peristiwa yang
membawa kepada penubuhan Perikatan UMNO-MCA dan memperluaskan
lagi pengetahuan tentang asal-usul politik permuafakatan di Malaysia.

Rekonstruksi Asal Usul Perikataan UMNO-MCA

Perikatan merupakan satu koalisi parti-parti politik perkauman Melayu


(UMNO), Cina (MCA) dan kemudian India (Malayan/Malaysia Indian
Congress atau MIC) berlandaskan politik permuafakatan atau
"consociationalism." Asal usul Perikatan dapat dikesan sejak bermulanya
tradisi permuafakatan di kalangan pemimpin-pemimpin atau golongan elit
Melayu, Cina dan kaum-kaum lain bagi menyelesaikan konflik perkauman
yang melanda penduduk Tanah Melayu sejak zaman pendudukan Jepun
(1942-1945).

Pada zaman pendudukan Jepun British telah merancang satu dasar


baru yang dikenali sebagai Malayan Union. Dasar ini digubal dengan
tujuan untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu unit
pentadbiran dan menamatkan sistem pemerintahan secara tidak langsung
yang rumit dan tidak cekap. Dasar baru ini membayangkan satu perubahan
dasar terhadap komuniti Cina dan penghapusan dasar "pro-Melayu" yang
diamalkan sebelum perang (Oong, 1993: 87-128). Dasar baru untuk
memenangi sokongan dan meningkatkan kerjasama komuniti Cina
terutama pasukan gurila Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
terhadap usaha-usaha British untuk mengambil kembali Tanah Melayu
daripada angkatan tentera Jepun. Dasar baru itu akan memberi peluang
kepada orang Cina untuk menjadi warganegara Malayan Union dan
menikmati hak-hak politik yang sama seperti orang Melayu atau
masyarakat bumiputera. Ini bermakna dasar tersebut menjejaskan hak-hak
atau kedudukan politik orang Melayu. Dasar tersebut juga menghapuskan
kedaulatan Raja-raja Melayu dan konsep negeri-negeri Melayu sebagai
tanah air orang Melayu.

Pendudukan Jepun telah mencetuskan ketegangan kaum yang


hebat di Tanah Melayu kerana dasar-dasar Jepun yang menindas komuniti
Cina dan lebih bertolak ansur dengan masyarakat Melayu. Apabila Jepun
menyerah kalah dengan mengejut pada 14 Ogos 1945 pasukan gurila
MPAJA atau askar Bintang Tiga mengambil kesempatan untuk mengisi
"political vacuum" dan mengambil alih pentadbiran di beberapa wilayah
yang ditinggalkan oleh tentera Jepun. Pasukan gerila MPAJA yang
didominasi orang Cina terutama daripada Malayan Communist Party
(MCP) mengambil kesempatan untuk menangkap dan membicarakan
orang-orang yang disyaki menjadi talibarut Jepun. Secara kebetulan
kebanyakan mereka yang ditahan dan dibunuh terdiri dari masyarakat
Melayu. Keadaan ini telah mencetus konflik perkauman yang serius
apabila masyarakat Melayu bertindak balas menyerang anggota
masyarakat Cina di beberapa kawasan di Tanah Melayu.

Konflik perkauman berterusan apabila British mengumumkan


rancangan Malayan Union. Masyarakat Melayu di bawah pimpinan Dato
Onn bin Jafaar telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
atau UMNO bagi memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan
masyarakat mereka dan menggagalkan Malayan Union. British yang
menyedari bahawa kedudukan kuasa mereka di Tanah Melayu amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang Melayu dan raja-raja
menampakkan kesediaan untuk meminda perlembagaan melalui rundingan
dengan wakil-wakil UMNO dan Raja-raja. Hasilnya satu perlembagaan
baru yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan telah diperkenalkan.
Dengan pengenalan perlembagaan Perjanjian Persekutuan, peluang
orang Cina dan bukan Melayu yang lain untuk menjadi warganegara
menjadi terlalu sukar dan harapan mereka untuk menyertai bidang
perkhidmatan awam menjadi tipis. Perlembagaan ini memulih kedaulatan
"dalaman" Raja-raja Melayu dan konsep Tanah Melayu sebagai negeri
bagi orang Melayu.

Tindakan British mengadakan rundingan dengan orang Melayu


melalui UMNO dan Raja-raja Melayu dalam hal-hal perlembagaan dan
memperkenalkan dasar persekutuan membangkitkan perasaan tidak puas
hati di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan golongan
nasionalis Melayu berhaluan kiri seperti Malay Nationalist Party (MNP).
Tan Cheng Lock, seorang tokoh Cina Peranakan yang sangat kecewa
dengan tindak British telah menyatukan diri dengan golongan kiri telah
membentuk satu Majlis tindakan Bersama atau Council of Joint Action
(CJA) bagi memperjuangkan soal-soal perlembagaan.

Beberapa pertubuhan dan kesatuan sekerja yang kebanyakannya


dipengaruhi oleh MCP menyertai CJA. Orang Melayu kecuali MNP dan
pertubuhan-pertubuhan Cina berhaluan kanan seperti Dewan-dewan
Perniagaan Cina, Dewan-dewan Perhimpunan Cina dan lain-lain yang
berhaluan kanan tidak memberi menyertai CJA. Tetapi mereka turt
membantah sikap British yang mengenapikan masyarakat Cina dalam
perbincangan mengenai isu-isu perlembagaan. Usaha-usaha CJA untuk
memperluaskan pengaroh keatas masyarakat Melayu tidak berjaya
walaupun beberapa kali CJA bertukar nama kepada Pan-Malayan Council
of Joint Action (PMCJA), dan kemudian dikenali sebagai All Malayan
Council of Joint Action (AMCJA) dan akhirnya dinamakan sebagai
AMCJA-PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat). AMCJA-PUTERA telah
merangka sebuah perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan
Rakyat sebagai alternatif kepada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
(yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan). Beberapa prinsip
Perlembagaan Rakyat termasuk penerimaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan penerimaan nama "Melayu" untuk taraf
kewarganegaran dan rupa bangsa Tanah Melayu. Walau bagaimanapun
kerajaan British tidak dapat menerima cadangan AMCJA-PUTERA.

Apabila kerajaan Persekutuan dibentuk masyarakat Cina telah


memulaukannya dan melancarkan "hartal." MCP mengambil kesempatan
dalam situasi tersebut dengan melancarkan pemberontakan bersenjata dan
mencetuskan keadaan darurat. Perhubungan kaum menjadi tegang,
memperkuatkan lagi konflik di kalangan penduduk Tanah Melayu kepada
dua pihak yang bertentangan-Melayu dan bukan Melayu. Masing-masing
kelompok merasakan untung nasib, kepentingan dan hala tuju mereka
berlainan. Dalam situasi inilah Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya-Jeneral
British bagi Asia Tenggara menyedari ketegangan kaum yang tidak
terkawal boleh menghancurkan Tanah Melayu (Oong, 1996). Ia
mengambil peranan penting dalam usaha mengurus dan mengurangkan
konflik perkauman dengan mengambil langkah-langkah untuk
menjalinkan hubungan yang rapat dengan di kalangan pemimpin-
pemimpin kaum di Tanah Melayu.

MacDonald memainkan peranan penting untuk membawa


pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina ke meja rundingan bagi
membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan isu-isu yang menyentuh
masa hadapan Tanah Melayu. MacDonald dan pegawai-pegawai British
yang lain berusaha menyakinkan pemimpin-pemimpin Melayu bahawa
mereka harus menumpukan perhatian kepada usaha-usaha membaiki
ekonomi masyarakat mereka dengan cara antara lain mendapatkan
kerjasama daripada masyarakat Cina. Sebagai ganjaran kepada kesediaan
orang Cina membantu masyarakat Melayu mereka akan diberi hak-hak
politik yang lebih luas. Pemimpin-pemimpin Cina dinasihatkan supaya
lebih berhati-hati dalam tindak tanduk mereka agar tidak menimbulkan
kecurigaan dan salah faham di kalangan orang Melayu. Misalnya, apabila
Tan Cheng Lock menyatakan hasratnya untuk membentuk pertubuhan
Cina yang kemudiannya dikenali sebagai MCA ia telah dinasihati agar
berbincang dahulu dengan pemimpin-pemimpin Melayu bagi
menggelakkan sebarang salah faham (Malcolm MacDonald Papers).

Pada 29 Disember 1948 satu pertemuan telah diadakan di rumah


Dato Onn di Johor yang dihadiri oleh beberapa pemimpin Melayu, Cina
dan MacDonald. Pertemuan ini membuka jalan bagi pemimpin-pemimpin
Melayu dan Cina untuk menjalinkan perasaan muhibbah dan membawa
Communities Liaison Committee atau nama singkatnya CLC. CLC
berusaha memupuk semangat bekerjasama dan berakomodasi di kalangan
golongan elit Tanah Melayu terutama di antara pemimpin-pemimpin
UMNO dengan MCA. CLC telah dapat menghasilkan satu formula bagi
kerjasama antara kaum. Kedudukan istimewa bangsa Melayu diakui dan
masyarakat Melayu dibantu dalam bidang ekonomi dan lain-lain.
Masyarakat Cina atau bukan Melayu akan memperolehi hak-hak politik
yang lebih luas dan peluang lebih ramai bagi mereka menjadi warga
negara. Walau bagaimana pun ini perlu dinyatakan segala cadangan CLC
tidak samestinya diterima atau dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Cadangan-cadangan dikemukakan juga tidak mengikat mana-mana parti
politik walau pun pemimpin-pemimpin mereka menjadi ahli CLC. Tetapi
yang lebih penting CLC membuka jalan membolehkan para pemimpin
politik Melayu dan bukan Melayu berkerja sama dan meneruskan kaedah
rundingan atau permuafakatan bagi mengatasi konflik perkauman pada
masa hadapan.
Proses dan Perkembangan Politik Kearah Penubuhan Perikatan
UMNO-MCA 1952

CLC memainkan peranan secara tidak langsung dalam menimbulkan


kesederan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu dan Cina
bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju
yang sama yaitu membawa Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dan
membina sebuah kesatuan negara bangsa. MacDonald dapat melihat
dengan jelas perubahan sikap pemimpin-pemimpin pelbagai kaum dalam
CLC. Menurutnya:

a. members of each community spoke quite frankly about the other


communities, and no-one took offence at this; b.The Chinese and other
non-Malays showed great readiness to make concessions to the Malays in
the economic field; c. The Malays were impressed with this and lost
something at least of their suspicions of the bona fides of the non-Malays
on the Committee... (Oong, 1993:275).

