Anda di halaman 1dari 16

Abdullah Ariff (1904-1962) Dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang.

Beliau pernah menjadi guru seni lukis di Sekolah AngloChinese dan Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. Beliau diterima sebagai guru dalam kumpulan 'Penang Impressionist'. Karya - karya beliau dikagumi oleh orang british pada ketika itu. diantara karya-karya beliau yang terkenal seperti 'Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya(1960) Coconut Plantation-Dawn(1948)' dan lain-lain lagi, karya-karya beliau sehingga hari ini masih dikagumi dan banyak digunakan sebagai rujukan pelukis-pelukis muda yang ingin mendalami seni catan air, Abdullah Ariff pada zamannya banyak menghasilkan catan air yang bertemakan lanskap tanahair...dan cuba menggambarkan suasana tempatan yang damai. Beliau bersama-sama Yong Mun Sen seorang lagi tokoh pelukis awal malaysia memajukan bidang seni lukis di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 dan bekerja sebagai pelukis kartun di akhbar 'The Straits Echo'. Kini karya-karya beliau masih disimpan sebagai himpunan koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara. Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan hebat...melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Mara, Amron Omar merupakan salah seorang pelukis figura yang terbaik di asia...kebanyakan karyakarya beliau menggunaka bahan cat minyak di atas permukaan kanvas.Karya figuranya yang amat teliti sering menarik perhatian sehinggakan ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan dengan karya beliau seperti ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti bernyawa dan hidup pada waktu malam...karya belau yang terkenal adalah seperti 'pertarungan' dimana memaparkan 2 figura lelaki yang sedang bersilat cukup lengkap sifat manusianya sehinggakan menampakkan otot-otot serta pergerakan anggota yang jelas...satu lagi karya beliau yang menjadi simpanan tetap Balai Seni Lukis Negara ialah karya yang bertajuk 'Potret Diri' yang menggunakan cat minyak di atas kanvas menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat rotan. Catan 'Potret Diri' adalah catan realisme yang dihasilkan dengan begitu teliti dari segi pewarnaan, kadar banding dan pencahayaan yang baik. Boleh dikatakan semua aspek asas senireka dapat kita lihat di dalam karya ini dengan jelas dan baik. Satu yang saya rasakan paling hebat pada setiap karya beliau adalah setiap inci anatomi figura yang dilukis dikaji dengan baik, dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik.

atan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.

Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Media Cat Air Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus. Cat Poster Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna. Cat Tempera Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin. Cat Minyak Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut. [sunting] Teknik Catan Teknik Basah Atas Kering Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar. Campuran Warna Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama. Teknik Basah Atas Basah Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor. Campuran warna Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan. Cara Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap. Teknik Berus Kering Ciri-ciri Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Campuran warna Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh. Cara Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering. Teknik Kecatan Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan. Campuran warna Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja. Cara Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa. Tahun 1960an Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat. Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avantgarde di negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avantgarde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Apresiasi dan kritikan Seni 1. Definisi kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif. Smith pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas. Chapman pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. 2. Tujuan apresiasi seni a) memahami dan betindak terhadap aspek seni b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan c) mhasilkan karya d) memahami seni dan hubungannya e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni. 3. Pendekatan Apresiasi seni a) Pendekatan secara logik tradisional penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis) b) Pendekatan secara psikologi menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll 4) Kaedah melihat seni ( Kritik ) a) Hedonistik luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan. b) Kontekstualistik pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan. c) Organistik melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure seni, imbangan, perulangan,kesinambungan. d) Normistik kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. e) Elektik gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik. 5) Proses Apresiasi a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi 6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni - Seni dlm kehidupan - seni dlm komunikasi ( seni halus ) - R/bentuk rumah tradisional - Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan - Hasil seni rakyat perlatan,tekat,tenunan,bangunan - Perkembangan seni lukis moden Malaysia. - Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus. Bidang Kegiatan Menggambar 1. Asas-asas menggambar menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut ekspresi tersendiri (pengalaman langsung) hingga dapat idea baru dari benda konkrit. 2. Alat dan Bahan pensel, cat minyak, krayon, cat air, pen dll 3. Teknik menggambar lukisan , catan ( mengecat) , kolaj (tampalan-bebas dan bertindih) , montaj, cetakan, resis (gunakan bahan yg x bercampur spt warna aii dan warna lilin ), gosokan,stensilan, percikan, gurisan (guna krayon pd permukaan dan guris dgn benda tajam) , capan (guna bahan yg disapu dgn warna cth kulit siput , dll), mozek (tampalan 4 segi kertas warna keatas kertas.) 4. Persembahan hasil karya a) Ekspresi diri . b) Kem. Mengaplikasikan alat,bahan dan teknik. c) Apresiasi dalam bidang menggambar

Bidang Rekaan dan Corak 1. Apa itu corak struktur susunan ulangan berdasarkan motif. Seperti alam s/jadi, bahan buatan mns , geometri, abjad, brg kraf 2. Susunan corak Penuh, turun separa, berulang, orgee, batu bata, berpusat , sendeng, berombak, bertindih, jidar bertimbul, berjalur, cerminan 3. Teknik,alat dan bahan, proses dan hasil a) Corak tak terancang pualaman (cat kilat dalam air), tiupan, titisan , ikatan & celupan, renjisan & percikan. b) Corak terancang lukisan , catan, cetakan, capan, lipatan& guntingan, resis, kolaj, kaligrafi.