Peranan CLC secara tidak langsung mengurangkan perasaan


perkauman pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina terutama Dato Onn dan
Tan Cheng Lock. Pada penghujung tahun 1950 Dato Onn Jaafar ingin
mengubah UMNO darisebuah pertubuhan Melayu kepada organisasi tidak
perkauman dengan tujuan untuk menyatukan semua penduduk Tanah
Melayu tanpa mengira bangsa dan agama. Ia mencadangkan agar asas
keanggotaan UMNO diperluaskan untuk membolehkan orang bukan
Melayu yang merupakan warganegara Persekutuan menjadi ahli bersekutu
atau associate member (Vasil,1971:46). Yong Shook Lin, Tan Cheng Lock
dan beberapa pemimpin MCA telah diterima sebagai ahli bersekutu
UMNO (TCL/VII/7 16 April 1950). Dato Onn kemudian ingin mengubah
nama UMNO daripada "United Malay National Organisation" kepada
"United Malayan National Organisation." Ia menyatakan hasratnya untuk
membentuk sebuah parti baru andai kata ahli-ahli UMNO menolak
cadangan tersebut. Parti baru itu bermatlamat mendapatkan kemerdekaan
bagi Tanah Melayu dalam masa tujuh tahun (Vasil, 1971: 46).

Sebagaimana Dato Onn, Tan Cheng Lock juga menaroh harapan


untuk melihat kemunculan badan bukan perkauman. Idea ini dikemukakan
dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MCA pada 21 April 1951.
Menurut Tan parti itu "might be superimposed upon, and co-exist with
UMNO,MCA and the Malayan Indian Congress (MIC)." Tan menyatakan
bahawa:

Perhaps what is needed, and the first and most practical step to be
taken under existing development of Malayan consciousness among the
people of this land would be to create a new United Malayan National
Organization or Party with a new constitution in which members of all the
races are assembled and meet on a common ground and an equal footing
to discuss the affairs of the country purely as Malayans and which may be
superimposed on or superadded to and co-exist with the existing
communal bodies such as the United National Malay National
organisation, Malayan Indian Congress and Malayan Chinese
Association which are to be retained to care only for the special and
peculiar interests of the various communities (Oong, 1993:289)

Ia menambah:

Thus the ground could be prepared for the possible eventual merging of
the existing communal Associations into the proposed non-communal and
national organization when the time is ripe for and the circumstances
should indicate such a course....(Oong, 1993: 298)

Mengikut Malayan Political Intelligence reaksi terhadap cadangan


Tan Cheng Lock untuk "... amalgamate the three main communal
organisations has been varied" (CO537/7346) MCA Cawangan Seberang
Perai mengalu-alukan idea tersebut dan mencadangkan nama bakal parti
politik atau badan yang akan dibentuk sebagai Kongres Tanah Melayu
atau Malayan Congress. Beberapa pemimpin MIC “… also welcomed the
proposal to amalgamate the MCA, MIC and UMNO" (ibid.).

Cadangan Tan Cheng Lock berbeda sedikit dengan cadangan Dato


Onn. Tan Cheng Lock mencadangkan penubuhan UMNO baru-- United
Malayan National Organization tetapi UMNO lama (United Malays
National organization) dikekalkan atau "co-exist." Parti baru itu akan
menjadi payung atau pengikat kepada badan-badan perkauman-- UMNO,
MCA dan MIC. Dalam kata-kata lain Tan Cheng Lock ingin mewujudkan
perpautan di antara parti baru dengan badan-badan perkauman yang telah
sedia ada. Konsep yang dikemukakan hampir mendekati konsep perikatan
atau politik permuafakatan. Tetapi Dato Onn pula ingin menukarkan
United Malays National Organization kepada United Malayan National
Organization yang akan membawa kepada penghapusan organisasi politik
Melayu. Usaha Dato Onn ini tidak berjaya kerana ideanya terlalu
kehadapan dan belum dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Dato Onn
juga nampaknya terpengaroh dengan kenyataan British yang akan
memberi kemajuan politik dan kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika
penduduk Tanah Melayu dari pelbagai kaum dapat bersatupadu dan
berkerjasama. Dato Onn dengan berat hati telah mengambil alternatif
kedua, keluar daripada UMNO dan berusaha menubuh parti baru yang
dinamakan IMP yang bersifat bukan perkauman. Tan Cheng Lock pula
menyokong parti baru yang dicadangkan tetapi ia terus kekal dalam MCA.

Setelah berbincang dengan Tan Cheng Lock Dato Onn mengambil


keputusan untuk mengumumkan tujuannya untuk membentuk sebuah parti
bukan perkauman pada awal bulan Jun 1951. Dato Onn kemudiannya
menemui Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Henry Gurney memberitahu J. Higham, pegawai kolonial di Pejabat
Kolonial di London bahawa ia "had a long and frank talk" dengan Dato
Onn pada 13 June 1951 (CO573/7303,1951). Mengikut Gurney, Dato
Onn menerangkan tujuannya untuk membentuk Independence of Malaya
Party untuk membebaskan dirinya daripada "the inactive and purely
conservative elements in UMNO who have been obstructing his efforts to
admit non-Malays into UMNO." Golongan ini, menurut Dato Onn,
"merely a dead weight in any political party"(ibid.) Dato Onn berharap
sebagai pemimpin sebuah parti bukan perkauman yang baru ia akan
berupaya mengambil "... the live and active elements of UMNO and also
the kampong Malays" (ibid.)

Gurney memberi nasihat kepada Dato Onn supaya terus memimpin


UMNO dan juga IMP. Tetapi Dato Onn sudah berazam meninggalkan
UMNO kerana "...he was utterly tired of the sabotaging of his efforts by
diehards in UMNO"(ibid.).

Pada 26 Ogos 1951 Dato Onn secara rasmi meletakkan jawatan


dalam Perhimpunan Agong UMNO. Tunku Abdul Rahman, adek Sultan
Kedah telah mengambil alih teraju kepimpinan UMNO. Dato Onn
menganjurkan satu perhimpunan di Majestic Hotel, di Kuala Lumpur pada
17 September 1951. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.
Dianggarkan kira-kira satu ribu orang yang mewakili berbagai bangsa dan
kaum menyertai perhimpunan ini. Satu resolusi telah diterima yang antara
lain menyatakan:

We, the people, here assembled, do hereby affirm the unalterable


and inalienable right of the people of this country to determine the future
political, social, and economic destiny of Malaya. Fully conscious of the
grave problems of the present and the future, we solemnly pledge
ourselves to the task of uniting the people in common loyalty, irrespective
of creed, class,or race, and to work together towards the goal of an
independent State of Malaya.(Oong, 1993:294).

Sebuah jawatankuasa untuk mengorganisasikan IMP telah dibentuk


yang turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin MCA seperti Tan Cheng
Lock, Yong Shook Lin, Setiausaha Agung MCA, dan Khoo Teik Ee,
Bendahari MCA. IMP menyebutkan objektifnya di antara lain: (1)
mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun, (2) pilihanraya
berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan diperingkat kerajaan
tempatan pada 1953 dan kemudian ke peringkat perundangan pusat
berasaskan "adult suffrage" pada 1955, (3) memalayanisasikan
perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu
(Malayan service), (4) memberi pelajaran asas secara percuma kepada
kanak-kanak berumur di antara enam hingga dua belas tahun, (5)
membaiki perkhidmatan kebajikan sosial, terutama di kawasan luar
bandaran the rural areas, (6) memberi subsid dan jaminan harga barangan
keluaran petani-petani, dan (7) mengadakan reform ke atas sistem feudal
di negeri-negeri Melayu (Khong, 1984:162).

Pembentukan IMP telah menimbulkan kembali kegelisahan


masyarakat Melayu yang dahulunya menentang habis-habisan dasar
Malayan Union. Perinsip IMP yang menekankan kosep persamaan hak
kepada semua tanpa mengira bangsa, agama atau etnik menyerupai dasar
Malayan Union. Apabila sahaja Dato Onn membuat pengumuman untuk
membentuk sebuah parti baru masyarakat Melayu terus mengecamnya.
Dalam sepucuk surat kepada akhbar, seorang Melayu dari Kedah
mengatakan pembentukan parti itu merupakan "... a prelude to the
disappearance of the Malay race" (Finkelstein, 1952: 12) dan taraf orang
Melayu akan diturun seperti "... the Red Indians striving to live in the
waste lands of America" (ibid.).
Pembentukan IMP telah menimbulkan konflik perkauman kuat
terutama di Kedah. Menurut Tunku "Di Kedah sahaja telah berlaku
perbunuhan di dalam tidak kurang dari empat buah kampung" (Ahmad
Fawzi Basri, 1991: 341). Tunku Abdul Rahman yang juga Presiden
UMNO menentang keras prinsip-prinsip IMP yang membuka pintu
keahliannya kepada semua orang tinggal di Tanah Melayu tanpa mengira
kesetiaan atau hak-hak kelahiran mereka di sini (Vasil, 1971:52).
Memandangkan tentangan yang kuat daripada orang Melayu harapan IMP
untuk menjadi organisasi yang kuat agak tipis. Namun begitu Dato Onn
mempunyai kenyakinan sikap orang Melayu terhadap IMP akan berubah.
Menurut Dato Onn: "In six or twelve months the Malays would have got
used to the idea of this party"(Oong, 1993:295).

Orang Cina terutama yang diwakili oleh MCA lebih berhati-hati


dalam memberi sokongan kepada IMP. Di kalangan orang ramai Tan
Cheng Lock menyatakan sokongan kepada IMP dan ia juga menyeru
mereka terutama masyarakat Cina supaya mereka menyokong IMP. Tetapi
secara sulit Tan Cheng Lock meneruskan rancangan asalnya ia itu
membentuk satu perpautan atau perikatan parti-parti politik perkauman--
UMNO-MCA dan MIC dengan parti baru atau IMP. Sementara itu MIC
memberi sokongan kuat kepada IMP, bahkan mengikut Vasil MIC "was to
remain loyal to the IMP throughout until its end" (1980: 82-83). Ini
bermakna dua organisasi politik-- MCA dan MIC sudah mempunyai
hubungan rapat dengan IMP.

Jika Tan Cheng Lock ingin merealisasikan idea politiknya untuk


mewujudkan perpautan badan-badan politik perkauman-- UMNO, MCA
dan MIC dengan organisasi bukan perkauman-- IMP, ia harus terlebih
dahulu menyelesaikan konflik di antara Dato Onn dengan Tunku Abdul
Rahman, Presiden UMNO dan membawa mereka ke meja perundingan.
Sebagai salah satu usaha melaksanakan rancangan politiknya Tan Cheng
Lock telah membentuk Tabung Kerjasama Ekonomi dan Persahabatan
Melayu-Cina atau Sino-Malay Friendship and Economic Cooperation
Fund(SMFECF) yang anggota-anggotanya akan terdiri dari Dato Onn,
Tunku dan lain-lain (TCL/4/2-2a,Singapore). Tetapi apabila perkara ini
dibawa ke dalam mesyuarat MCA pada 16 September 1951 nama Tunku
tidak termasuk dalam cadangan keanggotaan SMFECF mungkin
disebabkan tentangan daripada Dato Onn atau Tunku sendiri keberatan
menjadi anggota tabung ini.

Pada mulanya MCA bercadang untuk memberikan peruntukan


berjumlah $100,000.00 untuk tabung berkenaan yang dinyatakan
tujuannya untuk membaiki ekonomi masyarakat Melayu (TCL.4.1. 1951;
TCL.4.7a; dan TCL.4.1b.). Peruntukan besar yang disediakan oleh Tan
Cheng Lock ini dapat dilihat sebagai rasuah politik (political bribe) untuk
mempengarohi dan mendorong Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn
bekerjasama dan mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang
dibentukkan nanti. Tan Cheng Lock membincangkan rancangan
pembentukan jawatankuasa SMFECF tersebut dengan Md. Sopiee (Social
Welfare Department) yang diharapkan dapat menjadi orang pengantara
antaranya Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin
UMNO. Dalam suratnya kepada Tan Cheng Lock bertarikh 12 November
1951, Md. Sopiee yang mungkin tidak dapat membaca niat politik Tan
Cheng Lock menyatakan kesediaannya untuk memberitahu Dato Onn dan
pemimpin-pemimpin UMNO mengenai SMFECF dan rancangan MCA
untuk membantu membaiki ekonomi masyarakat Melayu (TCL/4/7b,
Singapore). Menurut pandangan Md. Sopiee, besar kemungkinan Tunku
Abdul Rahman akan bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut jika ia
dijemput dan ia bersedia "to sound UMNO leaders on [Tan Cheng Lock}...
plan and their participation in it" (ibid.). Tetapi ia menjangka Dato Onn
tidak akan bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin
UMNO dan kemungkinan besar akan meminta supaya peruntukan yang
dicadangkan diselenggarakan melalui Rural and Industrial Development
Authority (RIDA). Md. Sopiee menambah: "What we have to remember is
that it is the goodwill of the Malays that we want, and not if Dato Onn or
Raja Ayoub or myself." Md. Sopiee juga mengingatkan Tan Cheng Lock
"Eventhough we might disagree very strongly with Tunku Abdul Rahman
and his narrow communalism, UMNO is still the most representative of
existing Malay organisations." Pada pandangannya "...it would be a
tragic failure if we by-passed UMNO" (ibid.).

Usaha-usaha Tan Cheng Lock untuk memainkan peranan sebagai


orang tengah di antara Dato Onn dan Tunku menghadapi masalah apabila
Dato Onn meminta ia mengambil peranan penting bagi menubuhkan
cawangan IMP di Melaka. Permintaan Dato Onn yang terkandong dalam
suratnya bertarikh 30 November 1951 telah menimbul dilemma bagi Tan
Cheng Lock. Tan Cheng Lock sebenarnya belum bersedia untuk komited
kepada IMP tetapi ia harus memberikan jawapan yang positif bagi
mengelakkan sebarang salah faham dengan Dato Onn. Dengan demikian
Tan Cheng Lock menyatakan ia menyokong cadangan Dato Onn bagi
membentuk cawangan IMP Melaka (TCL.4.7. 15 Dis. 1951, Singapore).
Tan Cheng Lock juga memberitahu Dato Onn bahawa "I have also written
to Mr. Humphrey Ball of Allen & Gledhill to see me." Ia menambah "He
has been so far extremely useful to our cause" (ibid.) Ball, seorang
peguam British yang kemudiannya menjadi Penasihat Undang-undang
MCA membincangkan perkara tersebut. Tan Cheng Lock tidak
menjelaskan apa pandangan atau pendirian Ball tetapi kemudian didapati
Ball mempunyai pandangan yang bertentangan dengan cadangan Dato
Onn.

Pada 19 Disember 1951 MCA cawangan Melaka telah


mengadakan satu mesyuarat informal dengan tujuan untuk membentuk
IMP cawangan Melaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Humphrey
Ball telah mencadangkan supaya "... a reconciliation between [the] I.M.P
and U.M.N.O should be attempted before the creation of a Branch in
Malacca" (HBB, 1951). Jika tidak menurut Ball, "there was a risk of
creating a racial division" (ibid.). S. Shunmugan, seorang peguam, juga
menyokong dengan kuat cadangan Ball. Ia mengatakan "... it would be
desirable that other parties and Organisations having the same aims as
I.M.P. should be allowed to affiliate rather than forced to disband" (ibid.).
Dalam mesyuarat tersebut Tan Cheng Lock memperlihatkan sokongan
kepada "I.M.P movement whole-heartedly because it undertook to work
for communal equality" dan ia merayu kepada hadiran untuk membentuk
"Organising Committee" bagi IMP cawangan Melaka (ibid.). Para hadiran
yang lain termasuk Tan Siew Sin menyokong cadangan ini. Beberapa
orang yang dipilih menjadi ahli jawatankuasa tersebut termasuk lah Tan
Cheng Lock, Tan Siew Sin dan C.F. Gomes yang menjadi "Convenor of
the Organising Committee" (ibid.).

Nampaknya mesyuarat ini lebih merupakan satu sendiwara untuk


memberi tambahan masa bagi Tan Cheng Lock meneruskan rancangannya.
Jika Tan Cheng Lock benar-benar tidak bersetuju dengan pandangan Ball
ia tidak akan mengambilnya sebagai Penasihat Undang-undang MCA. Tan
Cheng Lock boleh menggunakan pandangan Ball dan Shunmugan sebagai
alasan bagi melengah-lengahkan pembentukan IMP cawangan Melaka.
Oleh kerana itu dalam mesyuarat tersebut Tan menyatakan "...if Mr.
Shunmugan and Mr. Ball would put their views on paper he would
forward to Dato Onn..."(ibid.) Mesyuarat tersebut memutuskan akan
membentuk IMP pada Januari 1952 sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 250 yang mendaftar untuk menjadi ahli IMP cawangan
tersebut. Walau bagaimanapun IMP Cawangan Melaka tidak dapat
dibentuk mengikut jadual yang ditetapkan. Sementara itu IMP Cawangan
Kuala Lumpur pula mendapati kesukaran untuk menjalinkan kerjasama
dengan MCA Cawangan Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat Jawatankuasa
IMP Cawangan Kuala Lumpur pada 3 Januari 1952 Dato Onn menyatakan
bahawa MCA Cawangan Selangor "was not prepared to come in with the
IMP for the election"(Vasil, 1980:85). Perkembangan yang berlaku
menunjukkan bahawa sementara MCA Melaka berusaha mengukohkan
hubungan dengan IMP, MCA Kuala Lumpur pula menjauhkan diri.
Perkembangan-perkembangan yang terjadi memang telah menimbul
kekeliruan Dato Onn dan juga beberapa pemimpin MCA sendiri terutama
kelewatan menubuhkan IMP Cawangan Melaka. Ini menyebabkan Dato
Onn meminta penjelasan MCA yang dijawab oleh Tan Siew Sin.

My father [Tan Cheng Lock] informs (me) that (Yong) Shook Lin
(MCA Secretary general) is under the impression that we in Malacca are
afraid of forming a branch of the IMP just because two lawyers [H.B.Ball
and S.Shunmugam] are against it. I can assure you on behalf of my father
and myself that the opposition of two lawyers is no importance whatever
as far my father and I are concerned" (kutipan dlm Vasil,1971:p.66).

Sementara itu tindakan Dato Onn dan pemimpin-pemimpin politik


lain telah membentuk IMP, Tunku Abdul Rahman selaku Yang DiPertua
atau Presiden UMNO "telah berasa khuatir di atas nasib orang-orang
Melayu kelak sekiranya parti tersebut memegang kuasa atas
Malaya"(kutipan dalam Ahmad Fawzi Basri, 1991:340). Tunku menyedari
bahawa perkembangan politik waktu itu telah meningkatkan konflik
perkauman. IMP sebuah organisasi politik yang memperjuangkan kosep
persamaan hak bagi semua kaum disokong oleh MCA dan MIC, sementara
masyarakat Melayu pula terus menyokong UMNO. Konflik perkauman
akan bertambah buruk jika sekiranya kedua-dua pihak--IMP, MCA dan
MIC-- di satu pihak bertanding melawan UMNO.