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual

(Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni Visual Seni Visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri. Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni. Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual Maksud Sejarah Seni Visual Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang

pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). Tujuan Sejarah Seni Visual Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji faktafakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karyakarya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). Kaedah Sejarah Seni Visual Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis: "We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205). Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspekaspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan. (b) Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual (i) Pengertian Kritikan Seni Visual

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya. (ii) Tujuan Kritikan Seni Visual Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya. Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni. Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalanpersoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun. Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik. Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau

promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya. Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi. Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga. (iii) Kaedah Kritikan Seni Visual Pendekatan Kritikan Seni Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum Strategi Kritikan Seni Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih bermakna lagi berkesan. Dalam strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkaraperkara utama itu. Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni,

baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik. Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam. Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.

Rujukan Bender, J.W. and Blocker, H.G., 1993. Contemporary Philosophy of Art. New Jersey: Prentice-Hall. Gaitskell, C.D. dan Al Hurwitz, 1970. Children and Their Art. New York: Harcourt Brace and World Inc. Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History. New York: Alfred A. Knopf. Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History dalam Eric Fernie, 2001. Art History and Its Methods. New York: Phaidon Press Limited. Hornby, A.S., 1974. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English. Oxford University Press. http://www.newcastle.edu.au/discipline/fine-art/theory/analysis/panofsky.htm Lester, P. M., 2000. Visual Communication: Images with Messages. Wadsworth Thomson Learning. Martin, J., 1986. Longman Dictionary of Art. Longman.

Mbiyo Saleh, 1987. Estetika. Jakarta: Yayasan Umbi. Muliyadi Mahamood, 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muliyadi Mahamood, 2000. Sejarah Seni: Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press. Muliyadi Mahamood, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Muliyadi Mahamood, 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993). Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., and Cayton, D. L., 1998. Art Fundamentals: Theory and Practice. McGraw-Hill. Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press. Pointon, M., 1994. History of Art. London and New York: Routledge. Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman. Read, H., 1959. The Meaning of Art. Penguin Books. Rupa dan Jiwa. Katalog Pameran Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 15 Jun-2 Julai, 1993. S.H. Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Terjemahan Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidi Gazalba, 1977. Pandangan Islam tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Smagula, H., 1991. Re-Visions: New Perspectives of Art Criticism. New Jersey: Prentice Hall. Stern, A., 1973. "The Child's Language of Art" dalam In Child Art: The Beginnings of Self-Affirmation. Edited by Milda Present Lewis. Berkeley: Diable Press Inc. Tansey, R. G. dan Kleiner, F. S., 1996. Gardner's Art Through the Ages. New York: Harcourt Brace College Publishers. Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya Abdullah Ariff bertajuk Coconut Plantation - Dawn menggunakan media cat air yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalam catan ini, kelihatan pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing, beruk, figura manusia, dan beberapa buah rumah Melayu. Secara analisisnya, unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan ini ialah garisan dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semaksamun.Selain daripada itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura dan rumah.Catan ini juga menekankan unsur ruang dan warna.

Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang depan, ruang tengah dan ruang belakang. Ruang Dalam juga diperjelaskan melalui aplikasi perspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih jelas dan terang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan. Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna menimbulkan suasana ketenangan dan hening dalam catan. Penggunaan unsur seni yang berulangulang dalam catan seperti bentuk , warna dan jalinan pokok kelapa menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan. Secara keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenang dan mendamaikan di kampong KRITIKAN SENI VISUAL

-DESKRIPSI

Karya bertajuk "Flora Keris Melayu Sakti" oleh Mohd Mustafa Mohd Ghazali memaparkan imej keris dengan menggunakan media campuran. -ANALISIS Karya ini berbentuk arca timbulan dan menggunakan pelbagai media campuran dalam penghasilan karya. Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah rupa dan jalinan, manakala prinsip rekaan yang diaplikasikan memaparkan harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan. -INTERPRETASI Karya "Flora Keris Melayu Sakti" cuba mengangkat seni tradisi orang-orang Melayu melalui senjata keris. Dalam seni tradisi, keris mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah alat mempertahankan diri sebagai senjata peperangan, taraf hidup dan pangkat serta digunakan dalam perubatan tradisional. Kini, fungsi keris semakin diketepikan. Ia tidak lagi relevan dengan dunia teknologi dan digital. Fungsinya sangat terhad dan kadang-kadang hanya tersimpan di dalam peti buruk. Hanya mereka yang berilmu akan menghargainya. Mohd Mustafa Ghazali melalui karyanya, memaparkan imej keris dalam konteks yang boleh diterima kini. Ia bukan lagi untuk digunakan sebagai senjata peperangan atau alat mempertahankan diri, sebaliknya karya "Flora Keris Melayu Sakti" mengupas isu-isu berkaitan jati diri seorang Melayu moden. Karya ini menonjolkan motif-motif flora keris dalam bentuk berjalinan. Hulu keris yang asalnya berbentuk 3 Dimensi diolah menjadi motif berupa 2 Dimensi serta dihiasi dengan jalinan corak pada hulu keris dan keris itu sendiri. Karya mengaplikasikan prinsip imbang tidak simetri, dan jalinan corak yang berulang-ulang mewujudkan kesan harmoni dan kesatuan. Pengkarya mungkin cuba mengupas isu jati diri dan penyatuan masyarakat Melayu yang dilihat semakin berpecah belah.

Kepelbagaian media campuran dalam penghasilan karya ini memaparkan nilai estetik yang tinggi melalui teknik-teknik penghasilan karya. -PERTIMBANGAN Karya "Flora Keris Melayu sakti" oleh Mohd Mustafa Ghazali Berjaya mengupas isu-isu berkaitan jati diri orang-orang Melayu. Beliau juga mentransformasikan seni tradisi Melayu lama menjadi sebuah karya arca timbulan seni pasca moden yang sarat dengan falsafah kemelayuannya.