Memandangkan keadaan demikian Tunku Abdul Rahman telah


bersetuju untuk menghadiri satu pertemuan di kediaman Thuraisinggam
(bekas pengerusi CLC dan juga pemimpin IMP) pada bulan Januari 1952.
Antara mereka yang turut serta termasuk Tan Cheng Lock, Rasmani R.
Ramani, seorang peguam India dan beberapa ahli Majlis Perundangan
Persekutuan. Menurut Thuraisinggam "the reason for the meeting as being
the altruistic one of saving Malaya from bloodshed."(CO 1022/85 B.H.
Oon kepada J.J.Paskin, 5 Feb. 1952). Untuk menggelakkan konflik
perkauman Thuraisinggam mencadangkan supaya dibentuk sebuah
pergerakan antara kaum seperti CLC dengan salah satu tujuan untuk
berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku juga telah
bersetuju dengan cadangan tesebut yang menurutnya "Saya telah
mengambil berat pergi jumpa Dato Sir Onn dan pemimpim-pemimpim
IMP... dan mencadangkan kepada mereka supaya mengadakan perikatan
dengan UMNO" (kutipan dalam Ahmad Fawzi Basri, 1991:341). Tetapi
pertemuan ini gagal menghasilkan satu keputusan yang positif kerana
menurut B.H.Oon, ahli Majlis Perundangan Persekutuan dari Pulau Pinang
dan salah seorang pemimpin MCA, "T[unku] A[bdul Rahman] took the
stand that all must help him drive out the British before he would discuss
terms of granting rights to non-Malays" (CO 1022/85). Tan Cheng Lock
tidak membuat sebarang komitmen dan seterusnya "... excused himself to
attend a dinner with Sir J.Hay"(ibid.).

Cadangan Tunku untuk membentuk perikataan UMNO dengan


IMP telah gagal kerana menurut Tunku "Mereka [IMP] telah menolak"
(Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341). Selepas itu "beberapa orang pemimpin-
pemimpin UMNO di Kuala Lumpur telah berjumpa saya dan memberitahu
bahawa tujuan mereka hendak mengadakan perikataan dengan MCA untuk
bertanding di dalam pilihanraya Municipal Kuala Lumpur"(Ahmad Fawzi
Basri, 1991: 341). Menurut Tunku, "Saya telah berfikir inilah suatu jalan
bagi menghuraikan masalah yang telah meruncingkan saya itu dan saya
pun memberikan persetujuan saya dengan serta-merta, dan dengan itu
terdirilah Perikatan dengan tujuan bertanding di dalam pilihanraya
Municipal Kuala Lumpur." (Ahmad Fawzi Basri, 1991:341) yang
diadakan pada 16 Februari 1952.

Pilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur


Dan Pengumunan Perikatan UMNO-MCA

Para pemerhati politik semasa seperti para wartawan tidak mengetahui


pertemuan sulit yang diadakan di antara Tan Cheng Lock, Tunku Abdul
Rahman dan Dato Onn di rumah Thuraisinggam di Kuala Lumpur. Berita
mengenai peristewa ini tidak kedapatan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Apabila UMNO Cawangan Kuala Lumpur dan MCA mengumumkan
deklarasi bersama pada 8 januari 1952 sebuah akhbar berbahasa Inggeris
di bawah tajuk "UMNO and MCA To Fight Elections" menyatakan : "The
merger was the most unexpected move to date in the campaign" (The
Straits Budgets, 10 Januari 1952).

The Straits Budgets menyatakan bahawa pengumuman deklarasi


bersama tersebut dibuat satelah satu perjumpaan diadakan di anatara
H.S.Lee, Presiden MCA Cawangan Selangor dan Dato Yahya bin Abdul
Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur.
Seterusnya dinyatakan bahawa UMNO-MCA akan bertanding dalam
pilihanraya tersebut "on a common non communal, non-party basis"
(ibid.). Akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan pada 9 Januari 1952 di
bawah tajuk berita "Kegemparan Dalam Pilihanraya Kuala Lumpur:
UMNO Dan MCA Bersatu" melaporkan bahawa "Suatu kejadian yang
telah mengemparkan telah berlaku dalam ... pertandingan pilihanraya
Munisipal Kuala Lumpur... dua pertubuhan politik yang berdasarkan
perkauman telah bersatu dalam pertandingan itu."

Akhbar Utusan Melayu keluaran hari berikutnya melaporkan


reaksi berbagai-bagai pihak terhadap tindakan MCA dan UMNO
menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya ini. R.K. Pannikar, ahli Majlis
Bandaran Kuala Lumpur berkata: "perpaduan antara UMNO cawangan
Kuala Lumpur dengan Persatuan Cina Malaya ada lah satu perpaduan
yang tidak suci." (Utusan Melayu, 10, Jan. 1952) Ia juga mengatakan
"sekarang siapa jual Melayu kepada Cina... UMNO atau Parti
Kemerdekaan Malaya." K.L.Devasar, Presiden MIC yang juga calon IMP
dalam Pilihanraya Majlis Bandara Kuala Lumpur berpendapat:

Perpaduan itu satu perpaduaan di luar kulit sahaja. Bagaimana dua


pertubuhan yang berdasar perkauman bersatu padu dan memanggil diri
mereka satu pertubuhan yang tidak berdasar perkauman.

Hashim Ghani, Presiden Persatuan Melayu Semenanjung dilapor


sebagai berkata:

Saya meramalkan bahawa UMNO akan sekali lagi jatuh di mata


orang ramai. Saya tidak terkejut kalau Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya
UMNO Kuala Lumpur telah menjualkan UMNO kepada Persatuan Cina
Malaya. Saya takut tindakan ini tidak dipersetujui oleh UMNO ibu
pejabat.

Akhbar Utusan Melayu juga melaporkan tindakan UMNO Kuala


Lumpur dan MCA Cawangan Selangor tersebut mendapat respon yang
positif daripada Mohammad Sopiee yang dilaporkan sebagai Setiausaha
Parti Buruh Selangor (Utusan Melayu, 10 Jan.1952). Menurut Utusan
Melayu Inche Sopiee berkata:

dia menyambut baik akan perpaduan itu kerana pilihanraya Munisipal


tidak akan dijalankan di atas dasar perkauman. Dia berharap perpaduan
tidak terbatas kepada setakat Kuala Lumpur atau Selangor sahaja tetapi
seluruh Malaya. Dia juga berharap bahawa perpaduan ini tidak
bersifat sementara hanya dalam pertandingan Pilihanraya Munisipal
sahaja tetapi kekal sebab kedua-dua pertubuhan itu ada lah pertubuhan-
pertubuhan yang betul-betul mewakili kaum Melayu dan Cina.

Perlu disebutkan kembali bahawa Mohamad Sopiee telah


membantu Tan Cheng Lock dalam usaha-usaha untuk menarik Tunku
Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO menganggotai
jawatankuasa SMFECF dan ia juga mengingatkan Tan supayai tidak
mengenapikan UMNO. Besar kemungkinan Mohammad Sopiee masih
meneruskan peranan sebagai orang tengah di antara Tan Cheng Lock
dengan Tunku Abdul Rahman dan menyokong kuat pewujudan kerjasama
UMNO-MCA dalam pilihanraya ini.

Tuduhan bahawa ibupejabat UMNO tidak mengetahui usaha-usaha


bagi mewujdkan kerjasama UMNO-MCA telah dinafikan oleh pemimpin-
pemimpin UMNO. Sadon Jubir, ahli Jawatankuasa Kerja Agung UMNO
dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Hal-ehwal Siasah dan Pilihanraya
UMNO mengatakan pihak ibupejabat mengetahui perkara itu dan
"ibupejabat UMNO telah bersetuju dengan sikap UMNO Kuala Lumpur
itu" ( Utusan Melayu 10 Januari 1952). Sadon menambah bahawa "...itu
lah cara yang baik dalam perjuangan pilihanraya itu." Tunku Abdul
Rahman selaku Presiden UMNO turut serta dalam kempen pilihanraya
untuk menyokong calon-calon UMNO dan MCA. Pada 13 Januari 1952
turut hadir dalam satu rapat umum yang diadakan di Dewan Perhimpunan
Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tunku memberi penjelasan kepada para
hadirin seramai 400 orang (70 daripadanya Melayu) bahawa "beberapa
kejadian telah berlaku dalam beberapa bulan terakhir ini menyebabkan
UMNO dan Persatuan Cina Malaya sangat perlu bekerjasama dan saling
mengerti antara satu sama lain" dan menyatakan perasaan gembiranya
kerana "persetujuan di antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA
Cawangan Selangor... dapat berlaku dengan segera dan lancar..." (Utusan
Melayu, 14 Januari 1952). H.S. Lee selaku Presiden MCA Cawangan
Selangor pula menjelaskan bahawa pembentukan "Persatuan UMNO-
MCA ... merupakan kemahuan semula jadi politik" (ibid.).

Dalam Pilihanraya Bandaran perikatan UMNO-MCA bertanding


dalam semua kawasan undi: Lima UMNO dan tujuh MCA termasuk
seorang ahli bersekutu. Calon-calon UMNO tediri daripada Inche
Abdullah Yassin, Inche Yahya bin Sheikh Ahmad, Inche Salleh Hakim dan
Raja Mohamad bin Raja Alang yang kesemua kecuali satu bertanding
merebut kerusi-kerusi dalam Sentul Ward. Seorang lagi calon, Raja
Mohamad bertanding di Bangsar Ward. Calon-calon MCA pula terdiri dari
Chan Kwong Hon, Ong Yoke Lin, Cheah Ewe Keat, Douglas K.K. Lee
dan Chan Chee Hong, kesemuanya bertanding di Imbi dan Petaling Ward.
Elsie Somasundaram, seorang ahli sekutu MCA turut bertanding di
Bangsar Ward. Dalam kempen pilihanraya perikatan UMNO-MCA
menekankan kepada isu-isu tempatan seperti yang terkandong dalam
deklarasi bersama mereka yang antara lain menekankan aspek-aspek
berikut:

1. Inter-racial harmony was a pre-requisite to any successful administration;


2. Close co-operation among all the elected councillors was necessary for
efficient municipal council; dan
3. The purely localinterests of the municipality did not call for
politicalactivies (The Straits Budgets, 10 Januari 1952).
Seperti yang disebutkan pada masa Pilihanraya Majlis Bandaran
Kuala Lumpur diadakan pada pemimpin-pemimpin MCA kelihatan
seolah-olah berpecah. Pemimpin-pemimpin MCA terutama Tan Siew Sin,
anak kepada Tan Cheng Lock dan Yong Shook Lin memberikan sokongan
kuat kepada calon-calon IMP. Sementara itu H.S.Lee, Pengerusi MCA
Cawangan Selangor pula menyokong calon-calon perikataan UMNO-
MCA (Oong, 1993: 347). Tan Cheng Lock yang dijangkakan akan
berkempen bagi IMP mengambil sikap berkecuali. Menurut Vasil
sepanjang pilihanraya ini "the IMP had emphasized its non-communal
characters; it put forward non-communalism as one of its main appeals"(
Vasil,1980:86). Ketepatan pandangan ini boleh diakui. Tetapi untuk
menyatakan "The UMNO and the MCA, on the other hand, emphasized
their respective communal appeals" agak kurang tepat. Tidak ada bukti
menunjukkan MCA cuba mengexploitasikan isu-isu perkauman bagi
memancing undi, sebalinya menekankan kepentingan kerjasama antara
kaum. UMNO juga menekankan prinsip ini. Misalnya Suara UMNO
menyatakan "Kaum-kaum bukan Melayu boleh menaroh kepercayaan
penoh dan tidak was-was lagi ya itu orang-orang Melayu bukan lah terlalu
sempit fikiran dan pandangan mereka sekira-kira tidak sanggup
menimbangkan kedudukan kaum-kaum bukan Melayu" (Petikan daripada
Suara UMNO dalam Utusan Melayu, 17 Jan. 1952).

Keputusan pilihanraya memperlihatkan bahawa pengundi


memberikan sokongan kuat kepada calon-calon perikatan UMNO-MCA.
Sembilan daripada 12 kerusi dimenangi oleh perikatan manakala dua
sahaja kerusi diperolehi oleh IMP termasuk kerusi yang dimenangi oleh
Presiden MIC Kuala Lumpur. Perikatan UMNO-MCA memperolehi 5,180
undi Melayu, 4,928 undi Cina dan 232 undi India (Vasil,1980:89). IMP
pula memperolehi 1,988 undi Melayu, 1,394 undi Cina dan 3,262 undi
India (ibid.). Nampaknya masyarakat India memberi sokongan padu
kepada IMP mungkin disebabkan oleh kerana K.L.Devasar, Presiden MIC
Kuala Lumpur bertanding di atas tiket parti ini.

Keputusan Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur memperlihatkan


dengan jelas bahawa masyarakat Melayu dan Cina lebih tertarik kepada
idea kerjasama politik antara kaum (interracial cooperation) daripada non-
perkauman. Tan Cheng Lock sangat gembira dengan kemenangan yang
dicapai oleh perikataan UMNO-MCA dan menghantar telegram ucapan
tahniah yang diterima oleh H.S.Lee pada 18 Februari 1952 (Oong,
1993:347). Antara lain ia menyatakan “… that the cause of Sino-Malay
co-operation and the political activities should triumph throughout the
country...(ibid). Kenyataan ini tidak pula bermakna Tan Cheng Lock
tergesa-gesa mengubah pendirian politiknya tetapi perkembangan yang
berlaku ada lah selaras dengan idea politiknya yang menyatakan:
"Principles are more important than people"(ibid: 349). Ia menyokong
prinsip-prinsip IMP, kerjasama UMNO-MCA dan Melayu-Cina. Thio
Chan Bee, seorang teman karibnya menyatakan: What is now needed is a
rallying together of the UMNO-MCA-IMP, but it will need god's guidance
and help to be successful." Ia seterusnya menasihatkan Tan Cheng Lock
supaya "show goodwill to rival units and hold up the ideal of all-Malayan
unity and co-operation for the good of all and for the country" (ibid: 349).

Bagi Tunku Abdul Rahman kemenangan perikatan UMNO-MCA


dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur sangat bermakna. Dalam
perutusan yang dikirimkan kepada H.S. Lee, Tunku menyatakan "Alliance
great achievement profit[s] Malaya" dan berharap perikatan ini akan
berkekalan dan berkembang ke seluruh negara (ibid: 348). Tunku juga
sacara peribadi bersedia memberi konsesi politik yang lebih luas kepada
orang Cina dan bukan Melayu yang lain seperti prinsip kewarganegaraan
berdasar jus soli dan konsep Tanah Melayu untuk semua penduduk Tanah
Melayu. Tetapi menurut Tunku "in order to get his view agreed to his
U.M.N.O. Branches ...there should be liaison meetings between the
leaders of the U.M.N.O. and the leaders of the M.C.A. in the various
States and Settlements to discuss confidentially and in a friendly manner
these various points" ( Ibid.).

Selepas pilihanraya Tan Cheng Lock masih menjalinkan hubungan


yang rapat dengan IMP dan Dato Onn di samping itu secara sulit ia terus
memainkan peranan orang tengah untuk merapatkan hubungan Dato Onn
dengan Tunku Abdul Rahman. Tan Cheng Lock mengikut rombongan
Dato Onn ke seluruh Semenanjung bagi membentuk cawangan-cawangan
IMP seperti di Melaka dan Pulau Pinang. Melalui H.S. Lee pula
perbincangan-perbincangan diadakan untuk membentuk perikatan
UMNO-MCA secara formal.

Tindak-tandok Tan Cheng Lock bermain "kayu tiga" telah dapat


dihidu oleh Dato Onn dan telah menimbulkan kemarahannya.Hubungan
mereka menjadi tegang apabila Dato Onn mengambil tindak balas dengan
melancarkan kempen menentang kegiatan-kegiatan MCA yang
menganjurkan loteri yang dikatakannya digunakan untuk tujuan-tujuan
politik (Vasil, 1971: 72). Tindakan ini menyebabkan Tan Siew Sin
meletakkan jawatan daripada IMP pada 18 September 1952. MCA juga
meneruskan usaha merapatkan hubungan dengan UMNO. Walau
bagaimana pun Tan Cheng Lock perlu mempastikan hubungan ini tidak
akan merugikan masyarakat Cina. Pandangan dan sikap Tunku secara
peribadi terhadap masyarakat Cina perlu diselidiki agar masa hadapan
masyarakat Cina di Tanah Melayu terjamin.

Hampir setahun selepas Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala


Lumpur, yakni pada 3 Februari 1953 buat kali pertama pemimpin-
pemimpin MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan pemimpin-
pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tunku menghadiri mesyuarat secara
tidak formal bagi mengukuhkan hubungan di antara kedua pertubuhan.
Antara yang hadir termasuk lah wakil-wakil UMNO: Inche Sardon Jubir
[sic], S.A. Bahaman, Dr. Ismail Rahman dan Syed Nasir bin Ismail dan
wakil-wakil MCA: H.S.Lee, Leong Yew Koh, S.M. Yong dan Ong Yoke
Lin. Tan Cheng Lock telah dipilih bagi mempengerusikan mesyuarat ini
dan mesyuarat berikut oleh Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock
secara bergilir. T. H. Tan, Ketua Setiausaha Eksekutif MCA dipilih
menjadi Setiausaha mesyuarat tidak formal ini. Tan Cheng Lock
menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini ia lah "to fix an agenda for the
UMNO-MCA roundtable conference" (HSL, Minutes of the informal
meeting of UMNO-MCA representatives, 3 Feb. 1953).

Sebelum perbincangan lanjut dibuat Tan Cheng Lock telah


memberi penerangan kepada mesyuarat tentang usaha-usaha MCA untuk
menolong membaiki ekonomi orang Melayu. Menurutnya MCA telah
menyediakan peruntukan $500,000.00 (daripada wang loteri) untuk tujuan
menolong orang Melayu. Tan Cheng Lock juga menjelaskan usahanya
untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Dato
Onn, wakil-wakil UMNO, Tan Cheng Lock, Raja Ayoub (sebagai
setiausaha) dan lain-lain. Malangnya menurut Tan Dato Onn menentang
kemasukan wakil-wakil UMNO. Dengan demikian usahanya terbengkalai.

Tan Cheng juga telah menyentuh mengenai CLC yang


dianggapnya kurang berguna kerana ahli-ahlinya terbatas kepada beberapa
pemimpin kaum. Menurut Tan apa yang diperlukan ia lah "...a pyramidial
system of Sino -Malay liaison committee starting from the top right down
to the massess" (ibid.). Tan Cheng Lock kemudian menyoh isu
kemerdekaaan. Menurutnya: "Before even discussing independence, it was
essential that the Malays and Chinese who together formed 90 percent of
the population, must get together and stand ao a common platform of
understanding and co-operation." Tan Cheng Lock juga menyentoh
perkhidmatan awam atau Malayan Civil Services (MCS) yang pintunya
masih tertutup bagi masyarakat Cina atau bukan Melayu. Tetapi Tunku
Abdul Rahman menyatakan pehak Sultan yang "oppose the opening of the
M.C.S. to the other races" (ibid.). Tindakan selanjutnya mengatakan
bahawa masalah tersebut timbul disebabkan oleh penjajahan British.
Menurutnya: "...the Malay now felt that as long as the British were here ,
there could never be any true understanding between the Malays and the
other races because of the British policy of Divide-and-Rule." Ia
menambah: The Malays no longer wanted to play the role of children."
Walau bagaimana pun menurut Tunku mereka belum bersedia untuk
membincangkan isu kemerdekaan tetapi mengenai pilihanraya di
peringkat persekutuan yang merupakan satu tahap ke arah kemerdekaan.

Mesyuarat tidak formal ini bersetuju untuk membentuk


jawatankuasa perhubungan UMNO-MCA di semua peringkat dan arahan
akan diberikan kepada cawangan-cawangan UMNO dan MCA. Sebuah
jawatankuasa kecil telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri dari Dr. Ismail
rahman, Sardon Jubir, S.M.Yong dan H.S.Lee untuk merangka peraturan-
peraturan pilihanraya persekutuan.

Mesyuarat kedua di antara wakil-wakil UMNO dengan MCA


diadakan pada 21 Februari 1953 di Singapura (HSL, Minutes of the
second informal meeting of UMNO and MCA representative, 21 Feb.
1953). Mesyuarat ini membincangkan deraf memoramdum mengenai
Peraturan-peraturan Pilihanraya Persekutuan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Kecil yang dilantik pada 3 Februari lalu. H.S.Lee meminta
mesyuarat memasukkan kenyataan "We agreed that anybody who cuold
vote in the Municipal elections in Kuala Lumpur in Februari 1952 could
also vote in the Federal elections." Tunku tidak keberatan menerima
prinsip tersebut. H.S. Lee dan Tan Cheng Lock juga membetulkan
beberapa fakta yang dianggap tidak tepat mengenai MCA. Misalnya
Dr.Ismail menimbulkan pertanyaan tentang kemungkinan MCA
dipecahkan kepada dua bahagian iaitu politik dan kebajikan. Menurut
Dr.Ismail bahagian politik disertai oleh golongan yang boleh mengundi
dalam pilihanraya mengikut undang-undang. Sementara golongan yang
menyertai MCA "on account of the lottery menyertai bahagian kebajikan.
Kedua-dua pemimpin MCA membantah kenyataan tersebut dan
mengatakan "it was not correct to say that the M.C.A. was purely a
welfare organization". Mereka menambah: In fact , it was political from
the start and its political aspects had been implemented from its
inception."

Tunku pula menjelaskan pendirian UMNO bahawa segala


keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa bersama tidak akan mengikat
UMNO dan MCA. Menurutnya: "The decisions were merely
recommendations to the MCA and UMNO for acceptance or otherwise by
their respiective executive." Fungsi mesyuarat perwakilan UMNO-MCA
persis sama dengan CLC sebagai badan membincangkan masalah-masalah
politik dan ekonomi yang boleh menjejaskan hubungan kaum.
Perbincangan yang terperinci dibuat diperingkat tertinggi dan segala
keputusan yang diambil akan diserahkan kepada pertimbangan pertubuhan
masing-masing.

Dalam mesyuarat ini juga Tunku mencadangkan "Joint


Committee" menganjurkan kongres kebangsaan yang akan turut dihadiri
oleh pertubuhan-pertubuhan politik yang lain termasuk IMP. Ini juga
bermakna Tunku tidak menolakkan kerjasama dengan Dato Onn dan IMP.
Tetapi cadangan Tunku tidak disetujui oleh Tan Cheng Lock yang
mengatakan ada lah merbahaya untuk menganjurkan kongres "without the
Chinese and the Malays first agreeing absolutely on each principle to be
put before the congress..." H.S. Lee dan Ong Yoke Lin juga sependapat
dengan Tan Cheng Lock. Dengan ini Tunku terpaksa menangguhkan
rancangannya itu sehingga "UMNO and MCA had achieved absolute
agreement on vital principles."

Mesyuarat wakil-wakil UMNO-MCA ketiga dilangsungkan pada


8 Mac 1953 di Johor Baharu (HSL, Minutes of the third informal meeting
of UMNO and MCA representatives, 8 Mac 1953) at the UMNO.
Mesyuarat membincangkan isu-isu mengenai tahanan politik dan usaha-
usaha UMNO dan MCA untuk menolong membebaskan mereka. Tunku
Abdul Rahman memberitahu mesyuarat bahawa "UMNO had already
taken up the case of the detention of Abdul Samad, formerly of Utusan
Melayu. Ia meminta bantuan Tan Cheng Lock yang akan berbincang
dengan peguamnya. Perkara-perkara lain yang dibincangkan termasuk lah
mengenai lawatan John D. Rockeller, pembentukan perikatan UMNO-
MCA di Singapura, penubuhan Universiti Nanyang, rancangan latihan
untuk membantu masyarakat Melayu dari segi ekonomi dan rancangan
untuk mengadakan kongres kebangsaan. Tunku masih berharap untuk
mengadakan kongres kebangsaan secepat mungkin kerana akhbar-akhbar
menuduhnya "of selling out the Malays to the Chinese" kerana butir-butir
perbincangan mereka diadakan secara sulit. Menurut Tunku, Inche
Mohamad Sopiee, Pengerusi Parti Buruh yang juga pegawai perhubungan
UMNO Seberang Perai dan Pulau Pinang telah pun bersiap untuk
menganjurkan kongres kebangsaan. Tetapi Tunku telah meminta supaya
ditangguhkan. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan
kenyataan kepada akhbar bahawa mereka "agreed to sponsor a National
Congress to discuss the question of General Elections in the Federation."
Kongres tersebut akan diadakan selepas UMNO dan MCA mencapai
persetujuan sebulat suara mengenai pilihanraya. Seterusnya dinyatakan
bahawa "The Congress will be part of the plan to attain the objective of
full responsible self-government by all legitimate means."

Setelah beberapa kali bermesyuarat akhirnya Perikatan


mengambil keputusan mengadakan Konvensi Kebangsaan (nama asal
Kongres digugurkan) pada 23 Ogos 1953. Perikatan UMNO-MCA
mengenalpasti beberapa pertubuhan yang akan dijemput menyertai
Kongress Kebangsaan Antara pertubuhan-pertubuhan itu termasuk
UMNO, MCA, PMU, pertubuhan-pertubuhan India saperti MIC, FIO,
MIA, dan MBIA, Persatuan Orang Serani, Persekutuan Ceylon Tanah
Melayu, SCBA dan juga IMP. Objektif awal Kongress ini untuk
membentuk National Congress Party of Malaya dan membolehkan
pilihanraya umum diadakan pada tahun 1954. Perikatan UMNO-MCA
menghadapi banyak masalah untuk menganjorkan Kongress kebangsaan
termasuk perselisihan faham di antara MCA dengan pemimpin-pemimpin
Parti Buruh yang menyebabkan parti ini menarik diri daripada menjadi
panganjor.
Walaupun Perikatan UMNO-MCA menjemput 15 pertubuhan
tetapi yang hadir cuma empat buah tidak termasuk perikatan. Pertubuhan
itu ialah PAS (Pan-Malayan Islamic Party), PMU (Peninsular Malays
Union ), KMU (the Kelantan Malay Union ) dan Parti Buruh Tanah
Melayu (the Pan-Malayan Labour Party). Konvensi Kebangsaan
mengeluarkan manifestonya yang antara lain menyatakan : "We the people
of Malaya, as reprensented by our political organisations, determined to
establish strenght and unity independent state ( in which the sovereignty
of the sultans as constitutional Rulers of their respective territories shall
be maintain) , social order on the basis of eternal principles of justice,
liberty and unity…" (SSPHSLee). Konvensi ini juga meminta supaya
Pilihanraya Persekutuan diadakan pada atau sebelum bulan November
1954.
Dalam ucapan perasmian Konvensi Nasional ini Tunku Abdul
Rahman menjelaskan kepada hadirin mengenai keperluan penduduk Tanah
Melayu bersatupadu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu. British akan menamatkan penjajahan ke atas Tanah Melayu
dengan syarat penduduk dari pelbagai kaum dapat bersatupadu dan
pemberontakan Komunis dapat dihapuskan. Perkara ini dinyatakan oleh
Oliver Lyttelton, Stiausaha Negara Bagi Tanahjajahan British semasa
lawatannya ke Kuala Lumpur dalam bulan Disember 1951 (Oong,
2000a:175). Menurut Tunku, “We were informed by him that Malaya
would be given Independence as soon as as the various races in this
country are united and from that moment we are determined to show him
and the rest of the world …” (HSLee Papers, Opening of Tunku Abdul
rahman’s address at the National Convention) Tunku selanjutnya
menyatakan “ Without this unity all talk and planning for self-government
is futile and meaningless.” Tan Cheng Lock juga bersetuju dengan
pandangan Tunku dan mengatakan “we must exert our earnest and utmost
effort s to achieve the positive task of bringing about and advancing the
cause of communal unity, especially between the Malays and Chinese and
this is the prerequisite of freedom and independence.” (HSLee Papers,
Speech by Sir Cheng-Lock Tan , 23 Ogos 1953). Dengan semangat dan
dorongan untuk mendapatkan kemerdekaan ini juga menyebabkan
terpecutnya keinginan dan kekuatan kepada kedua-dua pemimpin
berkenaan untuk berusaha and berkerja keras dalam merealisasikan
Perikatan UMNO-MCA dan mencapai matlamat mewujudkan perpaduan
nasional.

Konvensi Nasional telah mencadangkan supaya keanggotaan


Majlis Perundangan Persekutuan diperluaskan dengan ahli-ahli yang
dipilih membentuk golongan majoriti dan Pilihanraya Persekutuan
diadakan pada 1954. Sebagai respon kepada tuntutan-tuntutan Perikatan
dan organisasi-organisasi politik kerajaan British telah membentuk sebuah
Jawatankuasa Pilihan raya bagi merangka langkah-langkah
memperkenalkan Pilihanraya Persekutuan. Jawatankuasa ini mengandungi
46 ahli yang kebanyakan mereka daripada pengikut Dato Onn dan wakil-
wakil dalam Konferens Kebangsaan (National Conference ). Perikatan
UMNO-MCA cuma diberi peluang menghantar tujuh wakil sahaja. Satu
angka yang terlalu kecil bagi dua pertubuhan politik yang kuat dan besar.

Pada Januari 1954, Jawatankuasa Pilihanraya menghasilkan


laporan yang menunjukkan mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.
Laporan Majoriti mencadangkan bahawa 48 dilantik dan 44 dipilih. Ini
bermakna mereka mau melambatkan proses membawa Tanah Melayu
kearah berkerajaan sendiri. Laporan Minoriti yang disokong oleh
Perikatan mencadangkan 60 dipilih dan 40 dilantik. Perikatan
mengemukakan cadangan majoriti ahli dipilih kerana mereka diduga akan
memenangi Pilihan raya yang akan diadakan kelak.
Laporan Jawatankuasa Pilihanraya telah dikemukakan kepada
Pesuruhjaya Tinggi dan Persidangan Raja-raja. Sebuah Kertas Putih
(White Paper) telah diterbitkan mengandungi satu tolak ansur: Dewan
Perundangan Persekutuan yang disusun semula akan mengandongi 98 ahli
dengan 46 dilantik dan 52 dipilih.Perikatan tidak puashati dan menuntut
supaya sekurang-kuranya 3/5 ahli Dewan Perundangan baru
dipilih.Perikatan mengambil keputusan menghantar delegasi ke London
untuk membincangkan isu berkenaan dengan Setiausaha Negara Bagi
Tanahjajahan. Wakil-wakil Perikataan terdiri daripada Tunku Abdul
Rahman, Dato Razak dan T.H. Tan.

Melalui pertolongan Lord Ogmore, wakil-wakil Perikatan telah


dapat menemui Setiausaha Bagi Negara (Oong, 2000a:203). Perikatan
mengatakan mereka tidak dapat menerima cadangan Kertas Putih kerana
pihak yang menang dalam Pilihanraya tidak berupaya membentuk sebuah
kerajaan yang kuat dan mereka boleh dipermain-mainkan oleh ahli-ahli
yang dilantik. Selain daripada kos mengadakan pilihanraya terlalu besar
dan membebankan parti-parti yang bertanding. Rombongan Perikatan
gagal mendapat sokong Setiausaha Negara Bagi tanahjajahan. Sekembali
mereka ke Tanah Melayu mereka meneruskan tuntutan berkenaan.
Templer bersetuju dengan beberapa cadangan Perikatan dan
membayangkan kemungkinan beberapa ahli-ahli khas yang akan dilantik
oleh Pesuruhjaya Tinggi diambil daripada mereka yang dicadangkan oleh
pihak yang menang.

Pada 13 Jun 1954 Perikatan UMNO-MCA mengambil keputusan


memboikot kerajaan dengan menarik ahli-ahli mereka yaang dilantk dalam
badaan-badan kerajaan. Antara mereka yang meletak jawatan termasuklah
H.S. Lee (Pengangkutan), Ismail (Sumber Alam) dan Tunku sendiri.
British berpendapat tindakan Perikatan tidak akan berkesan kerana
kebanyakan ahli-ahli yang dilantik dalam Dewan Perundangan dan badan-
badan kerajaan terdiri daripada penyokong Dato Onn dan Parti Negara
yang mengantikan IMP.
Pada 24 Jun 1954, the Federation of Malaya Agreement
(Amendment) Bill telah dibentangkan di Dewan Perundangan oleh Dato
Onn selaku Ahli Ehwal dalam Negeri. 59 ahli-ahli Dewan yang hadir telah
meluluskan Rang Undang-undang ini dengan sebulat suara. 16 ahli
Perikatan UMNO-MCA memulaukan persidangan ini kerana mereka
menyedari dengan kedudukan sebagai golongan minoriti yang begitu kecil
mereka tidak mempengarohi keputusan Dewan. Pindaan perlembagaan
dilakukan mengikut cadangan Kertas Putih dan Pilihanraya akan diadakan
pada Julai 1955.

Selepas kegagalannya Perikatan telah mengubah strategi


perjuangan dengan cuba mendapat sokongan daripada Sultan-sultan. Pada
2 Julai 1954, mereka mengadakan perarakan yang dihadiri oleh seramai
2000 orang ke Johor Baharu untuk mengadap dan mengemukakan petisi
yang antara lain meminta supaya dilantik sebuah jawatankuasa bagi
mengkaji dan mengemukakan cadangan reformasi perlembagaan unuk
Tanah Melayu.

Strategi Perikatan berjaya memikat hati Sultan Johor yang


kemudian mengadakan mesyuarat dengan sultan-sultan pada 22 dan 23
Ogos 1954. Persidangan Raja-raja Melayu yang diadakan 21 Oktober
1954 telah bersetuju dengan cadangan UMNO mengenai keperluan
menyemak semula perlembagaan Tanah Melayu dan dicadangkan sebuah
Jawatankuasa dilantik dengan ahli-ahli yang kebanyakannya bersimpati
dengan UMNO termasuk Dato Abdul Razak, Naib yang Di pertua
UMNO.

Pesuruhjaya Tinggi juga bertolak ansor dengan Perikatan dengan


memberi jaminan bahawa ia akan berunding dengan parti yang menang
bagi menentukan lima daripada tujuh ahli khas ( seven reserved
Nominated Members seats) dalam Dewan Perundangan. Ini bermakna
parti yang menangi Pilihanraya Persekutuan nanti mempunyai kesempatan
menentukan penyokong mereka akan dilantik bagi lima kerusi khas
berkenaan. Jaminan Pesuruhjaya Tinggi British ini telah diterima oleh
Perikatan dan mereka telah menamatkan pemulauan atau boikot. Kejayaan
ini menyebabkan Perikataan dianggap sebagai juara dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan dan kedudukan politik Dato Onn semangkin
pudar.
Konvensi Nasional telah telah melahirkan Perikataan UMNO-
MCA secara rasmi dan telah kejayaannya menganjurkan Konvensi
Nasional dan tuntutan pilihanraya peringkat persekutuan telah menarik
perhatian dan popular di kalangan penduduk Tanah Melayu. Beberapa
parti politik lain yang bersetuju dengan dasar perjuangan Perikatan telah
memohon untuk menyertai Perikatan. Tunku melaporkan kepada
mesyuarat the UMNO-MCA Alliance yang diadakan pada 13 November
1954 bahawa Pan-Malayan Labour Party berhasrat untuk menyertai
Perikatan. Tunku menyatakan Tan Phock Kim telah menghubungi beliau “
to meet him for a talk to find out whether it would be possible for the
Alliance to accept the Pan-Malayan Labour Party into its fold.”(HSL
Papers). Tetapi Tunku telah menolak permohonan PMLP dan “there was
no place for party like theirs: the Alliance wanted communal parties to get
together and form a united national movement.” Tambahan lagi rancangan
ekonomi Parti Buruh terutama dasar pemiliknegaraan harta asing
bercanggah dengan dasar ekonomi MCA dan UMNO. Penerimaan parti
juga akan menimbul perpecahan dalam MCA dan juga UMNO.

Sementara itu Ong Yoke Lin pula melaporkan kepada mesyuarat


Dr Lim Chong “…wanted to know whether there was any possibility of
four or five members of Penang Radical Party being included in the
Alliance National Council.” Mesyuarat ini mengambil keputusan parti ini
bersifat parti tempatan dan mereka harus menyertai Perikatan peringkat
tempatan atau negeri sebelum mereka diterima di peringkat tertinggi.
Dengan keputusan ini bererti Perikatan menolak penyertaan Parti Radikal.
Tetapi menerima anggota-anggota Cina dari parti berkenaan untuk
menyertai MCA. Antara mereka tewrmasuk Dr Lim Chong Eu yang
kemudian menggantikan Tan Cheng Lock sebagai presiden MCA yang
kedua. Permohonan MIC pula mendapati simpati daripada H.S Lee. Lee
mengatakan K.L.Devaser “…had asked the MIC everwhere in the
Federation to co-operate with the Alliance , whether or not they had been
accepted into the fold.” Lee memuji sikap Devaser dan beliau mengatakan
: “This was to show that the MIC deserved admission.” Tambahan lagi
penerimaan MIC tidak menjejaskan matlamat Perikatan yang ingin
membawa bersama-sama parti-parti perkauman ke dalam satu pergerakan
kebangsaan yang bersatu.

Kesimpulan

Kajian ini memperlihatkan bahawa tiori konflik peribadi yang


dikemukakan oleh beberapa seperti Vasil, 1980: Diane Mauzy, 1983;
Heng Pek Koon, 1988 memang lemah dan tidak disokong dengan data
yang mencukupi.perlu. Hujah-hujah yang dikemukakan merupakan retorik
yang menarik tetapi gagal menjelaskan asal-usul penubuhan Perikatan
UMNO-MCA. Peranan H.S.Lee ditonjol berlebihan sementara Tan Cheng
Lock selaku Presiden MCA dan Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO
bertindak secara pasif atau seolah-olah tidak memainkan apa-apa peranan
dalam pembentukan Perikatan .Sebaliknya kajian ini mendapati Tan
Cheng Lock memberi idea dan telah berusaha untuk mewujudkan
perpautan atau gabungan antara pertubuhan-pertubuhan perkauman
UMNO, MCA dan MIC dengan pertubuhan politik tidak perkauman sejak
21 April 1952.
Idea untuk mewujudkan kerjasama antara kaum dalam usaha untuk
menyelesaikan konflik etnik telah pun diamalkan oleh pemimpin-
pemimpin UMNO dan MCA melalui CLC. Bahkan CLC telah
mempengarohi Dato Onn untuk menukarkan UMNO menjadi organisasi
bukan perkauman. Dato Onn gagal berbuat demikian dan sebagai alternatif
menubuhkan IMP. Tan Cheng Lock menyokong Dato Onn dan IMP
sebagai sebagai salah satu langkah ke arah merealisasikan idea politiknya
yang berteraskan persahabatan Melayu-Cina dalam menentukan halatuju
politik Tanah Melayu. Tan Cheng Lock melalui usaha membentuk
SMFECF cuba menjalinkan hubungan dengan Tunku Abdul Rahman.
Peranan Mohamad Sopiee yang tidak ditonjol oleh seberang penulis
memang penting yang membawa kepada penubuhan Perikatan. Mohamad
Sopiee memberi "feed back" kepada Tan Cheng Lock tentang sikap
masyarakat Melayu dan kekuatan UMNO sebagai satu "force" dalam
politik yang tidak boleh diketepikan. Peranan Ball yang kemudian menjadi
Penasihat Undang-undang MCA membolehkan Tan Cheng Lock
meneruskan rancangan politiknya. Seperti yang disebutkan Ball
menyarankan supaya usaha-usaha untuk membaiki hubungan UMNO
dengan IMP diteruskan sebelum IMP cawangan Melaka dibentuk. Jika
orang ramai telah mengetahui telah Tan Cheng Lock "komited"
sepenuhnya dengan IMP masalah untuk menjalinkan hubungan dengan
UMNO akan menjadi lebih rumit.

Perlu dijelaskan di sini pembentukan IMP telah menghidupkan


kembali kebimbangan masyarakat Melayu mengenai masa hadapan
mereka kerana IMP menekankan prinsip persamaan hak sebagaimana
yang diutarakan dalam rancangan Malayan Union. Ball telah pun
menjelaskan bahawa konflik perkauman akan menjadi lebih genting
kerana IMP ditentang oleh masyarakat Melayu. Tunku Abdul Rahman
selaku Presiden UMNO pernah menjelaskan bahawa pembentukan IMP
telah menyebabkan berlaku pertumpahan darah di beberapa tempat
terutama di Kedah. Tunku juga memang menyedari konflik perkauman
akan melambatkan proses perkembangan ke arah kemerdekaan. Kesedaran
ini telah menjadi pemangkin yang kuat bagi Tunku untuk menjalin
hubungan dengan MCA dan organisasi-organisasi lain.

Daripada informasi yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman, ia


bertemu dengan Dato Onn di rumah Thuraisinggam dalam bulan Januari
1952 dengan tujuan sebagaimana yang disebutkan oleh Thuraisinggam
"saving Malaya from bloodshed." Daripada sumber lain penulis juga
telahpun menyebutkan bahawa Tan Cheng Lock juga telah menghadiri
pertemuan itu. Pertemuan tersebut tidak berhasil tetapi membuka jalan
bagi Tunku untuk menjalinkan hubungan dengan MCA cawangan
Selangor. Sebagaimana yang telah dinyatakan menurut Tunku pemimpin-
pemimpin UMNO Selangor berbincang dengannya terlebih dahulu
sebelum berunding dengan MCA Selangor. Bahkan mengikut Tunku
Abdul Rahman ia turut hadir dalam pertemuan dengan pemimpin-
pemimpin MCA Cawangan Selangor di Dewan Perhimpunan Selangor
untuk membentuk perikatan (Tunku Abdul Rahman, 1977:173). Tetapi
menurut Tunku, Tan Cheng Lock tidak menyertai pertemuan tersebut dan
enggan menyertai perikataan. Ini tidak lah bermakna Tan Cheng Lock
menentang pembentukan UMNO-MCA, bahkan Tan Cheng Lock sentiasa
menekan konsep kerjasama Melayu-Cina dan ingin mewujudkan
perpautan MCA, MIC dan IMP dengan UMNO.

Tindakan Tan Cheng Lock tidak menyertai pertemuan untuk


membentuk perikatan UMNO-MCA dalam pilihanraya Kuala Lumpur
lebih merupakan satu strategi bagi mengelakkan konflik dengan Dato Onn
dan IMP. Seperti yang telah disebutkan pada masa itu Dato Onn mendesak
Tan Cheng Lock membentuk IMP cawangan Melaka yang dijangkakan
dilancarkan pada 31 Januari. Sebagai satu strategi bagi memelihara
hubungan dengan Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman, MCA kelihatan
seolah-olah berpecah dengan MCA Melaka dan Tan Siew Sin komited
kepada IMP, sementara H.S. Lee dan MCA Selangor menyertai perikatan
UMNO. Bagaimana pun akhirnya MCA meninggalkan IMP dan Dato
Onn.

Sebagai rumusan boleh dikatakan bahawa pembentukan Perikatan


UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Cawangan Selangor dalam tahun
1952 bukanlah disebabkan konflik peribadi di antara H.S.Lee dengan Dato
Onn. Kerjasama yang diwujudkan oleh UMNO dan MCA dalam
Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur dapat dianggap sebagai satu
kesinambungan dalam proses perubahan politik perkauman kepada tidak
perkauman dan kerjasama antara kaum sejak CLC. Tindakan H.S. Lee dan
Tunku Abdul Rahman mewujudkan kerjasama UMNO-MCA dalam
Pilihanraya ini adalah untuk mengelakkan pertentangan kaum dan
mengurangkan konflik perkauman di Kuala Lumpur dan juga di seluruh
Tanah Melayu. Perikatan yang diwujudkan di peringkat lokal mendapat
sambutan yang memuaskan di kalangan pengundi berbagai kaum.
Perikatan kemudian dilahirkan secara rasmi dalam tahun 1953 dan berjaya
menganjurkan Konvensi Nasional sebagai persediaan untuk bertarung
dengan British bagi mendapat kemerdekaan untuk tanah Melayu. MIC
yang juga bersimpati dengan perjuangan Perikataan turut diterima sebagai
komponennya.

Walau pun banyak cabaran yang dihadapi Perikatan telah berjaya


membuktikan kepada British dan dunia bahawa penduduk Tanah Melayu
daripada pelbagai kaum dapat bersatu dan memenuhi syarat untuk
mendapatkan kemerdekaan dan diterima sebagai sebuah negara-bangsa
dalam masyarakat dunia. Perikatan UMNO-MCA dan MIC telah
membuktikan hakikat ini dengan mencapai kemenangan besar dalam
Pilihanraya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955. Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969 Perikatan telah diperluaskan lagi dengan
penyertaan parti-parti politik lain dan telah membentuk Barisan Nasional.

Rujukan

CO 537/7303, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlement and


Malay States) PRO. London (Gurney kepada Higham 13 Jun 1951).

CO 537/7343, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlements


and Malay States), PRO. London (Monthly Political Intelligence Report,
April to May 1951.

CO 537/7346, Eastern Colonies, Original Correspondence (Straits Settlements


and Malay states) PRO. London (Political Intelligence Report, Political
Summary- May 1951).

CO 1022/81, South East Asian Department, Original Correspondence 1950-1956,


PRO. London (Report on Recent Political Developments by The Officer
Administrating The Government).

Datar, Kiran Kapur, 1983. Malaysia: Quest for a politics of consensus. New
Dehli: Vikas Publishing House PVT. LTD.

Finkelstein, Lawrence S. 1952. "Prospects for Self-Government in Malaya", Far


Eastern Survey, Vol.XX1, No.2, 30 Januari, American Institute of Pacific
Relations.

HBB, Surat Persendirian Humphrey Ball, koleksi persendirian.

Heng, Pek Khoon, 1988.Chinese Politics in Malaysia A History of the Malaysian


Chinese Association, Singapore: Oxford University Press.

HSL, Surat Persendirian H. S. Lee, koleksi persendirian.

Khong, Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in
Malaya, 1945-57, INSAN, Kuala Lumpur, 1984.

Mauzy, D.K. 1983. Barisan Nasional: Coalition Government in Malaysia, Kuala


Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.
Means, Gordon P. 1970. Malaysian Politics, London: University of London
Press.

Malcolm MacDonald Papers, Department of Palaeography and Diplomatic,


University of Durham (England).

Muhamad Agus Yusoff. 1992a. Consociational Politics: The Malaysia


Experience. Kuala Lumpur: Perikatan Pemuda Enterprise.

---------------------. 1992b. Demokrasi Permuafakatan di Malaysia: Satu


Analisis.dlm Kobkua Suwannathat-Pian et al (peny.) Dua Dekad
Penyelidikan: Sejarah, bahasa dan kebudayaan. Kumpulan kertaskerja 18.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Moore, Daniel E. 1960. "The United Malays National Organisation and The 1959
Malayan Election: A Study of A Political Party in Action in Newly
Independent, Plural Society." Tesis Ph.D University of California.

Oong Hak Ching. 2003a. Peranan Tan Cheng Lock Dalam Penubuhan
Persatuan Cina
Malaya dalam Shahruddin Ahmad et al. (peny.),Sains Sosial dan
Kemanusian
Dalam Abad Ke-20: Isu dan cabaran. Bangi: FSSK (dalam bentuk
cd).

-------------------2003b, Peranan dan sumbangan H.S.Lee dalam perjuangan


ke arah
kemerdekaan Tanah Melayu, dalam Ramlah Adam (peny.)
Pejuang- pejuang
Kemerdekaan. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia, Melaka.

--------------, 2003c. Tunku Abdul Rahman Putra: Pengasas perpaduan


kaum 1953-54
Seminar Memperingati 100 Tahun Kelahiran Almarhum Tunku
Abdul Rahman
Putra: Bapa Kemerdekaan dan Pengasas Perpaduan Kaum, anjuran
Arkib
Negara Malaysia, 10 Februari, Kuala Lumpur.

-------------, 2002. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme Cina : Konflik


dan
kerjasama Kertaskerja dibentangkan pada International Seminar
on Chinese
Scholarship in the Malay World Studies: A Reevaluation of a
Scholarly
Tradition, anjuran ATMA, 16 – 17 September 2002, UKM).

--------------, 2001. Sejarah Penubuhan Persatuan Cina Malaya (MCA),


1948-1949.
Seminar FSKK Ke 4 “ Sains Sosial dan Kemanusian dalam Abad
Ke-21: Isu dan
Cabaran, anjuran FSKK, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27
dan 28 Ogos,
Bangi.

------------------2000a, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The dynamics


of British
policy. Bangi: Penerbit UKM.

-------------------, 2000b. Perikatan UMNO-MCA-MIC dan perjuangan ke


arah
kemerdekaan, dalam Kumpulan kertaskerja seminar penghayatan
dan
pengukuhan kemerdekaan (jilid I0, Kuala Lumpur: Kementeriaan
Kebudayaan,
Keseniaan dan Pelancongan Malaysia.

-----------------, 2000c. Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan


Penubuhan
UMNO-MCA. Kuala Lumpur: Memorial Tunku Abdul Rahman.

------------------ 1993. British Policy and Chinese Politics 1942-1955. Tesis PhD
Universiti Hull.

Tan Cheng Papers: A Desriptive List, compiled by the Library Staff, Institute of
Southeast Asian Studies, Singapore.

TCL, Tan Cheng Lock Papers, Institute of Southeast Asian Studies Library
(Singapore)

The Straits Budget, 1950-1953.

Tunku Abdul Rahman. 1977. Looking Back. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Stubbs, Richard. 1989. Hearts and Minds in Guerrilla Warfare: The Malayan
Emergency 1948-1960, Singapore: Oxford University Press.

SP13, Surat Persendirian Tan Cheng Lock Arkib Negara (Kuala Lumpur,
Malaysia)
Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society, Oxford University Press.

-----------. 1980. Ethnic Politics in Malaysia. New Delhi: Radiant Publishers.

Utusan Melayu, Januari-Februari 1952.